Oleh: The Flying Kick
Tak pastilah, mana satu atau pemimpin dari pihak manakah yang
dimaksudkan oleh Yong Teck Lee yang berasal dari Semenanjung, tetapi
menyibuk di Sabah sambil cuba mengajar rakyat Sabah agar bersatu padu.
Tetapi yang sangat sahnya, SAPP yang dipresidenkan oleh Yong Teck Lee, sedang berkrisis dengan DAP. DAP Sabah sedang berusaha mengukuhkan cengkaman mereka di Negeri Di Bawah Bayu dengan menggunakan kekuatan gabungan bersama-sama PKR, yang juga merupakan parti asal Semenanjung.
Ada yang benarnya kata-kata Yong Teck Lee itu. Walaupun UMNO telah bertapak di Sabah, tetapi seratus peratus pemimpin utama UMNO Sabah adalah anak Sabah sendiri. Hasil perjuangan UMNO Sabah telah berjaya menempatkan anak-anak Sabah dalam jawatan-jawatan utama Perkhidmatan Awam Negara termasuklah sebagai Peguam Negara, Speaker Dewan Rakyat, Ketua Pengarah, Setiausaha Kementerian dan sebagainya.
Tatkala para pemimpin Pakatan Rakyat berteriak tentang perjuangan mereka untuk menempatkan anak-anak Sabah dalam jawatan utama, UMNO Sabah sudah pun melakukannya berdekad-dekad lamanya.
PKR datang ke Sabah bersama-sama PAS. Berbanding PAS, PKR lebih agresif untuk menonjolkan Anwar Ibrahim sebagai pejuang dan pembela anak-anak Sabah, meskipun sewaktu berada di puncak kuasa dahulu, Anwar adalah orang yang paling kuat mengkhianati anak-anak Sabah sepertimana dia mengkhianati Sarawak.
Bagi Anwar Ibrahim, Sabah dan Sarawak dipenuhi oleh manusia yang boleh diperbodoh-bodohkan dan ketinggalan jauh sumber maklumat. Justeru, Anwar Ibrahim bersungguh-sungguh mengembara ke seluruh Sabah untuk memesongkan segala fakta dan maklumat kerana beranggapan, orang Sabah akan mempercayai bulat-bulat segala kata-katanya.
Dan kerana itulah juga, PKR dan DAP sentiasa bercerita kononnya, rakyat Sabah tidak lebih baik dari Semenanjung. Di merata-rata tempat, diceritakan kononnya, pemimpin UMNO Sabah suka mencilok duit rakyat dan mengembongkan kocek mereka sendiri.
Diajar pula rakyat Sabah, supaya bersatu padu. Walhal seperti kata Yong Teck Lee, Sabah sudah cukup bersatu padu, bahkan penyatuan dan perpaduan rakyat Sabah jauh mengatasi Semenanjung dalam segala hal.
Kalau di Semenanjung, dalam satu keluarga, ada ahli yang bukan Islam, harus keluarga berkenaan akan dipandang senget. Kalau ada pula ahli keluarga dari kaum wanita yang tidak bertudung, harus kecoh satu Malaya kononnya, mereka menentang Islam. Sedangkan di Sabah, keterbukaan dan kefahaman tentang kebebasan beragama di mana anutan Islam yang dianggap sebagai akidah rasmi negara dan negeri, dihormati.
Datang puak-puak dari Semenanjung, khususnya dari DAP, diapi-apikan rakyat Sabah agar bergaduh sesama sendiri kononnya tiada kebebasan beragama...
Jadi, betullah macam yang Yong Teck Lee cakap, pemimpin dari Semenanjung tak payahlah sibuk-sibuk nak mengajar rakyat Sabah agar bersatu padu atau memahami erti Malaysia kerana kalau dilihat kepada contoh, lebih ramai rakyat Sabah dari KETURUNAN CINA yang jauh lebih fasih penggunaan BAHASA KEBANGSAAN MEREKA berbanding rakyat Malaysia BERKERUNAN CINA dari Semenanjung yang sibuk bercakap tentang Malaysia Malaysian!!!

SAPP kononnya nak bekerjasama dan PKR, tapi macam tak jadi ja.. huhu..
ReplyDeleteBaguslah kalau Yong sedar yang mana PKR ini parti yang terdesak.
ReplyDeleteBerbeza bukan dengan pemimpin BN yang mana lebih mengutamakan perpaduan.
ReplyDeletePKR bukannya parti yang sesuai untuk Sabah yang mana lebih mengutamakan perpaduan kaum yang sudah lama dikekalkan.
ReplyDeleteJangan mudah terpedaya dengan permainan yang dibuat oleh pihak pembangkang.
ReplyDeleteBagus jugalah kalau SAPP telah menolak untuk berkerjasama dengan PR.
ReplyDeleteKepimpinan parti parti dalam gagasan pembangkang seperti PKR (PR), SAPP, STAR(EX-USNO) saling tidak sehaluan dalam apa juga bentuk kesefahaman yang dirancang dalam usaha menumbangkan Barisan Nasional (BN.
ReplyDeleteSikap curiga mencurigai sesama sendiri, tidak konsisten dalam perjuangan (tidak berpendirian) serta sikap yang lebih mementing kepada agenda peribadi daripada mendahulukan kepentingan perjuangan untuk rakyat dan negeri antara penyakit yang menular dikalangan pemimpin tertinggi pembangkang sebagi punca utama menggagalkan persefahaman mahupun kesepakatan dalam perjuangan.
ReplyDeletePersahabatan dua hala antara SAPP dengan STAR(EX-USNO)menjadi dingin ekoran kenyataan De facto Datuk Seri Anwar Ibrahim Penasihat PKR yang merestui SAPP bertanding DUN sebanyak 35 kawasan dan 2 MP manakala PKR(PR) 25 kawasan DUN dan 23 MP.
ReplyDeleteEkoran kenyataan DSAI itu menjadikannya suatu tamparan malah kemarahan kepada STAR(EX-USNO) diSabah yang diterajui Datuk Dr Jeffrey Kitingan dimana disebabkan perkembangan itu lalu beliau mengumumkan berkemungkinan parti itu akan bertanding di semua kawasan 60 DUN dan 25 kawasan MP pada PRU13.
ReplyDeleteJika situasi sebegini rupa akan terus berlaku tanpa penyelesaian secara “mutual” ia menggambarkan seolah olah corak kepimpinan dan kesepakatan dalam gagasan pembangkang tidak mempunyai suatu sistem sebagai penggerak kearah menuju keberkesanan pencapaian misi dan visi yang diobjektifkan mereka.
ReplyDeleteRamai yang meramalkan bahawa jika pertembungan PRU13 akan datang ini bersifat “1 lawan 1” sudah pasti keputusannya akan berpihak kepada pembangkang sebaliknya jika gagasan pembangkang tidak bersatu atau tidak bersefahaman dimana masing masing ingin menjadi “Juara”, jangankan dapat menumbang BN pada PRU13, menggoncangnya pun belum tentu.
ReplyDeleteKonsep seperti 1Malaysia sudah lama bertapak di Sabah. perpaduan dan persefahaman sesama kaum sudah lama dibentuk.
ReplyDeletepandai pula si Yong cakap pasal bersatu padu.. siap bagi nasihat lagi dengan parti dari semenanjung.. tapi bukan si Yong ka yang balik2 ajar rakyat Sabah supaya melakukan demonstrasi?
ReplyDeletebukankah Yong Teck Lee juga yang mahu bekerjasama dengan parti dari semenanjung (PR)??
ReplyDeleteYong juga tidak layak bercakap soal bersatu padu kerana ketika beliau memegang jawatan ketua menteri sabah, semua projek2 kerajaan hanya diberikan kepada kroni2 beliau..
ReplyDeletetanpa pemimpin2 politik seperti Yong Teck Lee pun, rakyat Sabah masih boleh bersatu..
ReplyDeletemalah perpaduan di sabah semakin terjejas disebabkan oleh pemimpin2 politik seperti YTL..
ReplyDelete