Sunday, August 18, 2013

Perpaduan Rakyat Malaysia Adalah Ancaman Besar Kepada Pakatan Rakyat

Facebook Darell Leiking
Bermakna Darell bersetuju bahawa kemerdekaan Malaysia baru mencecah 50 tahun? Bagaimana dengan tanah Malaya yang merdeka pada tahun 1957? Adakah bagi Darell bahawa Malaysia yang dibentuk hari ini hanya merangkumi Sabah dan Sarawak dan tidak termasuk negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, hinggakan beliau membuat kesimpulan bahawa Malaysia sepatutnya menyambut kemerdekaan yang ke-50 pada tahun ini? Kebiasaannya, bila wujud tarikh-tarikh yang berbeza seperti tarikh kemerdekaan Sabah, Sarawak dan Malaya, sudah tentu yang dipilih itu adalah tarik yang lebih awal.. Malahan tarikh 31 Ogos 1957 sudah lama diterima pakai oleh rakyat di negara ini sebagai titik bermulanya kemerdekaan Malaysia, jesteru kenapa baru hari ini pembangkang seolah meroyan bila ia kekal digunakan?

Penulis sama sekali tidak bersetuju mengenai kenyataan Darell bahawa Malaysia sepatutnya menyambut kemerdekaan yang ke-50. Berdasarkan pemerhatian penulis, tindak tanduk pambangkang Sabah sejak kebelakangan ini sememangnya banyak menjurus kepada usaha memisahkan Sabah dari Malaysia. Walau apapun motif mereka, yang pasti ketiadaan Sabah dari Persekutuan Malaysia, pasti membawa sinar harapan kepada Anwar untuk menduduki kerusi Perdana Menteri. Jesteru, bagi mencapai misi itu, usaha membangkitkan sentimen kenegerian semakin giat dilaksanakan walaupun mereka sedar bahawa tindakan itu telahpun mengundang rasa benci sebilangan penduduk di Semenanjung Malaysia terhadap Sabah dan Sarawak sehingga tercetusnya provokasi kenegerian melalui facebook atau lain-lain media sosial.

Tindakan pemimpin-pemimpin pembangkang seperti Darell yang gemar menghasut rakyat supaya menyambut kemerdekaan berasingan antara Sabah, Sarawak dan Malaya jelas menunjukkan bahawa mereka memang bencikan perpaduan. Bagi mereka perpaduan yang utuh di negara ini adalah ancaman terbesar untuk mereka meneruskan agenda rampasan kuasa. Mungkin disebabkan perpaduan inilah, maka pemimpin-pemimpin Pakatan seperti Darell, Tian Chua dan Sivarasa terpaksa terbang ke Filipina memohon bantuan pengganas Sulu supaya datang menuntut Sabah melalui pintu belakang. Dan mungkin sebab itu juga, Anwar terpaksa berunding dengan Nur Misuari, yang juga ketua pengganas Sulu, supaya menghantar seberapa ramai tentera tidak bertamadunnya untuk menceroboh Sabah.

Bagaimana agaknya jika sejak dulu hinggalah ke hari ini, Sabah, Sarawak dan Malaya menyambut tarikh kemerdekaan secara berasingan walaupun telah bergabung membentuk Malaysia?? Sudah tentu pembangkang hari ini akan mempertikaikan kenapa wujud perbezaan seperti itu sedangkan ketiga-tiga buah negara ini telahpun bersatu membentuk Malaysia.. Penulis masih ingat, apabila ada pihak yang membuat kenyataan seperti ini "bla, bla, bla... Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak..." bukan main meroyan lagi pembangkang menunjukkan sikap patriotik mereka dengan mengecam pihak yang membuat kenyataan tersebut. Namun, apabila bercakap soal kemerdekaan, mereka pula yang lebih dulu cuba mengasingkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia..

3 comments:

  1. blogger bodoh... klu ko cakap kemerdekaan tanah melayu betul la... ini kemerdekaan malaysia la bodo... 1957 malaysia belum wujud la poyo... ini bukan memecah belahkan masyarakat tapi fakta...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bro.. malaysia tu hanya nama.. nama tidak pernah dijajah.. tapi wilayah2 dalam malaysia tu yang pernah dijajah.. sabah juga, kalau ikutkan nama, tidak pernah dijajah.. jadi bila wilayah2 ini bergabung membentuk satu negara, sudah tentulah tarikh kemerdekaan berdasarkan yang paling awal..

      Delete
  2. Amerika Syarikat telah bersatu sejak ratusan tahun.Wilayah terakhir menyertai AS ialah Hawaii.Tidak ada pertikaian perihal tarikh kemerdekaan AS.Wilayah2 yg menyertai AS tidak ada tarikh kemerdekaan yg berlainan.Semangat kental dan patriotik begini patut kita contohi.

    Hari Kemerdekaan negara kita ialah 31 Ogos.Manakala 16 September ialah Hari Malaysia.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.