Ahli Parlimen Penampang Darell Leiking mendakwa berlakunya kecuaian dalam kerja-kerja pembinaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) sehingga boleh menjejaskan keselamatan orang awam. “Seperti sistem mendarat (ILS) yang diwajibkan pemasangannya bagi setiap landasan namun ketika pembinaan Landasan 2, saya diberitahu ia ditinggalkan dan ia tidak dipasang kembali walaupun kerja pembinaan sudah selesai,”katanya dalam satu kenyataan hari ini. Menurut Darell, apa yang mengejutkan hasil siasatan beliau sendiri dengan Airmen (NOTAM) mendedahkan sesetengah landasan di lapangan terbang itu tidak dipasang sistem berkenaan. “Ia amat mengejutkan apabila alat yang begitu penting tidak dipasang di lapangan terbang ini, ILS ini digunakan merupakan panduan bagi juruterbang untuk mendarat dengan tepat," kata beliau lagi. - The Malaysian Insider
Sejauhmana kesahihan dakwaan Darell masih belum dapat dipastikan. Malah Darell sendiri mengakui bahawa hanya SESETENGAH landasan di lapangan terbang itu tidak dipasang sistem berkenaan. Bermakna sebahagian landasan lagi telahpun dilengkapi dengan sistem itu dan dapat beroperasi seperti biasa. Dalam kes-kes sebegini, pembangkang sememangnya gemar mencari kesilapan dipihak kerajaan dengan menyembunyikan fakta sebenar disamping membangkitkan perkara-perkara yang boleh menjejaskan kredibiliti pihak yang berkenaan. Jika benarlah KKIA mengabaikan ciri-ciri keselamatan, bagaimana lapangan terbang ini boleh menduduki tangga kedua tersibuk di Malaysia? Sepatutnya sejak awal-awal lagi para juruterbang telah membuat aduan memandangkan mereka lebih dulu mengesan kelemahan-kelemahan itu.. Namun peliknya, kenapa Timbalan Setiausaha Agung PKR pula yang tersentak? adakah dia pilot?..
Para juruterbang tentunya tidak mahu diri mereka dan penumpang-penumpang mereka menjadi mangsa korban ekoran kecuaian pihak KKIA, jesteru kenapa bukan mereka sahaja yang tampil membangkitkan perkara ini sejak dari awal?... Persoalan ini mungkin terjawab dengan sendirinya apabila siasatan Darell dan Airmen mendapati hanya sesetengah landasan yang tidak dilengkapi dengan sistem ILS ini. Malahan, kelemahan itu juga mungkin masih dalam perhatian dan sedang ditangani oleh pihak KKIA. Timbulnya isu ini tidak semestinya disebabkan KKIA tidak menitikberatkan aspek keselematan, tetapi disebabkan oleh kepantasan Darell berpolitik selepas imejnya terjejas disebabkan kelembaban beliau dalam membangkitkan masalah-masalah rakyat selepas menang kerusi Parlimen Penampang.
Lebih menjadi kemusykilan apabila Darell tidak merujuk atau mendapatkan penjelasan dari pihak yang bertanggungjawab, sebaliknya beliau hanya MENGGESA pihak KKIA bersama Malaysian Airport Holdings Berhad (MAHB) dan Menteri Pengangkutan juga Jabatan Penerbangan Awam (DCA) segera mengambil tindakan ke atas aduan yang dibuat berhubung tahap keselamatan di lapangan terbang itu. Jika Darell seorang pemimpin yang sangat perihatin terhadap keselamatan di lapangan terbang, beliau sepatutnya tampil berhadapan dengan pihak-pihak yang bertanggungjawab bagi menyelesaikan masalah itu serta-merta. Untuk apa orang awam menyampaikan aduan kepada beliau jika akhirnya aduan itu hanya dijadikan kempen untuk menaikkan populariti beliau?? Lebih baik orang awam membawa masalah itu terus kepada media Sabahkini, Aduan Rakyat dan sebagainya...
Bercakap mengenai soal nyawa yang mana turut dibangkitkan oleh Darell dalam kenyataannya, adakah motif beliau adalah untuk menakut-nakutkan orang awam atau pelancong asing supaya memboikot negeri ini atau KKIA dari terus menjadi tumpuan masyarakat dalam dan luar negara? Ketika krisis pencerobohan di Lahad Datu, Darell turut bersama-sama Tian Chua dan Sivarasa terbang ke Filipina sebelum insiden itu berlaku. Jesteru, jika benar Darell mengambil berat soal nyawa dan keselamatan orang awam, kenapa beliau tidak mengutuk kenyataan Tian Chua apabila rakan beliau ini menuduh kejadian tembak-menembak di Kg Tanduo sebagai sandiwara umno? Jika kita fikir secara mendalam, rancangan Darell hari ini sememangnya konsisten dengan insiden pencerobohan di Lahad Datu... Kedua-duanya bertujuan untuk menakut-nakutkan orang awam termasuklah pelancong asing. Bezanya, dulu mereka menggunakan khidmat pengganas sulu, sebaliknya hari ini mereka menggunakan kelemahan-kelemahan di KLIA yang mana masih sedang ditangani oleh pihak yang berkenaan.
pertama sekali saya ingin memperkenalkan diri saya, saya adalah juruterbang simulator penerbangan amatur, walaupun saya bukan juruterbang sebenar, tapi saya lebih memahami selok-belok dunia penerbangan ini lebih baik dari Timbalan Setiausaha Agung PKR ini..
ReplyDeletepada pandangan saya kesemua juruterbang pesawat komersial, tak kira lah Airbus rated atau boeing rated, mereka dilatih dgn menggunakan kedua-dua teknik pendaratan iaitu dgn mengunakan autoland instrument landing system & visual landing/manual landing...jadi tiada masalah untuk mendaratkan pesawat...
mengenai kaitan dgn insiden south korea airlines yg terhempas di San Francisco...ia tadak ada kaitan sama sekali, kerana pesawat itu terhempas kerana terlalu perlahan atau dalam istilah penerbangan dipanggil stall & sistem ILS ini hanya mengawal altitude, attitude, localizer & vertical speed...& tidak langsung mengawal throttle yg mengawal kelajuan pesawat.