Sunday, June 23, 2013

Ketua Pemuda PAS Sabah Miliki Asas Ekonomi 30 Tahun Kebelakang

Malang bagi penyokong PAS Sabah mempunyai Ketua Pemuda yang bodoh sombong. Siapa lagi ketua pemuda PAS Sabah jika bukan Lahirul Latigu yang sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi berikutan timbul keraguan mengenai taraf kerakyatannya. Hari ini beliau tampil lagi menunjukkan kebodohan beliau dengan nada sombong mempertikaikan pencapaian cemerlang Datuk Musa Aman dalam membangunkan ekonomi negeri ini.

Dalam kenyataan Lahirul melalui portal Sabahkini, beliau cuba menunjukkan kebijaksanaan beliau dalam selok belok ekonomi dengan membuat perbandingan nilai mata wang hari ini dengan 30 tahun yang lalu. Menurut Lahirul, pengumuman bajet tertinggi kerajaan Sabah adalah dibuat oleh orang yang tidak tahu asas ekonomi?? Entah dimana silapnya Datuk Musa Aman mengumumkan bajet tertinggi Sabah, Lahirul lantas membandingkan nilai RM100 pada 30 tahun lalu lebih bernilai berbanding dengan RM100 masa kini dari segi jumlah barangan yang boleh dibeli. 

Jika Lahirul menganggap bahawa bajet tertinggi negeri yang mana ianya melebihi RM4 bilion untuk tahun ini tidak bermakna dan dianggap terlalu rendah berbanding 30 tahun lalu, bagaimana pula dengan negeri-negeri lain yang mengumumkan bajet lebih rendah dari negeri Sabah?? Bagaimana dengan bajet negeri Kelantan?? Adakah Lahirul setuju jika saya katakan bahawa kelantan dan negeri-negeri lain yang mengumumkan bajet jauh lebih rendah dari Sabah adalah negeri termiskin atau negeri paling GAGAL dalam menarik pelabur?? 

Patutlah sehingga kini kerajaan Kelantan gagal membangunkan ekonominya walaupun telah ditadbir urus oleh kerajaan paling bersih, cekap dan amanah di dunia seperti PAS selama lebih 20 tahun. Kegagalan PAS membangunkan ekonomi di negeri jajahannya bukan kerana negeri itu kekurangan sumber, sebaliknya disebabkan oleh teori-teori sampah para pakar ekonominya seperti Lahirul Latigu. 

Mana mungkin nilai RM100 kekal sama nilainya untuk tempoh 30 tahun ketika faktor peningkatan harga barangan banyak ditentukan melalui pasaran dunia. Jika asas ekonomi yang mudah seperti ini tidak terlintas langsung difikiran Lahirul, alangkah bodohnya beliau mengutuk pencapaian cemerlang Datuk Musa Aman yang berjaya mengumumkan bajet tertinggi kerajaan negeri Sabah.

Jika Lahirul cukup bijak mengurus ekonomi negeri, kenapa bukan beliau sahaja yang menjadi penasihat ekonomi bekas MB Kedah ketika Kedah masih dijajah PAS? Kenapa Lahirul tidak nasihatkan Azizan bahawa untuk membangunkan ekonomi Kedah, kerajaan tidak perlu memusnahkan alam sekitar terutamanya hutan?? Atau kenapa tidak cadangkan teori-teori ekonomi Lahirul tentang bagaimana menarik pelabur asing selain dari terus bergantung dengan hasil balak Kedah??

Sebagai nota tambahan kepada Lahirul yang lebih suka melalak berbanding dengan mengkaji pencapaian kerajaan negeri Sabah, disini saya terangkan bahawa kemampuan kerajaan negeri Sabah mengumumkan bajet terbesar dalam sejarah negeri ini membuktikan kerajaan negeri pimpinan Datuk Musa Aman sentiasa mengamalkan pengurusan berhemah dalam setiap perbelanjaan dan juga hasil negeri. Tidak seperti negeri-negeri Pakatan Rakyat yang mana jumlah bajet yang diluluskan oleh kerajaan pembangkang di Pulau Pinang tidak sampai RM1 bilion, begitu juga dengan di Selangor, jumlah bajet mereka tahun ini hanya sekitar RM1.6 bilion.

Laporan Ketua Audit Negara juga mengakui bahawa Sabah sebagai salah satu negeri yang memiliki rekod terbaik dalam pengurusan kewangan serta berjaya mengekalkan Sijil Tanpa Teguran selama 12 tahun berturut-turut. Selain itu, Sabah juga berjaya mengekalkan penarafan tertinggi ‘AAA’ oleh RAM Rating Services Berhad selama 4 tahun berturut-turut kerana kedudukan fiskal negeri yang mantap dengan lebihan yang berterusan, serta mendapat persijilan ISO 9001:2008 oleh Moody International untuk pengurusan bajet negeri yang efisien dan teratur bagi tempoh 4 tahun berturut-turut.

Sebagai rujukan tambahan untuk Lahirul, akaun-akaun dana disatukan untuk 2011 bagi kerajaan negeri Sabah dan Sarawak adalah yang paling tinggi dalam kalangan negeri-negeri lain, iaitu RM18.5 bilion untuk Sarawak dan RM2.66 bilion untuk Sabah. Selangor jatuh di tempat ketiga dengan RM1.94 bilion sementara Pulau Pinang pula pada tempat keempat dengan RM1.13 bilion. Sekiranya kita melihat kepada statistik pendapatan negeri untuk tahun 2011, Sarawak menduduki tempat pertama dengan RM6.6 bilion, diikuti oleh Sabah pada tempat kedua dengan RM4.4 bilion, Selangor di tempat keempat dengan RM1.6 bilion dan Pulaiu Pinang di tempat ketujuh dengan RM602 juta. 

Untuk tempoh lima bulan pertama pada tahun 2012, eksport negeri terus berkembang pada kadar 7.2 peratus dengan nilai mencecah RM20.7 bilion, manakala import pula telah meningkat pada kadar 30 peratus dengan jumlah mencecah RM16 bilion. Pertumbuhan tinggi pelaburan tersebut mencerminkan pelaburan besar oleh sektor swasta iaitu sebanyak RM10 bilion pada suku tahun pertama tahun 2012 yang mana ianya juga merupakan pelaburan swasta yang tertinggi di Malaysia. Jesteru, inikah yang dikatakan oleh lahirul bahawa Sabah gagal menarik pelabur???

Dalam kenyataan Lahirul, beliau turut mengulas mengenai kadar kemiskinan di Sabah dengan berpandukan laporan bank dunia yang dikeluarkan pada tahun 2010, seolah-olah tidak ada laporan terkini dari badan lain selepas itu. Jesteru, sebelum rakyat Sabah tertipu dengan pembohongan dan putar-belit Lahirul, eloklah kita lihat juga Kajian Pendapatan Isi Rumah 2012. Menurut kajian itu, pendapatan bulanan purata isi rumah bagi negeri Sabah meningkat daripada RM3,102 pada 2009 kepada RM4,013 pada 2012. Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Datuk Dr Rahamat Bivi Yusoff dipetik sebagai berkata, kadar kemiskinan di Sabah juga turut berkurangan daripada 19.7 peratus pada 2009 kepada 8.1 peratus tahun lalu, iaitu penurunan tertinggi kadar kemiskinan yang dicatatkan dalam negara.

Berdasarkan pencapaian kerajaan negeri Sabah diatas, yang mana tentunya tidak dimiliki oleh negeri-negeri Pakatan Rakyat, tidakkah Lahirul terasa bahawa dirinya terlalu bodoh sehingga tanpa segan silu cuba meremehkan keberkesanan, kecekapan dan kebijaksanaan Datuk Musa Aman dalam mengurus ekonomi dan kewangan negeri ini?? Teguran, kritikan serta nasihat ketua pemuda PAS Sabah ini rasanya lebih layak ditujukan kepada negeri-negeri jajahan Pakatan Rakyat, bukannya Sabah. Jika Lahirul tidak ada isu untuk diulas, tidak perlulah tunjuk sikap bodoh sombong mengulas isu yang diluar bidang kemahirannya.

1 comments:

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.