Junz Wong patut dedahkan bukti sahih, terkini dan nyata,, bukan main bedal saja ikut persepsi berdasarkan artikel yang diterbitkan dua tahun lepas.. Sebelum ini Junz menuduh SAFMA bersekongkol dengan nelayan Vietnam, namun bila beliau gagal kemukakan bukti, beliau beralih pula kepada isu perkhidmatan air dan ais di jeti SAFMA.. Belumpun perkara itu berjaya dibuktikan oleh Junz Wong, beliau beralih pula menyerang KKIA.. Akhirnya isu mengenai nelayan Vietnam yang kononnya berlegar-legar di jeti SAFMA terus menjadi mitos tanpa ada sebarang bukti susulan dipihak Junz Wong sedangkan beliau sudah berjanji akan mendedahkan perkara tersebut..
Kini, apabila Junz ketandusan idea untuk menyerang agensi-agensi kerajaan dan dalam masa yang sama mahu menunaikan janjinya yang kononnya akan mendedahkan kewujudan nelayan Vietnam di perairan Sabah, lantas beliau menggunakan artikel tahun 2011 yang dipetik dari portal penyokong tegar pembangkang Free Malaysia Today bagi mewujudkan prasangka dikalangan rakyat bahawa nelayan Vietnam memang wujud di perairan Sabah. Lebih memalukan apabila artikel yang dijadikan sandaran oleh Junz untuk menguatkan fitnahnya tidak sedikitpun menyentuh mengenai keadaan perairan di Sabah..
Dengan hanya bermodalkan artikel basi dari FMT bertajuk "Nelayan Vietnam Perompak Berlesen" yang diterbitkan pada 16 Jun 2011, Junz dengan nada temberang lagi pembohong berkata "Will Sabah fish sectors be facing d similar situation caused by "legalized" Vietnam fishermen on Sabah shores?!" (DISINI). Namun malangnya, samada penyokong Junz sedar atau tidak bahawa mereka SEDANG dibohongi oleh Junz, mereka seraya berkata "There u go again my lovely YB!".. Muakkkk!!.. Entah bagaimana si Raja Night Club ini boleh mendapat pujian begitu menggairahkan sedangkan apa yang dilakukan oleh beliau tidak lebih dari sekadar bermain dengan persepsi menggunakan asas dua tahun lepas yang bukan berlaku di Sabah..
Politik sebegini terlalu sempit bagi penulis kerana Junz hanya bermain dengan persepsi berdasarkan asas yang sudah expired bagi mempengaruhi minda penyokong-penyokong beliau.. Inikah contoh wakil rakyat yang diidamkan oleh pengundi-pengundi Likas? Sudahlah malas turun padang bertemu pengundi-pengundinya, aktif pula tu menyerang agensi-agensi kerajaan yang bukan dalam kawasan Adun nya.. Kini beliau menggunakan short cut pula untuk menyerang kredibiliti kerajaan dengan menggunakan artikel yang sudah expired..
0 comments:
Post a Comment
Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.