Wednesday, August 14, 2013

AWAS: Petanda Awal Darell Akan Serang KDM

Jika Darell anggap dirinya layak bergelar pemimpin masyarakat, beliau sepatutnya tidak membuang masa bertanyakan soalan yang beliau tahu jawapannya. Malah beliau sepatutnya bersama-sama memikul tanggungjawab memperbetulkan atau memperkukuhkan budaya KDM, bukannya menggunakan isu itu bagi tujuan mengundang pelbagai jawapan negatif terhadap parti lawan. 

Apa yang penulis dapat simpulkan mengenai kenyataan Darell dalam facebook beliau ialah, Darell sengaja membangkitkan persoalan tersebut bagi mendorong penyokong-penyokong buta kayu nya untuk memberikan komen-komen negatif terhadap parti lawan, iaitu parti yang mereka anggap telah gagal membela nasib dan budaya KDM.

Memandangkan Darell telah membangkitkan isu ini, maka penulis ingin juga bertanya apakah sumbangan atau tindakan yang telah dilakukan oleh Darell bagi memperkukuhkan budaya KDM? Jika beliau hanya tahu menimbulkan persoalan, mempertikaikan usaha pihak lain disamping mengapi-apikan rakyat, lebih baik beliau bersara dari politik kerana rakyat Sabah tidak perlukan pemimpin yang hanya pandai bercakap tapi gagal bertindak.

Mungkin Darell juga patut mengulas mengenai penganugerahan gelaran Huguan Siou kepada Anwar Ibrahim. Kenapa dalam hal itu, Darell tidak mempertahankan gelaran KDM yang sepatutnya dikhaskan kepada kaum KDM? Apa buktinya Anwar berdarah KDM? dan apa pula sumbangan Anwar terhadap suku kaum KDM di negeri ini?.. 

Kepada penyokong-penyokong buta Darell, apa pula pandangan saudara jika Pakatan menjajah Sabah? jika gelaran yang menjadi hak milik pemimpin KDM tidak mampu dipertahankan, bagaimana pemimpin-pemimpin Pakatan seperti Darell mahu mempertahankan budaya KDM?

1 comments:

  1. kepada penyokong2 BN yang berpura2 buta pastinya berpesta-pora kalau gelaran huguan siou diberikan kepada 'penjenayah' bukan, apa buktinya kerajaan yang ada sekarang ini layak memerintah???, maybe Darell bertanya soalan yang tahu jawapannya kerana beliau tahu ANDA lah harus melafazkan jawapan.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.