Monday, August 5, 2013

Hiew Kesal DAP Pertikaikan Keputusannya Menyokong Lajim Ukin

KOTA KINABALU: ADUN DAP-Luyang, Hiew King Cheu sedia berhadapan dengan tindakan disiplin kerana menyokong Datuk Lajim Ukin daripada PKR sebagai Ketua Pembangkang Sabah berbanding pilihan partinya Datuk Wilfred Bumburing. Katanya, tindakannya itu berdasarkan naluri hatinya, lebih-lebih lagi Lajim mempunyai sokongan majoriti ADUN pembangkang. - Antarapos

Kesukaran memilih antara dua ekor katak jelas terpancar diwajah pemimpin-pemimpin DAP hinggakan Hiew terpaksa menyuarakan kekecewaan terhadap sikap rakan-rakan separtinya. Dengan nada kesal, beliau cuba menafikan kelayakan Bumburing bagi jawatan ketua pembangkang Sabah dengan mengatakan bahawa walaupun Bumburing bertanding atas tiket PKR, namun beliau bukanlah anggota PKR. Penulis turut rasa bersimpati terhadap kekesalan Hiew namun apakan daya, Hiew juga sebangang dengan pemimpin-pemimpin DAP yang lain. Bukankah Lajim juga bertanding atas tiket PKR walaupun beliau bukan anggota PKR? Jesteru apa pula ciri-ciri yang ada pada Lajim sehingga Hiew tergamak membelakangkan keputusan rakan separtinya selain dari sekadar mengikut sokongan majoriti?

Penulis juga merasa hairan bagaimana pembangkang Sabah boleh memilih antara dua katak yang baru sahaja menyertai pembangkang dan masih belum konsisten hala tuju politiknya.. Tidak adakah pemimpin pembangkang Sabah yang lebih layak menyandang jawatan itu? atau mungkinkah wujud campurtangan pembangkang di Semenanjung hinggakan pembangkang Sabah terpaksa akur dengan hanya dua pilihan daripada berbelas muka yang layak? teori mengenai campurtangan pemimpin berpengaruh di Semenanjung terhadap hal-hal yang berkaitan dengan pembangkang Sabah memang ada asasnya. Sebaik Lajim dan Bumburing keluar meninggalkan umno dan upko, spekulasi tersebar luas bahawa Anwar Ibrahim telah menjanjikan jawatan yang lebih baik kepada kedua-dua katak ini sekiranya berjaya merampas kerajaan.

Jesteru, tidak heranlah jika pembangkang Sabah sepakat memilih antara dua muka basi ini untuk memimpin mereka kejalan yang "benar". Penulis amat yakin bahawa ramai ahli-ahli pembangkang di Sabah juga tidak bersetuju dengan pemilihan mana-mana antara dua katak ini kerana mereka baru sahaja memainkan peranan dan memikul watak sebagai pembangkang di negeri ini. Sumbangan mereka terhadap keberlangsungan politik pembangkang di Sabah juga terlalu sedikit jika dibandingkan dengan pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain. Malahan, kewujudan kedua-dua katak ini dibarisan hadapan pembangkang Sabah juga lebih banyak mengundang keretakan berbanding dengan memperkuatkan parti. Jesteru, bagaimana mereka boleh mendapat keistimewaan dari segi jawatan jika tidak ada campurtangan pemimpin pembangkang berpengaruh di Semenanjung?

Jika benar wujudnya kaedah primitif dalam pemilihan ketua pembangkang Sabah, tidak ada maknanya perjuangan pembangkang terutamanya bagi parti yang setia berdiri atas slogan Sabah for Sabahan atau agenda Borneo. Malah, Ketua PKR Tuaran, Ansari Abdullah sendiri mengakui bahawa tidak ada istilah autonomi untuk Sabah dalam Pakatan Rakyat kerana semua keputusan mengenai pembangkang Sabah hanya layak ditentukan oleh Anwar Ibrahim. Jesteru, penulis berpendapat bahawa dalam pemilihan ketua pembangkang Sabah hari ini juga pasti ada campurtangan pemimpin Anugerah Tuhan Pakatan Rakyat sebagaimana yang dilakukan beliau ketika pemilihan calon PRU13 yang lalu.

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.