Kota Kinabalu: Sabah Progressive Party (SAPP) President Datuk Seri Yong Teck Lee said the Mykad currently is meaningless to Sabahans because any Filipino, Indonesian and Pakistani can possess the document by buying it. Hence, there was a need to introduce a Sabah IC so that "while the Malaysian Government is free to make any foreigner a Malaysian, it will not make these people Sabahan." - Daily Express
Kerajaan tentunya tidak mempunyai masalah mengeluarkan IC baru untuk Sabah jika negeri ini adalah sebuah negara. Sebuah negara yang terdiri dari beberapa buah negeri seperti Malaysia, memerlukan hanya satu IC bagi mempermudahkan urusan harian. Kegagalan Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee memahami hakikat ini bukan sahaja menyukarkan rakyat Sabah yang belajar atau bekerja di negeri-negeri lain, malah boleh menimbulkan sentimen kenegerian yang tidak baik untuk masa depan negara.
Sejak tercetusnya idea SAPP ini hinggalah ke hari ini, pemimpin-pemimpin SAPP termasuklah Yong Teck Lee gagal menjelaskan secara terperinci tentang bagaimana ianya boleh dilaksanakan. Mereka juga gagal mengkaji mengenai baik buruknya cadangan ini untuk masa depan negara. Disebalik kegagalan demi kegagalan itu, SAPP terus mendesak kerajaan supaya mengeluarkan IC baru khas untuk Sabah atas alasan Mykad yang ada pada hari ini boleh dimiliki dengan mudah oleh pendatang asing.
Mungkin ramai yang berpendapat bahawa cadangan SAPP ini amat baik untuk dilaksanakan, namun bagaimana dengan penerimaan negeri-negeri lain? Adakah kerajaan di negeri-negeri lain sanggup mengiktiraf IC Sabah untuk sebarang urusan di negeri tersebut? Dan bagaimana pula dengan pelajar-pelajar Sabah yang melanjutkan pelajaran di negeri-negeri lain? Adakah semua institusi pendidikan di negara ini akan mengiktiraf IC Sabah?? Sekiranya kesulitan seperti ini timbul, apa penyelesaian dipihak SAPP??
Memandangkan Sabah memiliki IC lain selain Mykad (jika dilaksanakan), bermakna warga Sabah selepas ini adalah pendatang asing bagi negeri Sarawak, Selangor, Kedah dan sebagainya. Inikah yang dibayangkan oleh SAPP dengan mencadangkan idea itu? Sudah tentu sentimen kebencian terhadap warga Sabah akan lebih subur selepas ini berbanding dengan sebelumnya (provokasi kenegerian melalui facebook) jika kerajaan Malaysia membenarkan Sabah mengeluarkan IC sendiri.
Sebelum ini pemimpin SAPP dengan bongkak lagi sombong berkata, sekiranya mereka berjaya merampas kerajaan Sabah, Mykad yang ada pada hari ini dengan serta-merta digantikan dengan IC Sabah. Bermakna cadangan ini akan terus dilaksanakan tanpa persetujuan kerajaan diperingkat pusat serta kerajaan di negeri-negeri lain. Jesteru, jika SAPP memerintah, warga Sabah tidak boleh lagi keluar-masuk ke negeri-negeri lain kerana tidak mempunyai Mykad. Malah para pelajar atau pekerja yang berada di semenanjung juga terpaksa balik ke Sabah kerana tidak boleh berurusan tanpa Mykad dan kemungkinan besar status warga Sabah di semenanjung juga akan bertukar kepada warga asing.
Jika alasan Yong Teck Lee bahawa Mykad yang ada pada hari ini telah tercemar kerana mudah dimiliki oleh warga asing, apa pula jaminan dari beliau agar IC Sabah tidak mudah dimiliki warga asing?? Rasanya lebih tidak selamat apabila kuasa memberikan IC terletak ditangan kerajaan SAPP atau Yong Teck Lee. Tidak mustahil mereka juga akan menggunakan kelebihan itu untuk membawa masuk lebih ramai warga asing dari negara China untuk dijadikan pengundi tetap mereka. Semua kemungkinan ini perlu juga diambil kira memandangkan parti politik masa kini sanggup melakukan apa sahaja bagi mempertahankan kuasa mereka.
Malah Yong Teck Lee juga gagal menjelaskan bagaimana bentuk kerajaan negeri jika beliau menjadi Ketua Menteri Sabah. Adakah pegawai-pegawai Jabatan Pendaftaran Negeri kelak terdiri daripada robot sehingga sukar bagi mereka terlibat dengan sindiket pengeluaran IC?? Adakah ketua kampung juga terdiri daripada robot sehingga sukar bagi mereka menerima rasuah dari warga asing yang mahu mendapatkan tandatangan mereka bagi mendapatkan IC? Kesimpulannya, masalah Mykad ini boleh diselesaikan tanpa perlu Sabah memiliki IC sendiri.
Saya lebih bersetuju jika kerajaan persekutuan mengeluarkan satu lagi Mykad baru yang lebih berkualiti dan tidak mudah ditiru. Kemudian keluarkan arahan menarik balik semua Mykad di Malaysia dan mengarahkan semua warga Malaysia mendaftarkan semula kerakyatan mereka dengan membawa bersama dokumen-dokumen sokongan seperti surat lahir dan sebagainya. Dengan cara ini, warga asing yang mendapat kerakyatan melalui pintu belakang bukan sahaja dapat dikenalpasti dengan mudah malah penyelesaiannya juga merangkumi semua negeri, bukan hanya di Sabah.
Nya mimang benarlah apa yang kau tulis ini dan kau kumin mengenai ic sabah.. tapi sya nak tanyakan kau kenapa pakistan di sabah ini dgn senang mendapatkan mykad? dan kenapa rasua pemberian mykad palsu berlaluasan di negara ini? cuba kau jawab?
ReplyDelete