Wednesday, June 19, 2013

Saksi RCI dakwa Adun PKR Sabah warga Indonesia

Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung dengan pemberian kad pengenalan kepada warga asing hari ini mendakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Api-api dari PKR Christina Liew merupakan warga Indonesia dari etnik Cina, yang memperolehi kerakyatan Malaysia.

Setiausaha Majlis Permuafakatan Sulu Sabah Mohd Zaki Hari Susanto memberitahu panel inkuiri hari ini beliau mendengar perkara itu melalui "cakap-cakap penduduk Tawau" yang mempersoalkan mengapa hanya mereka yang berketurunan Bugis dan Sulu sahaja dikaitkan dengan gejala pemberian kad pengenalan palsu.

"Saya membangkitkan perkara ini kerana masyarakat di Tawau yang utarakannya ... kenapa hanya bangsa Bugis dan Sulu sahaja dibangkitkan dengan RCI

"Mereka berkata beliau (Christina) merupakan bangsa Cina dari Indonesia, dapat pengenalan diri dan jadi pembangkang di Sabah," dakwanya di hadapan lima panel inkuiri di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, di sini.

Ditanya sama ada beliau mempunyai bukti menyokong dakwaannya itu, Zaki bagaimanapun berkata beliau tidak mempunyai sebarang bukti, sebaliknya ia adalah khabar angin yang disampaikan kepadanya oleh penduduk Tawau.

"Saya tidak mempunyai maklumat lain ... ini hanya kepercayaan (penduduk Tawau)," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.