KOTA KINABALU: Pelantikan ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah tidak termaktub atau tidak ada dalam perlembagaan dan peraturan mesyuarat DUN negeri, sebaliknya ketua pembangkang dipilih berdasarkan konvensional, kata Speaker DUN Sabah Datuk Seri Salleh Tun Said.
Beliau berkata jika parti pembangkang ingin melantik ketua pembangkang, mereka boleh mengemukakannya kepada Speaker, dan Speaker akan mengambil tindakan selepas menerima cadangan itu.
"Bagaimanapun, sehingga kini pembangkang belum berbuat demikian," katanya kepada pemberita selepas majlis mengangkat sumpah 60 anggota Dewan Undangan Negeri Sabah di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah di Likas, dekat sini Khamis.
Salleh yang juga Adun Usukan berkata demikian ketika diminta mengulas status sebenar ketua pembangkang di DUN Sabah.
Beliau berkata bilik khas untuk Adun pembangkang juga disediakan selaras dengan amalan demokrasi.
Mengenai perbahasan sidang DUN Sabah yang dijangka hangat dengan kehadirian 12 Adun pembangkang, Salleh berharap wakil rakyat dapat mematuhi peraturan mesyuarat sedia ada.
"Perbahasan sepatutnya dibuat secara sihat kerana masing-masing ada pandangan, dan apa yang penting ialah mereka perlu bersikap profesional.
"Sebagai Speaker saya akan menjalankan tugas secara profesional berpandukan standing order (peraturan tetap)," katanya.
Perasmian pembukaan persidangan akan disempurnakan Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin pada Isnin, 17 Jun manakala persidangan DUN akan diadakan selama tiga hari bermula Selasa, 18 Jun.
--BERNAMA
ahli Parlimen Papar, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menegaskan,
ReplyDeletejawatan ketua pembangkang harus diisi oleh individu yang
bertanggungjawab, bukannya seperti Anwar.
Saya mencadangkan supaya pembangkang memberikan tanggungjawab sebagai
ReplyDeleteketua pembangkang kepada ahli Parlimen Bakri, yang saya lihat beliau
lebih bertanggungjawab daripada rakan-rakan beliau
Teck Hwa semalam satu-satunya ahli Parlimen pembangkang yang hadir pada
ReplyDeletesesi taklimat selama lebih dua jam itu kerana merasakan ia majlis yang
penting kepada dirinya.
Beberapa jam selepas memberi kenyataan itu, beliau meminta maaf kepada
ReplyDeletepartinya kerana hadir ke majlis berkenaan kerana tidak meneliti mesej
mahupun arahan supaya semua ahli Parlimen pembangkang memulaukan majlis
berkenaan.
Tindakan Teck Hwa hadir ke majlis tersebut menerima pujian banyak pihak.
ReplyDeleteDalam pada itu, Anwar turut dilaporkan mahu ahli Parlimen pembangkang
ReplyDeletememboikot upacara angkat sumpah yang akan diadakan pada 24 Jun ini.
Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, ia sebagai simbolik terhadap
ReplyDeletebantahan keputusan PRU13 yang didakwa berlaku penipuan dan
penyelewengan, sekali gus menyumbang kepada kemenangan mudah BN.
Politik adalah perkara persepsi dan persepsi yang meluas bahawa PRU13
ReplyDeletetelah dicemari oleh penipuan dan beri peluang kepada kita memikirkan
pilihan sama ada untuk memboikot sesi pembukaan,
Tindakan Anwar tidak menghantar sebarang soalan untuk jawapan menteri juga dilihat sebagai tanda-tanda awal boikot itu.
ReplyDeleteRosnah yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya turut
ReplyDeletemelahirkan kekecewaanya apabila pemimpin pembangkang sanggup
mempermainkan dan merendah rendahkan kemuliaan Parlimen yang berperanan
membentuk Perlembagaan negara.
.ini adalah satu signal kepada rakyat Malaysia betapa mereka ini
ReplyDeletetidak harus diberikan kepercayaan untuk menjadi barisan pembangkang yang
efektif kerana semua perkara perlu harus mereka politikkan sehinggalah
tugas dan tanggungjawab mereka sebagai ahli Parlimen yang telah dipilih
rakyat yang diwakili tidak dapat dilunaskan dengan baik,