Monday, January 14, 2013

Dasar Gaji Minimum: Tak payah ajar itik berenang

KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Dr. Yee Moh Chai, meminta pemimpin pembangkang menghenti dari mempolitikkan isu tentang perlaksanaan dasar gaji. 

“Adalah sungguh menyedihkan apabila ada di kalangan ahli politik pembangkang menimbulkan isu gaji minimum tanpa membuat usul periksa,” katanya diminta mengulas kenyataan seorang ahli pembangkang DAP di Tawau. 

“Mengapa harus mereka memberi perhatian isu ini hanya semata-mata mahu meraih simpati rakyat dan kenapa tidak mereka perbetulkan dahulu masalah dalaman mereka seperti kesilapan teknikal dalam pengiraan undian dalam parti mereka sebelum ini,” katanya ketika ditemui selepas perasmian Hotel Lintas View kelmarin. 

“Tak payah nak ajar itik untuk berenang. Mereka harus lebih peka dengan masalah isu dalaman parti mereka sendiri sebelum hendak menyelar usaha kerajaan yang sememangnya sudah terbukti membela nasib sekalian rakyat di negeri ini,” kata beliau. 

Tambah beliau, ia adalah gimik serta taktik mereka untuk mengelirukan rakyat. 

Katanya, keputusan oleh kerajaan itu juga bukan dibuat sewenang-wenangnya kerana kerajaan telah melakukan pelbagai kajian dan konsultasi daripada pihak-pihak yang berkenaan sebelum mengumumkannya. DAP, katanya, turut menyelar mengenai tentang kesaksamaan yang diberikan kepada warga asing yang bekerja di negara ini. 

“DAP berkata warga asing tidak harus diberikan hak itu, tapi, seandainya itu terjadi, rakyat tempatan yang akan merana kerana lebih banyak majikan yang akan mengambil warga asing bekerja dengan gaji lebih rendah berbanding warga tempatan,” ujarnya. 

Yee berkata, DAP tidak pernah mempertimbangkan kebaikan kedua belah pihak dengan perlaksanaan itu kerana mereka hanya memperjuangkan motif peribadi mereka dan bukannya berjuang untuk kesejahteraan masyarakat. - New Sabah Times

19 comments:

  1. Bagi majikan yang menggaji enam pekerja atau lebih, tarikh kuat kuasa bermula 1 Januari 2013 dan permohonan penundaan hendaklah dibuat kepada urusetia MPGN sebelum atau pada 2 Oktober 2012.

    ReplyDelete
  2. Bagi majikan yang menggaji lima pekerja atau kurang, tarikh kuat kuasa bermula 1 Julai 2013 dan permohonan penundaan hendaklah dibuat sebelum atau pada 1 April 2013.

    ReplyDelete
  3. Pembangkang tidak perlu perbesarkan isu ni semata-mata kerana kepentingan politik mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul 2.. pemimpin pembangkang tidak seharusnya memperbesarkan isu kecil..

      Delete
  4. pembangkang, smua perkara nak dipolitkkan.

    ReplyDelete
  5. Pelaksanaan gaji minimum seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini akan memanfaatkan buruh tempatan, selain mengurangkan kebergantungan negara ke atas penggunaan buruh asing.

    ReplyDelete
  6. Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, gaji minimum yang lebih tinggi mengakibatkan kos pengambilan pekerja asing oleh majikan tempatan meningkat.

    ReplyDelete
  7. Ini apabila mereka perlu membayar levi serta caj lain bagi membawa masuk pekerja asing ke negara ini.

    "Keadaan sedemikian secara langsung akan memaksa majikan tempatan mengurangkan pekerja asing mereka dan seterusnya membuka ruang pekerjaan yang lebih luas untuk pekerja tempatan," katanya.

    ReplyDelete
  8. The Sabah Housing and Real Estate Developers Association (Shareda) believes that local workers should be given priority first when implementing the minimum wage policy before being extended to foreign workers.

    ReplyDelete
    Replies

    1. Its president, Datuk Susan Wong Siew Guen made the suggestion when welcoming the State Government’s readiness to accept recommendations and views from both employers and employees on the implementation of the RM800 minimum monthly wage policy in Sabah.

      Delete

    2. “Of course, it will be better if the minimum wage can be lowered but if it has to be implemented (as it is), it will be better if it benefit Malaysian workers and delayed from imposing it for foreign workers,” she said when asked to comment about the minimum wage policy yesterday.

      Delete

    3. “I think the wages for foreign workers should be market-driven since employers were also paying levy for them.

      Delete
    4. “From my experience, construction site work is tougher than other jobs so they usually get paid more than RM800, but what is important is that this policy looks after the benefit of locals,” stated Susan.

      Delete
    5. “The minimum wage policy will take away the opportunity for employers to employ temporary workers.

      Delete

    6. “Like my company, we used to take in fresh school leavers who wanted to work at our factory for a few months just to gain experience and earn some pocket money. They don’t mind being paid the RM18 daily wages (about RM540 per month),” reflected Susan.

      Delete

    7. She suggested that it would be good if the policy can be made flexible, for instance those who are serious in their work will be considered for the wage increment while those who show less performance will not be subjected to the wage adjustments.

      Delete
    8. “Since the minimum wage policy will be implemented, we now have to select quality employees for more productivity,” said Susan.

      Delete
    9. Deputy Chief Minister cum Resources Development and IT Minister Datuk Dr Yee Moh Chai issued a statement saying the State Cabinet made the decision in view of the teething problem faced by employers and employees during the early stage of the policy’s implementation.

      Delete

    10. Dr Yee said all the recommendations and feedback would be conveyed to the Federal Government for consideration. The policy was gazetted middle of last year and it was supposed to be imposed beginning January this year.

      Delete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.