Monday, August 26, 2013

Pembangkang punca terhasilnya istilah "..termasuk Sabah dan Sarawak"

Eliminate the phrase 'Termasuk Sabah dan Sarawak' (including Sabah and Sarawak) in official speech deliveries, said Malaysian Productivity Corporation (MPC) Board of Directors member, Datuk Awang Buhtamam Awang Mahmun. He said this is to illustrate and enhance the spirit of 1Malaysia as espoused by the Prime Minister. - Daily Express

Datuk Awang Buhtamam patut menasihati pemimpin-pemimpin politik pembangkang Sabah supaya tidak membezakan Sabah, Sarawak dengan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Tidak ada gunanya Perdana Menteri mengetengahkan konsep 1Malaysia jika dalam masa yang sama pemimpin-pemimpin politik pembangkang terus memainkan sentimen kenegerian bagi membangkitkan rasa benci rakyat Sabah dan Sarawak terhadap penubuhan Malaysia. 

Pembangkang hari ini benar-benar semakin terdesak sehingga ada antara mereka menyimpan niat mahu memisahkan Sabah dan Sarawak dari gagasan Malaysia. Malah, situasinya menjadi lebih teruk apabila dalam kempen politik pembangkang, mereka terus melaung-laungkan bahawa status Sabah dan Sarawak dalam Malaysia adalah negara, bukannya negeri. Maka, tidak heranlah jika hari ini kita sering mendengar ucapan yang bersifat membeza-bezakan Sabah, Sarawak dengan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.

Jika perpaduan di negara ini lumpuh, pihak yang perlu dipersalahkan ialah ahli-ahli politik pembangkang, terutamanya parti politik yang sangat konsisten memperjuangkan agenda kenegerian. Walaupun kerajaan telah melakukan pelbagai insiatif untuk menyatupadukan rakyat di setiap negeri, namun jika pembangkang terus menerus memainkan sentimen kenegerian, jangan haraplah perpaduan ini mampu diperbaiki atau diperkukuhkan.

1 comments:

  1. Politik pecah-belah dan perintah. Yang binasa anak bangsa sendiri..

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.