Sunday, June 9, 2013

Anwar bebas berpidato membawa agenda Blackout di Sabah tanpa sekatan

Akhirnya Anwar Ibrahim berjaya juga memasuki Sabah walaupun sebelum ini beliau dan konco-konconya hampir meroyan apabila mengetahui dirinya antara yang disenarai-hitamkan dari memasuki Sabah. Tanpa memberikan penjelasan sebenar kepada penyokong-penyokongnya di Sabah mengenai sekatan terhadap Nurul dan juga fitnah yang kononnya beliau akan disekat dari memasuki Sabah, Anwar dengan lagak seorang pembohong, pembelit lagi rendah moralnya cuba menghasut rakyat Sabah dengan pelbagai hujah-hujah bohong beliau.

Dalam pidato beliau ketika menghadiri Program Himpunan Blackout 505 di dewan Hakka, Sandakan, Anwar seperti biasa menghidangkan para penyokongnya dengan cerita-cerita karut seperti penipuan SPR, pengundi Bangladesh dan juga mengenai insiden anak kesayangannya yang dihalang dari memasuki Sabah beberapa hari lalu.

"Saya cabar Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz dan Timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar supaya meletakan jawatan daripada SPR kerana bersubahat dengan UMNO/BN melakukan penipuan kepada rakyat, khususnya pengundi. Mereka berdua tidak layak duduk di kerusi empuk di SPR untuk menyusahkan rakyat saja,” kata si Huguan Siou Anwar Ibrahim.

Persoalannya, siapa yang menipu sekarang?? bukankah Anwar sudah berjanji akan bersara sekiranya kalah pada PRU13 lepas?? lagipun Anwar sendiri gagal mengemukakan bukti dalam setiap tuduhan yang dilemparkan kepada SPR. Dari menyerahkan bukti, Anwar lebih rela mengajak rakyat supaya melakukan demonstrasi agar kerajaan BN dapat digulingkan, sekaligus menjadikan Anwar sebagai PM ke-7. Sepatutnya Pengerusi SPR yang mencabar Anwar supaya mengotakan janji beliau untuk berhenti dari berpolitik dan menjadi pensyarah.

Berbanding dengan SPR, Anwar lebih banyak menyusahkan rakyat sejak beliau keluar dari penjara. Dalam setiap demonstrasi jalanan yang dianjurkan bersama oleh Pakatan Haram, rakyat Malaysia bukan sahaja menjadi mangsa dalam menghadapi kesesakan dan pelbagai kesulitan untuk melakukan kerja harian, malah pendemo-pendemo yang berjaya dihasut Anwar juga ramai yang telah masuk ke hospital angkara sikap tamak Anwar yang lebih mementingkan jawatan Perdana Menteri berbanding dengan kepentingan rakyat. Yang peliknya pemimpin-pemimpin pembangkang yang berkobar-kobar mahu turun ke jalan raya tidak pula masuk hospital. Maka benarlah rakyat atau penyokong-penyokong Pakatan, bagi Anwar hanya perisai untuk beliau merampas kerajaan.

Dalam pidato Anwar juga, beliau turut mengecam perbuatan Datuk Musa Aman kerana menyekat dan melarang anaknya serta Tian Chua dari memasuki Sabah. Beliau berkata tindakan itu telah menjadi bahan ejekan para pemimpin luar negara. Benarkah begitu???

Setahu saya, insiden sekatan tersebut lebih banyak mendedahkan sikap hipokrit Pakatan Rakyat yang kononnya mahu memberikan autonomi kepada Sabah. Namun hakikatnya, apabila pemimpin pembangkang mengalami sendiri kuasa autonomi Sabah yang sebelum ini dikatakan telah hilang, tanpa rasa bersalah mereka sendiri tampil mencabar kuasa autonomi tersebut dimahkamah dengan niat mahu menghapuskannya. Anwar patut sedar bahawa banyak tindakan beliau telah menjadi bahan ejekan kerana hobi beliau yang gemar bercakap tapi tak serupa bikin.

Apa-apapun, kemasukan Anwar ke Sabah membuatkan Bullet sedikit kecewa dengan kerajaan negeri Sabah kerana membenarkan penjenayah kepada bangsa, agama dan negara ini terus berpidato di bumi Sabah. Jika Nurul Izzah Anwar disambut dengan KFC, Anwar sepatutnya lebih layak disambut dengan kereta kebal serta barisan tentera yang sehingga hari ini masih berkampung di Lahad Datu. Pembelot, pendemo, penipu dan peliwat seperti Anwar perlu disekat pergerakkannya dari terus menimbulkan huru-hara serta kekacauan dalam negara hanya kerana mahu mencapai impiannya menjadi Perdana Menteri ke-7.

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.