Saturday, May 18, 2013

Permohonan Maaf Ahli DAP Bukti Pembangkang Berbohong Mengenai Pengundi Hantu

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang dituduh sebagai pendatang asing oleh ahli parlimen pembangkang merupakan seorang pengundi berdaftar di Malaysia. 

Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming kini mahu bertemu dengan Chua Lai Fatt secara peribadi dan memohon maaf kepada Chua dan keluarganya berhubung dakwaan yang dilemparkan itu.

Chua, berketurunan India namun diambil menjadi anak angkat sebuah keluarga Cina di Klang serta memberikan nama kepadanya. 

Ketika dihubungi The Star, Chua bagaimanapun enggan ditemubual. 

"Saya tidak mahu menjadi tumpuan pihak media," katanya. 


Dr Ong telah menggunakan nama Chua yang merupakan pengundi kali pertama sebagai contoh terhadap dakwaan bahawa Suruhnjaya Pilihan Raya telah mengeluarkan Mykad kepada pendatang asing pada 4, Mei, sehari sebelum pilihan raya umum berlangsung. 

Beliau telah membuat permohonan maaf dalam akhbar Cina berhubung dakwaan tersebut. Akhbar Cina memetik beliau memohon maaf atas kesilapannya menuduh Chua sebagai pendatang asing yang mengundi pada PRU-13. 

"Saya akhirnya dapat mengenalpasti mengapa Chua mempunyai nama Cina. Saya mohon maaf sangat. 

"Saya juga mohon maaf kepada Chua dan ahli keluarganya," kata wakil DAP itu sambil menambah dia mahu memanjangkan permohonan maafnya itu kepada pengundi dan keluarganya.


INILAH AKIBATNYA BILA TERLALU TAKSUB MENCARI KESALAHAN PIHAK LAWAN SEMATA-MATA MAHU MENEGAKKAN PEMBOHONGAN DAN FITNAH MEREKA SELAMA INI. RAKYAT MALAYSIA YANG MAHU MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB DILAYAN SEPERTI PENJENAYAH DAN DINAFIKAN HAK MEREKA DALAM MEMILIH KERAJAAN.. INIKAH BENTUK DEMOKRASI YANG DIPERJUANGKAN PEMBANGKANG??

SELEPAS PUAS "MELUDAH", AKHIRNYA MEREKA SENDIRI JUGA YANG "MEJILAT" SEMULA LUDAH MEREKA DI MERATA-RATA TEMPAT.. NAMUN, BAGI SAYA PERMOHONAN MAAF ITU MASIH TIDAK MEMADAI JIKA DIBANDINGKAN DENGAN KESALAHAN SERTA KEKASARAN YANG DILAKUKAN OLEH PUAK-PUAK TERDESAK INI.

MANGSA SEPATUTNYA MENGAMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG TERHADAP PEMIMPIN-PEMIMPIN PEMBANGKANG YANG MEMFITNAH BELIAU BAGI MENGELAKKAN PERKARA SEUMPAMA ITU BERULANG KEMBALI DIMASA-MASA AKAN DATANG.

SELAIN ITU, PEMBANGKANG JUGA PATUT MEMOHON MAAF KEPADA KERAJAAN BN DAN SPR KERANA MENYEBARKAN FITNAH SERTA PEMBOHONGAN YANG TIDAK BERASAS.. TUDUHAN PEMBANGKANG MENGENAI KEWUJUDAN PULUHAN RIBU PENGUNDI HANTU TIDAK LEBIH DARI SEKADAR MAINAN PERSEPSI UNTUK MENGHASUT RAKYAT SUPAYA MENOLAK KERAJAAN BN..

**SEPANDAI-PANDAI PAKATAN MEMBOHONG, AKHIRNYA KANTOI JUGA...

29 comments:

  1. Dia tak minta maaf kat spr pun....jadi spr boleh saman dia ka?

    ReplyDelete
  2. The systemic fibbing of electoral fraud fabricated by Datuk Seri Anwar Ibrahim who can’t stand the idea of not landing Putrajaya and will not stop his specious campaign until he is made prime minister. That is why he is trying to find fault in everything.

    ReplyDelete
  3. The so-called “Chinese swing” that expertly exploited Chinese disenchantment to steer Chinese votes away from the ruling coalition on the illusion that it would catapult Anwar, and with him the DAP, to rule Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This swing had assumed that if Anwar and his axis take over Putrajaya, everything will be just and ideal, that all wrongs would be made right: that’s the sense that Anwar keeps serving and what the gullible and naïve want to take in order to believe.

      Delete
  4. Urban protest rallies like the illegal one held on Wednesday night in Kelana Jaya, exhorting Arab Spring-like rebellion underscored by incredulous accusations by PKR’s de facto leader.

    ReplyDelete
  5. DAP's hypocrisy vilifying a Malay national daily for publishing racism when the DAP itself is guiltier of undercutting non-Chinese representations in their party and general elections.

    ReplyDelete
  6. The DAP’s remonstrations against Utusan’s “racism” were heightened by police reports against the newspaper for sedition but the prime minister defended Utusan’s query while urging critics to examine similar, if not worse, provocations against Malays in the Chinese press.

    ReplyDelete
  7. Anwar, of course, jumped into the fray, ironic when he was part of BN years ago who routinely vilified the DAP’s racist nature and overtures. A hypocrite in nature Anwar is.

    ReplyDelete
  8. But reading the Utusan report in its proper context, the daily is no more racist than the DAP who have demonstrated its mulish unwillingness to boost Malay leadership in its jealously-guarded hierarchy, contested only in Chinese-dominated seats and defend Chinese rights in education and culture but slam other outfits if they stand up for their own community.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anwar’s fibbing is so extensive that he could issue allegations of “unprecedented electoral fraud” either without concrete proof or with flimsy evidence snarling virulently in popular social media sites.

      Delete
    2. The current line up of DAP’s top leadership should be declared null and void since the former Central Executive Member Vincent Wu Him Ven had attended the first meeting to appoint the leaders, said Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

      Delete
    3. The former DAP vice-chairman pointed out that the meeting was unconstitutional since Wu had to step down after a recalculation found out that he had not earned a spot in the top 20 CEC members due to low votes received

      Delete
    4. Tunku Abdul Aziz further claimed that those DAP lineup appointed to the top party posts at the inaugural CEC meeting must perforce be automatically declared as illegal.

      Delete
    5. Is DAP really upholding their principles of multi-ethnicity? Since Devan Nair, the only other Indian who rose to prominence in DAP is Karpal Singh. Since its establishment, no other Indian has held a top post in the party. If that is astounding, it is even more shocking that there has never been a Malay leader holding any top position in DAP. The nation’s most populated ethnic group has little or no say in DAP.

      Delete
    6. Time and time again DAP has been accused of practising race-based politics. Despite the leaders of DAP claiming false to the allegations, results of the last DAP elections speak for itself. None of the Malay candidates who contested for a Central Executive Committee (CEC) position managed to get into the Top 20.

      Delete
    7. Being a party that claims to be multi-racial the representation of non-Chinese ethnic group is a worrying sign. Till today we still see some members of DAP at war with its coalesced party PAS over the hudud issue. What if DAP-PKR-PAS does someday form the government? Are we, a small nation like Malaysia heading towards separation of states?

      Delete
    8. The biggest opposition party with the most amount of representation in parliament after Barisan Nasional seems to lack genuine multi-ethnic representation at the elected leadership level. DAP is definitely not practising multi-ethnicity as preached by their leaders. DAP will not represent and will not reflect the diverse cultures and beliefs which constitutes the people of Malaysia.

      Delete
    9. It will be a long time before the DAP becomes fully multi ethnic. You cannot find anything overtly racist in the DAP's constitution or in their stated objectives as a political party but they have not yet escaped the stigma of being overly Chinese-centric. That is why people see them as racist. For the record the DAP does have non-Chinese but as the writer says they are very few in number.

      Delete
    10. Other than the BN, there is no real multi ethnicity in party politics in Malaysia (except maybe for the PPP - Kayveas party and some of the parties in Sabah and Sarawak but you can argue that point as well). By the same measure (which we used for the DAP) all the political parties in Malaysia are "mono-ethnic" to an extent.

      Delete
  9. ISU pengundi hantu dari Bangladesh masih hangat diperkatakan tidak kira di warung kopi atau di laman media sosial, meskipun Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) di Malaysia telah berakhir dua minggu lalu.

    ReplyDelete
  10. Malah isu tersebut dipergunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab termasuk penyokong parti pembangkang dengan menyebarkan berita palsu di dalam media sosial Facebook dan Twitter secara luas mendakwa kerajaan Malaysia 'mengimport' kira-kira 40,000 rakyat negara itu untuk menjadi pengundi di negara ini.

    ReplyDelete
  11. Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina turut menjadi mangsa 'politik kotor' pihak pembangkang apabila dengan mendakwa jika pemimpin itu dipaksa letak jawatan sekalipun, beliau masih boleh berhijrah ke Malaysia dan mudah mendapat kerakyatan Malaysia. '

    ReplyDelete
  12. Tohmahan pembangkang itu telah mencetuskan kemarahan Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, A.K.M. Atiqur Rahman yang menyifatkan tuduhan pembangkang itu sebagai tidak berasas dan hanya dibuat oleh golongan yang tidak berakal.

    ReplyDelete
  13. Beliau berkata, adalah mustahil untuk kerajaan Malaysia membawa masuk seramai 40,000 rakyat Bangladesh yang didakwa menjadi pengundi hantu di negara ini dalam tempoh yang singkat.

    ReplyDelete
  14. Purata kapasiti pesawat komersial hanya boleh membawa kira-kira 400 penumpang dan memerlukan 1,000 pesawat untuk membawa kesemua 40,000 rakyat Bangladesh itu seperti yang didakwa ke Malaysia."Bagi saya, pihak yang membuat tuduhan tersebut adalah 'gila' dan menggunakan hak bersuara mereka dengan cara yang salah serta tidak profesional," jelasnya.Jelas Atiqur, hanya beberapa ratus sahaja rakyat Malaysia berketurunan Bangladesh mempunyai taraf kerakyatan di Malaysia kerana mereka merupakan penduduk yang telah menetap di negara ini sejak sebelum merdeka lagi.

    ReplyDelete
  15. Maka, tidak menjadi kesalahan jika mereka menjalankan hak sebagai rakyat negara ini untuk keluar mengundi pada pilihan raya di negara ini.Isu pengundi hantu dari Bangladesh sebenarnya telah dimulakan sejak beberapa tahun lalu lagi oleh kumpulan media sosial yang dipercayai diupah untuk menyebarkan fitnah

    ReplyDelete
  16. Kumpulan yang tidak bertanggungjawab itu sanggup membuat fitnah dengan menyebarkan video tentang penangkapan pengundi hantu dari Bangladesh, kenyataan Hasina yang diubahsuai dan mendakwa sebuah syarikat penerbangan Malaysia bersekongkol dengan kerajaan Malaysia untuk membawa pengundi hantu dari negara tersebut.

    ReplyDelete
  17. Lebih memalukan, ramai pengguna laman sosial terutamanya orang Melayu, mudah terpedaya dan secara sesuka hati menyebarkan berita palsu tersebut tanpa memeriksa kesahihannya.

    ReplyDelete
  18. Apa yang menghairankan, sehingga hari ini, masih tiada kes melibatkan pengundi hantu dari Bangladesh difailkan di mahkamah untuk membuktikan dakwaan kumpulan pembangkang itu.Malah jika benar ada rakyat Bangladesh yang terlibat dalam proses pengundian PRU-13, mengapa mereka tidak dibawa ke balai polis dan ditahan untuk siasatan lanjut?Tindakan penyokong pembangkang menjadi 'polis' pada hari pengundian menangkap dan memukul rakyat Bangladesh, ternyata memakan diri apabila pembohongan mereka didedahkan oleh segelintir rakyat tempatan berbangsa India dan keturunan India Muslim yang seakan-akan serupa dengan rakyat Bangladesh dan dihalang mengundi gara-gara isu pengundi hantu.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.