Sunday, June 30, 2013

Dr Hiew Patut Desak Anwar Isytihar RM3 Bilion dan Dana Asing

KOTA KINABAL, 28 JUN: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mengelak menjawab soalan Adun Pakatan Rakyat Sabah berhubung amalan mengisytiharkan harta. Soalan tersebut antara diajukan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah yang berlangsung pada 18 hingga 20 Jun lalu sempena mesyuarat pertama penggal pertama DUN Sabah ke-14. Musa dalam jawapannya memberi alasan semua Exco kerajaan negeri mengisytihar harta kepadanya dan tidak menjawab soalan lain melibatkan beliau. - RAKYAT MARHAEN

Pada Pendapat saya, memadai semua calon BN bagi kesemua 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berjaya melalui proses saringan teliti termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Insolvensi untuk memastikan calon tersebut ‘bersih’ dan bebas masalah. Semua calon BN telah melalui proses saringan yang teliti tidak seperti calon-calon pembangkang terutamanya Pakatan Rakyat.

Kononnya pendekatan tapisan itu tidak terpakai ke atas Pakatan Rakyat yang mempunyai mekanisme tersendiri dalam memastikan senarai calon yang dikemukakan bebas dari salah laku undang-undang. Pas berkata tapisan calonnya dilakukan sendiri oleh Majlis Syura Ulama Pas. Sementara DAP pula mempertanggungjawabkan Jawatankuasa Kerja Pusatnya mengikut garis panduan yang diguna pakai di peringkat antarabangsa untuk menapis calon parti itu. PKR pula mengesahkan pihaknya tidak memperincikan berhubung perkara mengenai tapisan calon mereka.

Apa gunanya Pakatan terutamanya DAP mengisytiharkan harta kepada orang awam jika mereka sendiri takut menghantar senarai calon kepada PDRM, SPRM dan Jabatan Insolvensi untuk tapisan? Telus sangatkah Pakatan Rakyat apabila mereka sendiri mempunyai cara yang berbeza antara satu sama lain dalam memastikan calon-calonnya bebas rasuah?? Jika benar pemimpin-pemimpin Pakatan tidak terlibat dengan rasuah, kenapa perlu takut dengan SPRM?? Malah, jika SPRM mendapati ada calon-calon Pakatan yang memiliki kekayaan luar biasa, perkara itu akan diadili di mahkamah. Jesteru, kenapa perlu takut kepada SPRM?

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holding Bhd pernah mempersoalkan pengisytiharan harta yang dibuat oleh barisan Exco Pulau Pinang. Yang dipersoalkan oleh Ameer Mydin ialah, mengapa selepas tiga tahun buat pengumuman baru sekarang nak buat pengisytiharan harta. Dan yang paling melawakkan, kenapa Malik Kassim tidak ada sebarang harta kecuali sebuah Tiara buruk? Logik kah bahawa satu-satunya harta beliau hanya Tiara buruk??

Malah penyata yang diberikan kepada wartawan oleh Lim Guan Eng juga bukan dalam format penyata Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Ianya hanyalah borang yang dibuat sendiri oleh mereka untuk mewujudkan persepsi kononnya mereka telus dan bersih. Dalam penyata yang ditunjuk juga mereka tidak mengisytiharkan gaji, elaun termasuk 'directors fee' untuk PDC dan PBA kenapa ianya dibiarkan kosong? Dan kenapa harta pasangan/ahli keluarga tidak diisytiharkan sekali? - Double Y

Apa jaminan yang pengisytiharan itu dibuat secara jujur apabila ianya mengambil masa yang lama untuk diisytiharkan? Paling pembohong ialah apabila dikatakan Lim Guan Eng dan barisan Exconya telah membuat pengisytiharan pada 8 Mac 2008 dan 31 Disember 2011, selain disahkan pula oleh akauntan antarabangsa.... mengapa antarabangsa? Mengapa 8 Mac sedangkan pada ketika itu Barisan Exco Pulau Pinang di bawah DAP pun belum dibentuk? - The Flying Kick

Inikah yang dibangga-banggakan oleh Penasihat DAP negeri Sabah, Dr Hiew King Cheu kononnya DAP berani, telus, jujur dan bersih selepas mengisytiharkan harta secara terbuka? Jika versi DAP ini diguna-pakai oleh BN, sanggupkah penyokong dan pemimpin-pemimpin pembangkang mengakui bahawa pengisytiharan harta itu dibuat secara jujur dan telus?? Bolehkah pemimpin-pemimpin Pakatan berhenti dari menuduh BN mengamalkan rasuah atau salahguna kuasa selepas mengisytiharkan harta menggunakan cara DAP?? Sudah tentu tidak, malah lebih banyak persoalan akan dibangkitkan oleh puak-puak Pakatan bagi menimbulkan persepsi buruk terhadap kerajaan BN.

Apa yang penulis cuba sampaikan disini ialah, pengisytiharan harta tidak akan dilakukan secara jujur dan telus oleh mana-mana parti politik. Apa yang dilakukan DAP juga sekadar untuk menimbulkan persepsi kononnya mereka bersih dan telus sedangkan ada banyak perkara yang mereka sembunyikan dari pengetahuan rakyat. Sebagaimana kata Datuk Abdul Rahman Dahlan bahawa pengisytiharan harta tidak perlu dilakukan secara terbuka kerana harta adalah bersifat peribadi. Keselamatan wakil rakyat atau pemimpin-pemimpin kerajaan BN juga perlu diambilkira kerana yang menanggung risikonya adalah mereka sendiri bukannya rakyat atau pemimpin politik Pakatan Rakyat seperti Dr Hiew King Cheu.

Mengenai dana politik RM40 juta yang cuba dibangkitkan semula oleh puak-puak terdesak Pakatan Rakyat, bukankah Rafizi Ramli sudah menghantar bukti kepada ICAC? Kenapa tidak rujuk terus kepada Rafizi atau ICAC mengenai perkembangan fitnah tersebut? Jika fitnah RM40 juta itu dijadikan sebab untuk Musa Aman mengisytiharkan harta, kenapa tidak desak sekali Anwar supaya mengisytiharkan harta RM3 bilion? atau mengisytiharkan dana asing yang diterimanya untuk penganjuran demonstrasi memusnahkan negara sebagaimana yang didakwa oleh negarawan Indonesia Jusuf Kalla?

1 comments:

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.