Junz should refrain from making statements on matters which he had no knowledge, especially when investigations are being carried out by the Ministry of Education with reference to the State Education Department and District Education Office, which will take time.
“We have constructive leaders in the name of YB Christina Liew and former YB Melanie Chia and are women at that, who would go to the respective government departments to discuss issues with the officers,” “Why can’t Junz emulate their leadership style and learn to be humble?” she said.- Wikisabah
Seronok rasanya bila tengok pemimpin hingusan DAP seperti Junz Wong kena bedal oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap. Ini bukan kali pertama Junz Wong membuat kenyataan dan tuduhan tanpa kaji selidik.. Baru-baru ini Junz juga kantoi selepas menuduh Sabah port tidak cekap mengendalikan kapal-kapal kontena sedangkan ada banyak perkara atau sistem yang digunapakai oleh Sabah port sebenarnya tidak difahami oleh Junz. Dan sebelum ini juga Junz ada membuat tuduhan mengenai kewujudan kapal Vietnam di jeti SAFMA, namun apabila beliau gagal menunjukkan bukti, lantas beliau beralih pula kepada isu perkhidmatan air dan ais yang kononnya mahal di SAFMA.
Dalam ramai-ramai ahli politik pembangkang Sabah, nampaknya Junz Wong satu-satunya ahli politik yang paling pantas menerima gelaran Mr. Misleading (oleh Sabah Port) dan Mr. Misguided (oleh Mary Yap) sebaik berakhirnya PRU13. Jika satu gelaran sahaja yang dirangkulnya, kemungkinan ianya tidak memberikan sebarang impak kepada reputasi politik beliau.. tapi jika dua gelaran dalam masa kurang sebulan, rasanya rakyat juga faham dan dapat membayangkan bagaimana ahli politik DAP ini melakukan kerja-kerja turun padangnya.. Jesteru dengan kerja-kerja mengelirukan rakyat dan membohongi rakyat, masih layak kah ahli politik DAP ini mendapat kepercayaan rakyat?
Apa yang disifatkan oleh Datuk Mary Yap mengenai "sekadar mahu mendapatkan publisiti murahan", memang sangat bertepatan dengan apa yang dilakukan oleh Junz sejak kebelakangan ini. Sebagai ahli politik oportunis yang bertuankan bapa segala pembohong, putar belit dan sandiwara seperti Anwar Ibrahim, jangan haraplah pemimpin DAP ini memiliki kesungguhan dan keikhlasan dalam memperjuangkan nasib rakyat. Bagi mereka, selagi ada ruang untuk membohong, selagi itulah mereka bohong.. dan selagi ada puak-puak buta kayu menyokong mereka, selagi itulah mereka akan terus memperjuangkan misi memperbodohkan dan mengelirukan rakyat.
Penulis amat bersetuju bilamana Datuk Mary Yap menasihati ahli politik hingusan DAP seperti Junz Wong supaya mencontohi bentuk kepimpinan YB Christina Liew dan YB Melanie Chia dalam menyelesaikan masalah-masalah rakyat. Alang-alang sudah turun padang, biar sampai ke meja perbincangan.. bukannya sekadar memerhati dari jauh kemudian membuat kenyataan secara membuta tuli.. Diharapkan Junz akan lebih bersikap matang dan profesional selepas ini, bukan sekadar mahu mendapatkan publisiti murahan.. Rakyat mengharapkan supaya aduan mereka sampai kepada pihak yang berkenaan sekaligus dapat membincangkan jalan-jalan penyelesaian.. bukannya sekadar dijadikan bahan provokasi bagi menimbulkan kemarahan rakyat..
0 comments:
Post a Comment
Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.