Penganjuran perhimpunan haram, pemansuhan undang-undang seperti ISA dan Ordinan Darurat, membela nasib penjenayah yang berada dalam tahanan, bersekongkol dengan pengganas Sulu, bersekongkol dengan aktivis/NGO asing dan seterusnya melancarkan misi menakut-nakutkan orang awam seakan menjadi strategi pembangkang terutamanya Pakatan Rakyat dalam mendapatkan sokongan rakyat sekaligus menanam bibit-bibit kebencian terhadap kerajaan. Sabah juga tidak terlepas dari pelaksanaan strategi politik kejam lagi tidak bertamadun seperti ini hanya kerana negeri ini kekal menjadi deposit Barisan Nasional dalam setiap Pilihanraya Umum. Namun, di Sabah, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat lebih gemar menakut-nakutkan orang awam disamping mensabotaj ekonomi negeri Sabah kerana melalui kejatuhan ekonomi ini maka mereka membayangkan rakyat Sabah akan beralih sokongan kepada parti pembangkang terbesar itu.
Jika kita imbas kembali bentuk-bentuk serangan puak pembangkang melalui aktivis dan NGO asing yang ditaja mereka, pasti ramai yang menyedari bahawa kerajaan negeri Sabah kerap menjadi sasaran apabila perladangan kelapa sawitnya terus menjadi penyumbang utama kepada pendapatan negeri Sabah. Walaupun kerajaan Sabah berjaya menyediakan habitat semulajadi haiwan liar seperti Sepilok Rehabilitation Centre untuk keberlangsungan hidup haiwan liarnya, berbanding dengan negara-negara barat yang terpaksa menyediakan zoo untuk haiwan terancamnya, kerajaan Sabah tetap dikritik hebat kononnya melakukan pemusnahan habitat sehingga berlakunya kepupusan haiwan liar. Namun isu ini tidak boleh bertahan lama kerana Sabah banyak memperolehi pengiktirafan diperingkat antarabangsa mengenai usaha atau program-program konservasinya. Malah kedatangan rombongan diraja Britain, William dan Kate ke Lembah Danum juga adalah bukti bahawa kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Musa Aman sentiasa menitik-beratkan pembangunan mampan sepanjang pentadbirannya.
Namun misi pembangkang tidak berhenti setakat disitu, malah mereka lebih agresif sehingga tergamak menuduh kejadian tembak-menembak di Lahad Datu adalah sandiwara umno. Walaupun sudah tersebar luas gambar Anwar yang sedang duduk berbincang dengan ketua pengganas Nur Misuari, puak-puak pembangkang ini tetap menyalahkan kerajaan seolah-olah keganasan itu telah dirancang oleh BN walaupun pada hakikatnya pembangkang lebih banyak mendapat "manfaat" daripada insiden itu. Lebih mendukacitakan apabila anak jati tempatan Sabah Darell Leiking, yang juga Timbalan Setiausaha Agung PKR, didapati telah terbang ke Filipina sebelum pencerobohan itu berlaku. Insiden ini bukan sahaja menjejaskan aktiviti harian sebilangan rakyat negeri ini, malah turut menjejaskan aktiviti perniagaan dan juga membinasakan sektor pelancongan. Namun, hasil usaha gigih menteri pelancongan Sabah Datuk Masidi Manjun, maka sekali lagi usaha pembangkang menjatuhkan industri ini menemui kegagalan apabila jumlah kedatangan pelancong ke negeri ini tetap meningkat.
Kini strategi Pakatan Rakyat nampaknya lebih halus dan lebih tersirat apabila serangan mereka lebih menjurus kepada agensi atau syarikat-syarikat yang mempunyai kaitan dengan kerajaan. Namun matlamat mereka tetap sama iaitu mahu memusnahkan industri yang banyak menyumbang kepada pendapatan negeri Sabah. Terdahulu, Darell lebih dulu mengatur serangan dengan menuduh KKIA tidak mengutamakan ciri-ciri keselamatan terutamanya mengenai sistem pendaratan kapal terbang. Tuduhan tidak berasas ini sekaligus dikaitkan dengan nahas kapal terbang San Farncisco pada 6 Julai lalu bagi menggambarkan betapa bahayanya lapangan terbang Kota Kinabalu ini kepada orang awam termasuk pelancong asing. Hal ini bagaimanapun telah dijelaskan oleh Jabatan Penerbangan Awam secara panjang lebar, dan sehingga kini Darell masih diam membisu..
Disebalik kegagalan Darell meneruskan misi jahatnya, Pakatan tanpa rasa bersalah dan tanpa tergerak sedikitpun untuk memohon maaf selepas berjaya mencalarkan imej KKIA, kini mereka gunakan pula pemimpin terbangang dalam sejarah politik Sabah iaitu Junz Wong untuk menyambung "larian baton" yang gagal disempurnakan oleh Darell dengan menuduh KKIA tidak cekap sehingga berlakunya kegagalan menara komunikasi yang kononnya menjadi punca kepada kelewatan penerbangan. Namun tuduhan ini juga kurang jelas kerana faktor kelewatan penerbangan boleh berlaku pada bila-bila masa mengikut keadaan cuaca (DISINI).. Walau apapun alasannya, yang pasti pembangkang tetap tidak akan berganjak dari misi jahatnya sekalipun pembohongan, fitnah dan putar belit mereka berjaya dipertontonkan kepada rakyat.

Fuck you lah
ReplyDelete