Saturday, August 3, 2013

Kekayaan Anwar didedahkan melalui laporan bertajuk Bankleaks Anwar/Karpal

Penduduk Permatang Pauh Minta Penjelasan Dari Anwar dan Karpal

PERMATANG PAUH 2 Ogos – Kemunculan surat misteri mendedahkan ‘urus niaga’ oleh dua pemimpin tertinggi pakatan pembangkang iaitu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP, Karpal Singh menimbulkan tanda tanya penduduk di daerah ini. Surat lapan halaman yang tertera Untuk Pengundi Permatang Pauh dan dihantar ke rumah-rumah penduduk sejak beberapa hari lalu itu antara lain mengandungi pelbagai nombor akaun bank yang didakwa milik Anwar. - Utusan

Laporan ditulis bekas pekerja Karpal Singh

PERMATANG PAUH 2 Ogos – Laporan bertajuk Bankleaks Anwar/Karpal yang diedarkan kepada penduduk di kawasan ini sejak beberapa hari lalu didakwa ditulis oleh bekas kakitangan pejabat guaman di Kuala Lumpur. Menurut penulis laporan setebal lapan muka surat itu, dia terpaksa merahsiakan identitinya atas faktor keselamatan. Katanya, dia mendedahkan perkara tersebut berikutan rasa tanggungjawab kerana maklumat yang disimpannya selama ini terlalu penting. Sejak 2008, dakwanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat beberapa pembayaran guaman berjumlah jutaan ringgit. - Utusan

Ahli Parlimen Simpang Renggam, Liang Teck Meng sebelum ini ada mendedahkan mengenai akaun RM332 juta milik Anwar yang disimpan rapi dalam 20 akaun di luar negara. Pendedahan yang dipetik dari laporan pembocor maklumat Wikileaks itu mungkin ada asasnya selepas bekas pekerja Karpal mendedahkan ‘urus niaga’ oleh dua pemimpin tertinggi pakatan pembangkang iaitu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP, Karpal Singh menerusi dua laporan Utusan seperti diatas.

Penulis amat yakin bahawa kedua-dua mangkuk ini pasti tidak akan mengaku kewujudan urus niaga jutaan ringgit berkenaan sekalipun bukti yang dikemukakan amat kukuh berbanding dengan hujah penafian mereka. Setakat ini belum ada kenyataan atau penjelasan dari Anwar mahupun Karpal mengenai dakwaan ini; dan kalau adapun pasti bunyinya sama sahaja sebagaimana Anwar menafikan tuduhan-tuduhan lain yang dilemparkan terhadapnya sebelum ini.

Satu perkara menarik sepanjang kempen PRU-13 yang sudah berlalu hampir empat bulan ialah kemampuan kewangan Anwar Ibrahim untuk ke hulu dan ke hilir menjelajah seluruh negara dengan menaiki jet eksekutif dan helikopter. Ini belum termasuk kenderaan darat yang digunakan Anwar dan macai-macainya seperti Chevrolet, bas mewah dan treler yang dilengkapi dengan pentas berpolitik.. Jarang ada ahli politik yang berkesempatan menikmati perjalanan menggunakan kenderaan-kenderaan mewah seperti Anwar, kalau ada pun cuma segelintir itu pun melibatkan mereka yang benar-benar rapat dengan Anwar. 

Dari satu sudut ia mungkin satu kelebihan kepada Anwar bagi meneruskan survival politiknya walaupun beliau boleh dikategorikan sebagai satu-satunya penasihat ekonomi paling miskin di dunia kerana bergaji RM1. Namun, di masa yang sama timbulkan satu persoalan tentang dari mana datangnya sumber untuk membiayai gaya hidup Anwar yang serba mewah. Itu belum lagi dikira jumlah perbelanjaan bagi menampung kos sara hidup berbelas orang pengawal peribadi Anwar termasuk empat orang yang diimport khas dari Filipina. Adakah khidmat berbelas pengawal peribadi Anwar ini juga PERCUMA?? 

Sungguh mustahil jika kemewahan yang dinikmati Anwar hari ini adalah berkat dari amalan menabung sejak kecil. Kalau adapun Anwar menabung, untuk menampung kos pembinaan banglo mewah Anwar yang berharga RM7 juta di Segambut itu pun belum tentu terdaya, inikan pula untuk menyelesaikan kos pengangkutan Anwar dan keluarganya. Jesteru, Anwar perlu tampil memberikan penjelasan kepada umum bagi merungkai semua persoalan-persoalan mengenai kekayaan luar biasa beliau sebelum rakyat memutuskan bahawa dakwaan itu benar belaka.

2 comments:

  1. Kebenaran yang enggan diterima oleh pengikut taksub..

    ReplyDelete
  2. kalau kes ni di bawa ke mahkamah sekalipun, Anuar sikit pun tak heran...hakim & lawyer semua dah kenyang....

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.