Saturday, August 3, 2013

Hari Kemerdekaan: Jeffrey Mulakan Sentimen Kenegerian

Rakyat Malaysia bakal menyambut hari kemerdekaan tidak lama lagi iaitu pada 31 Ogos ini. Seperti tahun-tahun sebelumnya, hari kemerdekaan pada tahun ini pasti akan diserikan lagi dengan kempen-kempen politik pihak tertentu yang enggan mengakui keberadaan Sabah dan Sarawak dalam gagasan Malaysia. Kecenderungan pihak tertentu dalam membangkitkan sentimen kenegerian bukan didorong oleh tuntutan rakyat yang mahukan hak berasingan atau istimewa melebihi negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia, sebaliknya sekadar memenuhi tuntutan politik pihak tertentu yang penulis sifatkan sebagai sempit, primitif dan oportunis.

Kita telah menikmati kemanan, keharmonian dan kemakmuran negara lebih lima dekad yang lalu. Perpaduan rakyat yang berbilang bangsa dan agama juga utuh hingga kehari ini walaupun penduduk Sabah/Sarawak dan Semenanjung Malaysia dipisahkan oleh Laut China Selatan. Namun tanpa kita sedar, perpaduan dan rasa setia rakyat terhadap Malaysia rupanya menjadi ancaman kepada sebilangan pihak yang bercita-cita mahu merampas kerajaan hari ini. Tanpa memikirkan risikonya terhadap aspek sosial, politik dan ekonomi, golongan pendesak yang terdiri dari ahli-ahli politik pembangkang ini terus gigih berusaha menghasut rakyat supaya tidak mengiktiraf keberadaan Sabah dan Sarawak dalam gagasan Malaysia.

Sehari sebelum masuk bulan Ogos, Star yang diketuai oleh Jeffrey Kitingan menjadi parti pertama menimbulkan sentimen kenegerian dengan menghasut rakyat supaya tidak mengiktiraf tarikh kemerdekaan yang telah sekian lama diterima baik oleh seluruh rakyat Malaysia. Bagi Jeffrey, usaha menghasut rakyat supaya mempertikaikan tarikh kemerdekaan itu jauh lebih penting dari membela nasib rakyat di kawasan pedalaman atau kawasan yang beliau wakili. Malah beliau pasti tidak akan teragak-agak untuk menganjurkan perhimpunan bagi membantah tarikh kemerdekaan itu sebagaimana yang berlaku pada tahun-tahun sebelumnya. Sentimen seperti inilah yang menjadi penyebab utama kenapa sambutan kemerdekaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini menjadi hambar.

Pemipin-pemimpin pembangkang tempatan sepatutnya menyahut seruan kerajaan supaya memperkukuhkan perpaduan di negara ini, bukannya memecahbelahkan rakyat atau negeri dengan membuat ulasan-ulasan yang boleh mengelirukan rakyat. Cukuplah Malaysia mempunyai satu tarikh yang disambut sebagai Hari Kemerdekaan dan satu tarikh yang disambut sebagai Hari Malaysia. Jika setiap negeri dalam Malaysia mempunyai tarikh kemerdekaan sendiri, apa makna nama dan bendera Malaysia? Jeffrey tidak sepatutnya mengundang persepsi dikalangan rakyat negeri ini bahawa Sabah adalah sebuah negara dalam Malaysia. Walaupun Jeffrey mempunyai niat untuk membawa keluar Sabah dari Malaysia, namun itu semua masih belum berlaku hari ini. Jesteru, Jeffrey tidak perlu memaksa rakyat untuk menerima agenda politik beliau dan mempraktikkannya ketika beliau sendiri gagal meyakinkan rakyat bahawa misi beliau itu akan membawa Sabah jauh lebih baik dari hari ini.

Sedarlah bahawa rakyat Sabah tidak mudah dipengaruhi oleh politik kenegerian bawaan parti tempatan seperti Star dan SAPP.. buktinya, lihat saja bagaimana penerimaan rakyat terhadap kedua-dua parti tempatan ini pada pilihanraya umum ke-13.. Star hanya menang satu kerusi DUN manakala SAPP gagal memenangi walau satu kerusi di negeri ini. Inilah sebabnya kenapa Jeffrey perlu berhenti dari memainkan politik kenegerian dan memfokuskan kepada isu-isu terkini yang lebih mendatangkan manfaat kepada rakyat.

1 comments:

  1. Jeffry Kitingan adalah seorg ahli politik yg tiada prinsip politik.Selain dr amalan melompat parti beliau tidak menerima hakikat bahawa Sabah n Swak adalah sebahagian negara Malaysia.Beliau nampaknya menganjurkan independence utk Sabah n Swak.Cara halus Jeffry menghasut rakyat.

    Politik yg dimainkan Jeffry dah ketinggalan zaman.Kita dah merdeka.Maka we do our utmost best to develop our states within the realm of Malaysia.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.