Thursday, August 8, 2013

Cadangan Kementerian Baru Sabah: Hiew nafikan peranan anak jati Sabah diperingkat persekutuan?

A new Sabah state ministry is required to strengthen the administrative efficiency of the Sabah State Government in the aspect of power and water supply, as proposed by the Luyang Assemblyman Hiew King Cheu. Hiew is in view that the need of a new Sabah state ministry to undertake the responsibility to ensure that the power supply and the water supply in the state are being managed and handled with utmost care for the benefit of the Sabahan. In Sabah, these two very important public utilities are constantly giving problems and inconveniences to the people for the past many decades. - Sabahkini

Jika ada keperluan mendesak, kerajaan juga tidak akan teragak-agak menubuhkan kementerian baru di Sabah. Dikhuatiri, jika kerajaan melaksanakan cadangan yang dikemukakan oleh Hiew, pembangkang juga yang akan membantah kononnya penubuhan kementerian baru itu hanya membazir wang rakyat. Sebenarnya situasi mengenai bekalan air dan bekalan elektrik di Sabah terkawal. Setiap tahun kerajaan berjaya mengurangkan gangguan bekalan elektrik dan begitu juga dengan bekalan air dimana peruntukkan berterusan disalurkan ke Sabah.

Lagipun untuk apa Sabah memiliki kementerian baru seperti Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau sebagaimana yang dicadangkan oleh Hiew jika Menteri Persekutuan yang memegang jawatan itu hari ini juga berasal dari Sabah? Datuk Dr Maximus Ongkili adalah menteri penuh Persekutuan yang memegang portfolio Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. Sebelum PRU13, Maximus adalah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi namun portfolio itu telah diserahkan kepada Datuk Ewon Ebin (juga dari Sabah). Jesteru, Hiew tidak sepatutnya mengabaikan peranan Dr Maximus lebih-lebih lagi beliau baru sahaja ditukarkan ke jawatan itu tahun ini.

Hiew sepatutnya memberikan masa kepada Dr Maximus untuk membuktikan keupayaannya dalam melaksanakan tuntutan pembangunan di negeri ini. Cadangan menubuhkan kementerian yang sama diperingkat negeri membuktikan Hiew tidak tahu siapa yang menyandang jawatan itu diperingkat persekutuan, atau Hiew sengaja memberikan gambaran awal bahawa Dr Maximus telah gagal melaksanakan tanggungjawabnya dengan membayangkan keperluan menubuhkan kementerian yang sama di negeri ini. Mana mungkin Dr Maximus mampu menunjukkan prestasi beliau hanya dalam masa tiga bulan selepas dilantik ke jawatan itu. Malah, keputusan Najib melantik anak jati tempatan Sabah ke jawatan itu jauh lebih baik daripada cadangan Hiew yang mahu menubuhkan kementerian yang sama diperingkat negeri.

Jesteru, penulis simpulkan bahawa cadangan Hiew sudah ketinggalan jauh di belakang.. Samada beliau menyedari portfolio Maximus atau tidak, yang pasti Hiew sudah gagal mempopularkan idea dan dirinya kerana mencadangkan jawatan yang sudah disandang anak jati Sabah.. Pelantikan Maximus ke jawatan itu juga membuktikan Najib lebih dulu mengetahui bahawa Sabah memerlukan anak jatinya untuk memegang jawatan menteri penuh diperingkat Persekutuan bagi menangani permasalahan air, tenaga dan teknologi hijau di negeri ini..

SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DI NEGARA INI!

1 comments:

  1. Politics aside, I think we are well covered. The energy minister is from Sabah and he is currently very busy making his round on all initiatives on addressing to the power supply woes here.

    He has also set up Focus Group specifically for power supply issues here. So, give him some time to prove his mettle, shall we.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.