Saturday, January 19, 2013

Apa peranan sebenar Bumburing?

KOTA KINABALU : Wiramuda (Youth) Parti Reformasi Negeri (Star) Sabah mempersoalkan apakah sebenarnya peranan Datuk Seri Wilfred Bumburing dalam bersekongkol dengan PKR; tetapi tidak pula menyertai terus parti Semenanjung itu.

Sebagai respon kepada kenyataan Bumburing yang keterlaluan menganggap Star sebagai pemecah undi, ingin saya jelaskan bahawa Star mempunyai matlamat yang jelas menerusi apa yang kami panggil Agenda Borneo, lama sebelum kewujudan APS.

Kami menentang dasar Barisan Nasional yang menafikan hak rakyat Sabah. APS baru muncul semalam tetapi terus mendakwa berjuang yang sama sedangkan perjuangan yang dilaungkan APS hanyalah mengulang lidah perjuangan pemimpin Star, Dr Jeffrey Kitingan yang amat konsisten dengan perjuangannya sejak tahun 80-an.

Jika Bumburing benar-benar jujur membantu Pakatan Rakyat, mengapa dia tidak terus menjadi ahli PKR saja? Bahkan Bumburing pernah berkata jika tidak dilayan PKR kelak sesudah menang, dia akan keluar, jadi keluar ke mana? Ke BN kembali?

Tidakkah Bumburing sedar sebenarnya beliaulah pemecah yang nyata bukan hanya dalam pembangkang tetapi juga dalam PKR Sabah sendiri. Seluruh rakyat tahu Bumburing kini menentang rakan sebantal dan seselimutnya puluhan tahun ini hanya kerana tidak lagi dicalonkan oleh Upko-BN pada pilihanraya akan datang ini.

Jadi siapa sebenarnya yang cari makan? Pernah bermaharajalela sebagai ejen BN dan kini jadi ejen PR, sebuah lagi parti besar dari Semenanjung, untuk memecahbelahkan orang Sabah termasuk mereka yang sudah pun mula berkumpul di bawah naungan Star dan Pakatan Borneo.

Kini ramai anak muda termasuk guru-guru yang langsung tiada latar belakang politik sebelum ini kini bersama Dr Jeffrey membantu beliau mencapai apa yang sebenarnya dihasratkan oleh rakyat tulen Sabah untuk mengembalikan kuasa politik kepada parti Sabah serta membebaskan Sabah dari belenggu penjajahan parti Malaya.

Saya menyeru semua rakyat Sabah marilah bersatu di bawah Star berjuang menuntut hak kita sehingga kita juga dapat apa yang Wilayah Acheh perolehi di negara jiran Indonesia. Perjuangan Star sebenarnya sudahpun mula membuahkan hasil di mana pihak-pihak berkenaan mula mendengar tuntutan kita tetapi kalau kita dipecahkan oleh ejen musuh, nescaya mereka tidak akan mendengar kita sebab kita lemah dan dilemahkan seperti apa yang dilakukan semalam ini oleh BN-Umno dan juga cuba ditiru oleh PR-PKR. - Sabahkini

**Belumpun pilihanraya, pembangkang Sabah makin rancak bercakaran.. LAIN KALI LAH!!

24 comments:

  1. MALANGNYA NASIB Datuk Wilfred Bumburing apabila pelancaran Angkatan Perubahan Sabah (APS) di PAPAR pada 06 Oktober 2012 yang lepas di kg. Limputung, Papar hambar dan tidak mendapat sambutan dari masyarakat setempat.

    ReplyDelete
  2. Walaupun 'promosi' telah dibuat awal berkaitan dengan perjumpaan tersebut tetapi masyarakat di sekitar Papar tidak mengendahkannya kerana masyarakat tidak menerima kehadiran Wilfred Bumburing dan APS di Papar.

    ReplyDelete
  3. Pihak penganjur perhimpunan tersebut mengatakan bahawa kehadiran masyarakat dalam perhimpunan tersebut adalah seramai 300 orang tetapi sebenarnya tidak sampai 300 orang.

    ReplyDelete
  4. Kehadiran hanyalah sekitar 120 orang sahaja. Ini membuktikan bahawa perhimpunan tersebut tidak mendapat sokongan daripada masyarakat sekitar di Papar.

    ReplyDelete
  5. Hasil daripada tinjauan yang dibuat juga, masyarakat kampung dan kawasan sekitar terkejut dengan kehadiran penganjur di kawasan berkenaan. Mereka menganggap bahawa ia adalah satu mainan politik yang cuba untuk memecah-belahkan perpaduan masyarakat di kawasan berkenaan.

    ReplyDelete
  6. Kehadiran Wilfred Bumburing dalam majlis tersebut nampak sangat untuk memecah-belahkan sokongan dan perpaduan kaum di antara KDM serta suku kaum yang lain

    ReplyDelete
  7. perjuangan APS dan perjuangan parti pembangkang yang lain di Sabah ini lebih kepada untuk memenuhi agenda politik peribadi masing-masing.

    ReplyDelete
  8. Pengundi yang bijak harus menilai tindakan mereka. Apa yang paling ketara sekali ialah parti pembangkang di Sabah ini nampak sangat berpecah-belah dan menjalankan aktiviti masing-masing untuk tujuan merebut monopili kuasa.

    ReplyDelete
  9. MALANGNYA NASIB Datuk Wilfred Bumburing apabila pelancaran Angkatan Perubahan Sabah (APS) di PAPAR pada 06 Oktober 2012 yang lepas di kg. Limputung, Papar hambar dan tidak mendapat sambutan dari masyarakat setempat. Walaupun 'promosi' telah dibuat awal berkaitan dengan perjumpaan tersebut tetapi masyarakat di sekitar Papar tidak mengendahkannya kerana masyarakat tidak menerima kehadiran Wilfred Bumburing dan APS di Papar.

    ReplyDelete
  10. Pihak penganjur perhimpunan tersebut mengatakan bahawa kehadiran masyarakat dalam perhimpunan tersebut adalah seramai 300 orang tetapi sebenarnya tidak sampai 300 orang. Kehadiran hanyalah sekitar 120 orang sahaja. Ini membuktikan bahawa perhimpunan tersebut tidak mendapat sokongan daripada masyarakat sekitar di Papar.

    ReplyDelete
  11. Apa yang menariknya semasa pelancaran APS di Papar pada 06 Oktober 2012 yang lepas ialah parti STAR pun membuat perjumpaan politik di tempat lain? Apa sudah jadi ini. Naaaa....tinguuu....macam tidak ngam STAR dengan APS kan??? Perang sesama sendiri tu....bertembung membuat acara politik untuk mendapat sokongan pengundi.

    ReplyDelete
  12. Hasil daripada pemerhatian dan sumber-sumber yang ada, kehadiran dalam perhimpunan APS tersebut "diramaikan" oleh penganjur yang datang dari luar Papar. Kehadiran rombongan mereka iaitu dari Tuaran dan Kota Kinabalu menampakkan bahawa itu adalah cara mereka untuk menunjukkan bahawa kehadiran masyarakat adalah ramai dalam majlis tersebut TETAPI rupa-rupanya ada udang di sebalik mee.

    ReplyDelete
  13. Hasil daripada tinjauan yang dibuat juga, masyarakat kampung dan kawasan sekitar terkejut dengan kehadiran penganjur di kawasan berkenaan. Mereka menganggap bahawa ia adalah satu mainan politik yang cuba untuk memecah-belahkan perpaduan masyarakat di kawasan berkenaan.

    ReplyDelete
  14. Respon daripada penduduk setempat mengatakan bahawa mereka yang hadir ke majlis tersebut hanya untuk mendengar sahaja apa yang "di bawa" oleh Wilfred Bumburing ke kampung mereka.

    ReplyDelete
  15. Tambah mereka lagi, tetamu dari luar yang datang mereka sambut sajalah.....lagipun majlis tersebut diatur oleh Herman Mianus dan memaksa penduduk kampung untuk hadir ke majlis berkenaan. Bagi mereka, kehadiran mereka ke majlis tersebut tidak semestinya menyokong perjuangan APS dan parti pembangkang.

    ReplyDelete
  16. Apa yang lucu nya semasa majlis tersebut ialah bekas MP Beaufort iaitu Datuk Cleopas Ondu Majakil yang berumur 82 tahun mereka "angkat" khas dari Beaufort untuk mengaburi pengundi di kawasan berkenaan bagi menunjukkan bahawa perjuangan APS mendapat rahmat dari pemimpin politik veteran.... 82 tahun???? Hahaha....sia punya beliau yang berumur 84 tahun pun tidak sibuk sudah pasal politik. Bagus duduk-duduk rumah makan kuaci kan???

    ReplyDelete
  17. Yang PALING LUCUNYA lagi ialah....mana perginya Datuk Lajim Ukin dalam majlis tersebut??? Pelancaran APS tetapi Pakatan Perubahan Sabah (PPS) tidak hadir sekali. Apa macam ini??? Apa itu APS dan PPS? Lajim Ukin copkan dirinya sebagai "KETUA PEMBANGKANG" di Sabah yang nak sangat jadi Ketua Menteri tu tetapi batang hidungnya pula tidak nampak??? Aiyaaa...

    ReplyDelete
  18. kalau diikutkan, APS telah menceroboh kawasan PPS.....tak gitu??? Papar tu sebelah Beaufort jak tetapi kenapa APS yang datang jauhnya dari Tuaran mau buat pelancaran di Papar pulak???

    ReplyDelete
  19. ATAUPUN....errrrr......mungkin juga si Lajim tidak dapat masuk ke kawasan Papar kerana takut dan tidak disokong oleh pengundi di Papar??? Errr.....macam betul jak tu ye? Pasang angan-angan mahu jadi Ketua Menteri Sabah tetapi kawasan Parlimen Papar pun tidak boleh masuk....apa macam itu??? Lawak kan???

    ReplyDelete
  20. Kehadiran Wilfred Bumburing dalam majlis tersebut nampak sangat untuk memecah-belahkan sokongan dan perpaduan kaum di antara KDM serta suku kaum yang lain di Papar. Beliau telah menekankan peranan kesatuan KDM dalam menumbangkan Barisan Nasional di PRU13 nanti.

    ReplyDelete
  21. Persatuan KDM digunakan untuk menumbangkan kerajaan BN??? Aiyaaa taiko....apa macam itu??? Jangan gunakan persatuan la untuk tujuan politik. Kalau dah hebat sangat tu, sepatutnya lu boleh masuk semua kawasan tanpa menumpukan persatuan kaum untuk tujuan politik. Salah sudah itu taiko!!!

    ReplyDelete
  22. Kedatangan pemimpin pembangkang lain dalam majlis tersebut seperti Thamrin Hj. Jaini selaku Pengerusi PKR negeri, Datuk Kalakau Untol selaku Majlis Ahli Tertinggi PKR Pusat, Datuk Karim Ghani selaku Pengarah Strategik PKR Negeri, Datuk Hj. Yahya Lampong, Datuk Monggoh Orow dan Pengarah APS Datuk Herman Tiongsoh belum meyakinkan lagi masyarakat di Papar tentang perjuangan parti pembangkang. Bagi mereka, parti pembangkang hanya menabur janji-janji kosong sahaja tetapidan tidak boleh dipercayai.

    ReplyDelete
  23. Apapun....perjuangan APS atau PPS dan perjuangan parti pembangkang yang lain di Sabah ini lebih kepada untuk memenuhi agenda politik peribadi masing-masing.

    ReplyDelete
  24. Pengundi yang bijak harus menilai tindakan mereka. Apa yang paling ketara sekali ialah parti pembangkang di Sabah ini nampak sangat berpecah-belah dan menjalankan aktiviti masing-masing untuk tujuan merebut monopili kuasa.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.