Wednesday, August 7, 2013

PRK Dun Klias: Lajim Bakal Kempunan Jawatan Ketua Menteri Pembangkang Sabah

Orang kuat Anwar di sabah, Lajim Ukin akhirnya kehilangan kerusi DUN Klias yang baru sahaja dimenangi oleh beliau pada pilihanraya umum Mei yang lalu. Kerusi Klias dimenangi ketua pembangkang Sabah, Datuk Lajim Ukin dengan majoriti 342 undi. Petisyen itu difailkan calon BN, Isnin Aliasnih yang memperolehi 6,182 undi berbanding Lajim, 6, 324 undi. Kemenangan tipis Lajim ini tentunya membawa kerisauan yang maha besar buat dirinya dan juga parti yang diwakili beliau iaitu PKR. Dengan kelebihan 342 undi, tidak mustahil Isnin mampu melakukan kejutan kepada PKR pada pilihanraya kecil yang bakal diadakan nanti. Dan tidak mustahil juga Anwar dan kerabatnya di Sabah akan terpekik-pekik menyalahkan Hakim Yew Jen Kie kerana tidak memihak kepada tuntutan pembangkang.

Selain bakal berhadapan dengan kehilangan kerusi, perkara paling merisaukan Lajim tentunya mengenai kehilangan jawatan Ketua Pembangkang Sabah yang dimenanginya dalam proses pemilihan dalaman dikalangan ahli-ahli pembangkang pada bulan Jun lepas. Jesteru, dalam tempoh kritikal seperti ini, Lajim tentunya mahukan satu persembahan politik atau gerak kerja yang mantap, termasuklah mengajak rakyat turun ke jalan raya bagi membantah keputusan mahkamah. Anwar juga mungkin terpaksa melabur untuk kali kedua bagi memastikan ayam tambatan tuanya kekal mempertahankan Dun Klias sekaligus melayakkan Lajim untuk kekal sebagai Ketua Pembangkang Sabah. Suka atau tidak, hakikat perlu juga diterima seadanya dan segala kerisauan sepatutnya tidak patut timbul jika benar Lajim adalah pilihan pengundi Klias.

Pada waktu ini, sekumpulan penyangak dalam DAP pasti merasa riang gembira apabila mengetahui bahawa Lajim kehilangan kerusi Dun Klias. Hiew King Cheu juga terpaksa berputih mata kerana merelakan dirinya dikenakan tindakan disiplin ekoran keputusan beliau memihak kepada Lajim sedangkan parti beliau lebih pro kepada Wilfred Bumburing. Namun bagi penulis, kedua-dua raja katak ini (Lajim dan Bumburing) tidak sepatutnya mendapat keistimewaan dalam apa jua jawatan yang diketengahkan oleh pembangkang Sabah. Malah nasib malang yang menimpa Lajim juga tidak sepatutnya diberikan keutamaan dari segi bantuan kempen politik kerana beliau bukanlah ahli mana-mana parti politik pembangkang di Sabah. Apa yang berlaku keatas Lajim, memang layak dilaluinya kerana beliau bukanlah pemimpin yang boleh dipercayai dan boleh dijadikan sandaran dalam membela nasib rakyat dan negeri Sabah.

Sekiranya menang, Lajim mungkin tidak menghadapi sebarang masalah dalam meneruskan agenda politik beliau kerana beliau mempunyai kabel yang kuat di Semenanjung, namun sekiranya kalah, penulis cadangkan, lebih baik Lajim bersara sahaja dari arena politik. Lagipun apa guna Lajim duduk menumpang dalam Pakatan Rakyat jika sebilangan pemimpin-pemimpin dalam parti itu tidak menyukai beliau? keretakan dalam Pakatan Rakyat Sabah bermula sejak Lajim dan Bumburing menjalinkan hubungan mesra dengan PKR tanpa restu dari pemimpin-pemimpin Pakatan yang lain.. Jesteru, penulis menjangkakan bahawa keretakan ini pasti akan menjadi penghalang kepada Lajim untuk mengekalkan populariti dalam setiap pilihanraya yang ditandinginya. Malah kekalahan Lajim di kerusi Parlimen Beaufort juga banyak berpunca dari tindakan bekas-bekas pemimpin PKR yang kecewa dengan keitimewaan yang diberikan kepada dua ekor katak ini. 

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.