Tuesday, August 27, 2013

rupanya pelantikkan Lajim berdasarkan Sistem Kroni Didahulukan..

Anwar bohong lagi.. dalam kenyataan beliau yang dipetik dari portal Bernama, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan melantik Datuk Seri Lajim Ukin sebagai ketua PKR Sabah menggantikan Ahmad Thamrin Mohd Jaini, dibuat selepas mengambilkira beberapa faktor termasuk pandangan pemimpin PKR peringkat negeri.. Namun menurut laporan Daily Express, Pelantikan Ketua Pembangkang Sabah Datuk Seri Lajim Ukin sebagai Ketua PKR Sabah oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak disenangi oleh beberapa anggota lain khususnya empat ADUN PKR Sabah.

Adun Matunggong Jelani Hamdan berkata, walaupun mereka menghormati keputusan Anwar melantik Lajim, yang dipercayai baru sahaja menyertai PKR baru-baru ini, mereka tidak berpuas hati kerana mereka tidak dibawa berunding atau mendapatkan pandangan mereka. Menurutnya, beliau dan tiga lagi wakil rakyat PKR, Terrence Siambun (Moyog), Jeremy Malajad (Kadamaian) dan Christina Liew (Api-api), telah menyerahkan usul kepada kedua-dua Anwar dan Lajim berhubung isu-isu tertentu (DISINI).

Sebelum ini, Adun Luyang (DAP), Hiew King Cheu juga tidak bersetuju dengan pelantikkan Lajim sebagai Ketua Pembangkang.. Beliau menyokong Adun Tamparuli, Datuk Seri Wilfred Bumburing untuk jawatan itu sementara pemimpin-pemimpin DAP yang lain pula memberikan sokongan kepada Lajim.. Disebabkan perbezaan pandangan dan keputusan ini maka timbullah konflik dikalangan pemimpin-pemimpin DAP sehingga Hiew terpaksa melepaskan jawatan partinya.. Jelani dan tiga wakil rakyat yang lain juga turut membayangkan bahawa mereka akan melakukan perkara yang sama seperti Hiew sekiranya Anwar dan Lajim tidak menimbangkan usul mereka.

Ini bukanlah kali pertama Anwar membuat keputusan tanpa mengambilkira pandangan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat tempatan yang lain. Ketika pemilihan calon PRU13 awal tahun ini, Anwar turut membelakangkan pandangan atau keputusan beberapa ketua bahagian sehingga memaksa mereka keluar meninggalkan PKR. Malahan pandangan pemimpin berpengaruh PKR Sabah, Ansari Abdullah juga ditolak mentah-mentah oleh Anwar semata-mata mahu mendahulukan kepentingan kroni-kroninya seperti Lajim dan Bumburing.

Jesteru, apabila Anwar berkata bahawa pelantikkan Ketua Pembangkang Sabah itu dibuat selepas mengambilkira pandangan pemimpin PKR Sabah, penulis sama sekali tidak mempercayainya kerana Anwar semenangnya terkenal dengan lidah bercabang.. Sejak dari dulu, apa sahaja keputusan yang dibuat Anwar, pasti akan mendahulukan kroni.. ANDA BOLEH BAYANGKAN SENDIRI APA AKAN JADI PADA SABAH JIKA PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH NEGERI INI.. KUASA MUTLAK TENTUNYA TERLETAK DITANGAN ANWAR DAN SEBARANG KEPUTUSAN MENGENAI NEGERI INI WAJIB MENGIKUT TELUNJUK ANWAR, BUKANNYA SUARA MAJORITI ATAU AKAR UMBI..

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.