Jangan terlalu mudah melatah apabila pembangkang bersuara membangkitkan isu-isu terkini. Dengar dahulu penjelasan dari pihak yang berkenaan mengenai punca dan apakah langkah-langkah penyelesaian yang diambil bagi menangani masalah itu. Penulis akui segelintir rakyat di negeri ini kecewa dan mula memandang serong terhadap kesungguhan kerajaan dalam meringankan beban rakyat ekoran kesulitan mendapatkan bekalan diesel baru-baru ini. Selain rakyat, para menteri dan pemimpin-pemimpin politik juga turut merasai kesulitan yang sama kerana sebilangan mereka juga adalah pengguna kenderaan berinjin diesel. Jesteru, menuding jari kearah menteri yang bertanggungjawab bukanlah satu tindakan yang bijak kerana mereka juga adalah pengguna, dan masalah ini bukan disebabkan oleh kementerian, sebaliknya disebabkan oleh segelintir pengusaha stesen minyak serta faktor-faktor sampingan yang lain.
Tindakan proaktif PDNKK dan KPDNKK dalam meningkatkan kuota diesel sebelum ini adalah bukti bahawa kerajaan juga tidak mahu perkara seumpama ini berlaku di negeri yang banyak menyumbang kepada ekonomi negara. Penulis sendiri mengagumi komitmen Menteri PDNKK, Datuk Hassan Malek dan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Jainab Ahmad Ayid dalam menangani masalah ini. Ketika pembangkang aktif kehulu-kehilir menghasut rakyat dengan menuduh kerajaan lemah dalam menangani masalah ini, kedua-dua menteri; Datuk Hassan dan Datuk Jainab pula kerap turun padang melihat sendiri perkembangan semasa mengenai bekalan diesel di Sabah. Banyak stesen-stesen minyak yang dilawati oleh kedua-dua menteri ini hanya untuk memastikan tidak ada lagi kereta beratur panjang mengisi minyak.
Bayangkan jika pembangkang hari ini diberikan mandat untuk berada ditampuk kuasa, adakah mereka akan berterus terang kepada rakyat bahawa masalah ini sebahagian dari kelemahan mereka? Berdasarkan rekod pentadbiran pembangkang di empat buah negeri sebelum ini, mereka tidak semudah itu mengakui kelemahan sendiri, sebaliknya menyalahkan pihak lain seperti umno/BN. Tidak seperti kerajaan yang ada pada hari ini, dimana pemimpin-pemimpinnya akan berterus terang dan tidak sekali-kali menafikan kelemahan dan kegagalan mereka dalam memantau aktiviti pengusaha stesen minyak. Malah kelemahan itu turut disambut dengan langkah jangka panjang, dimana KPDNKK akan membuat kajian dan berbincang dengan persatuan-persatuan berkaitan untuk menyelesaikan masalah itu. Selain itu, cadangan Datuk Jainab Ahmad Ayid mengenai mewujudkan pusat pengumpulan dan juga cadangan-cadangan dari pihak lain juga akan dibawa ke mesyuarat kementerian akan datang.
“Mereka atau individu yang didakwa berdasarkan akta ini akan diheret ke mahkamah dan denda sekurang-kurangnya RM100 ribu atau RM300 ribu atau tiga tahun penjara mengikut kesalahan. Duabelas kes kesalahan itu termasuklah tujuh kes di Kota Kinabalu, tiga di Sandakan dan dua di Tuaran. Bagi syarikat yang melakukan kesalahan, mereka boleh didenda sekurang-kurangnya RM250 ribu dan membatalkan lesen perniagaan,” - Hassan
KPDNKK turut menegaskan bahawa mereka tidak akan berkompromi dengan pesalah-pesalah itu kerana kesalahan yang dilakukan melibatkan kebajikan rakyat. Namun untuk mengatasi masalah ini, rakyat juga perlu berkerjasama dengan KPDNKK untuk mengenalpasti mereka yang menyeludup bekalan ini dengan membuat aduan terus ke talian 1800 886 800. Jika mahu masalah seperti ini selesai dengan cepat, aduan perlulah sampai kepada pihak yang bertanggungjawab.. Jika sampai kepada pemimpin-pemimpin pembangkang, nescaya aduan itu lebih dulu sampai ke pelusuk kampung untuk dijadikan bahan kempen oleh pembangkang sebelum sampai kepengetahuan pihak yang berkenaan.
0 comments:
Post a Comment
Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.