Friday, August 9, 2013

Selepas gagal memfitnah, See Chee How kini menjadi peguam membela pemfitnah

Peguam See Chee How yang mewakili pemilik portal Sarawak Report Clare Rewcastle Brown bagi kes saman terhadap artikel fitnah bertajuk "Dirty Dayak Datuks – BN crony candidates” meluahkan rasa kesal beliau kerana kerajaan negeri Sarawak masih belum menunjukkan tanda-tanda bahawa penulis asing itu dibenarkan memasuki semula negara ini. Brown menyedari bahawa dirinya tidak dibenarkan memasuki negara ini selepas dihalang memasuki Sarawak pada 3 July lalu.

Entah apa istimewanya penulis asing ini sehingga peguam yang juga orang kuat PKR Sarawak bersungguh-sungguh mempertahankan beliau berbanding dengan mempertahankan maruah negeri Sarawak yang telah dinodai sekian lama oleh penulisan berbentuk fitnah oleh portal Sarawak Report. Samada pemilik portal fitnah ini dibiayai sepenuhnya oleh PKR atau sememangnya wujud kerjasama antara kuasa asing dengan parti politik pembangkang Malaysia, yang pasti hubungan erat itu tetap wujud hinggakan pemimpin-pemimpin PKR seakan meroyan apabila penulis asing ini dinafikan haknya untuk memasuki negara ini.

Penulis tidak berminat mengulas lebih lanjut mengenai halangan masuk terhadap Clare Rewcastle Brown ke negara ini kerana "hukuman" itu sendiri sudah cukup untuk menjelaskan bahawa penulis asing ini sememangnya telah melakukan kesalahan bagi melayakkan beliau dihalang dari memasuki Malaysia. Namun yang membuatkan penulis tertarik dengan kes ini ialah, apabila pemimpin-pemimpin PKR seperti See Chee How tampil mempertahankan "penjenayah" dengan membayangkan bahawa pihak yang melaksanakan "hukuman" itu pula yang berada dipihak yang salah.

Mungkin See Chee How lupa bahawa dirinya juga pernah terkantoi dan terpaksa memohon maaf kepada Taib Mahmud kerana mengedarkan risalah fitnah sebelum pilihanraya umum 2008? Apa yang dilakukan oleh See pada waktu itu, sama sahaja dengan apa yang dilakukan oleh portal Sarawak Report. Cuma bezanya, See tidak dihalang memasuki Sarawak atau dibuang negeri.. Sebaliknya beliau hanya memohon maaf kepada Ketua Menteri Sarawak.. Mungkinkah disebabkan mereka berkongsi hobi yang sama iaitu suka menyebarkan fitnah, maka See tanpa segan silu tampil mempertahankan pemilik Sarawak Report?
Dua orang kuat Parti KeAdilan Rakyat (PKR) di Sarawak Wan Zainal Abidin Wan Senusi dan See Chee How hari ini memohon maaf kepada Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud dalam Mahkamah Tinggi di sini dan mengakui tindakan mereka mengedar risalah siaran Malaysiakini pada 11 April 2007 lalu merupakan tindakan yang mengaibkan tanpa asas sama sekali. Dalam kenyataan Wan Zainal dan Chee How mereka mengaku telah mengedar artikel-artikel terbitan Malaysiakini pada 11 April 2007 yang mereka akui juga tidak berasas langsung, sebaliknya hanyalah berdasarkan laporan-laporan media Jepun. - Malaysiakini
Berdasarkan petikan diatas, anda nilailah sendiri wajah sebenar pemimpin-pemimpin Pakatan seperti See Chee How.. Walau macam mana sekalipun terkantoi, beliau tetap menyokong apa sahaja bentuk fitnah yang ditujukan kepada pemimpin-pemimpin Barisan Nasional. Bagi mereka, sekali terkantoi tidak bermakna mereka akan berhenti memfitnah.. Malah kali ini strategi mereka dalam menyebarkan fitnah lebih advance dimana mereka berkeupayaan menggunakan khidmat penulis dan aktivis asing untuk melakukan tugas-tugas itu. Maruah sebuah negeri tercinta tidak langsung menjadi masalah bagi mereka kerana misi rampasan kuasa itu lebih penting dari segala-galanya.

TIDAK MUSTAHIL JIKA SELEPAS INI LEBIH RAMAI KUASA-KUASA ASING BERMINAT UNTUK BERSEKONGKOL DENGAN PEMBANGKANG MALAYSIA KERANA TUGAS MEREKA UNTUK MENJATUHKAN NEGARA AMAN MAKMUR SEPERTI MALAYSIA AKAN LEBIH MUDAH DENGAN BANTUAN "ORANG DALAM"..

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.