Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim menegaskan, isu penipuan pilihan raya umum ke-13 wajib ditangani secara serius dan diselesaikan sebelum sebarang agenda lain ditawarkan kepada gabungan pembangkang Pakatan Rakyat.
“Selesaikan soal Pemilu (pilhan raya umum) yang curang. Rekonsiliasi itu harus berlaku. Walau apa cara sekalipun, isu kecurangan itu perlu ditangani dengan serius,” katanya kepada pemberita di Hotel Crown Plaza, di Jakarta pagi ini.
Anwar memberi amaran perdamaian nasional (national reconciliation) yang dianjurkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanyalah omong kosong sekiranya penyelewengan, salah urus dan penipuan pilihan raya oleh SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) tidak diselesaikan.
“SPR itu harus ditukar. (Himpunan) di Padang Merbuk itu harus (perlu) tegas.
“Najib perlu tahu. Pokoknya kecurangan pemilu,” kata Anwar menjelaskan, himpunan Black 505 akan tetap diteruskan di Padang Merbok, 22 Jun ini.
Dalam sidang media sama beliau turut menyelar penangkapan 15 peserta ‘flashmob’ Black 505 di hadapan gedung membeli-belah Sogo semalam. Katanya, tangkapan terhadap peserta ‘flashmob’ yang rata-ratanya anak muda tak ubah seperti suasana sebelum merdek,a apabila pengedaran risalah danggap sebagai kesalahan.
“Sedangkan ini cara baru anak muda memperjuangkan keadilan dan menolak perkauman. Kemunculan anak-anak muda sebelum dan selepas pemilu luar biasa,” katanya.
Ketika ditanya pemberita, Anwar menafikan sebarang pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang turut berada di Jakarta.
“Tidak ada pertemuan. Tidak ada rencana untuk adakan pertemuan. Jika ada, ianya harus telus. Rakyat perlu tahu, pimpinan seluruh partai perlu tahu,” tegasnya.
Difahamkan, Anwar dalam rangka lawatan kerja selama tiga hari ke Indonesia bagi memenuhi undangan dan pertemuan bersama Presiden Susilo Bambang Yudhoyono di Bali dan Jakarta.
TIDAK CUKUPKAH TANAH DI MALAYSIA UNTUK ORANG TUA NI MEROYAN "MEMOHON" JAWATAN PERDANA MENTERI?? HAL DALAM NEGARA, SELESAIKAN DALAM NEGARA LA... YANG DIA BAWA KE JAKARTA UNTUK APA?? MINTA JAKARTA MASUK CAMPUR MACAM PENGGANAS SULU KA??
ANWAR SATU-SATUNYA PEMIMPIN PEMBANGKANG DI DUNIA YANG GEMAR KE LUAR NEGARA MEMBURUK-BURUKKAN NEGARA SENDIRI DISAMPING MEMINTA SIMPATI UNTUK DIA MERAMPAS KERAJAAN.. MALANG SUNGGUH MALAYSIA MEMPUNYAI PEMIMPIN POLITIK SEPERTI ANWAR IBRAHIM.. TIDAK MALUKAH PENYOKONG-PENYOKONG PEMBANGKANG DENGAN SIKAP "ANUGERAH TUHAN" MEREKA??
0 comments:
Post a Comment
Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.