Thursday, January 24, 2013

Ibu Tunggal: kerajaan BN Sabah beri RM11 juta, kerajaan Selangor disaman RM10.9 juta

KOTA KINABALU: Sebanyak RM11,261,065 bantuan disalurkan kepada ibu-ibu tunggal di seluruh Sabah pada tahun lalu bagi membantu meringankan bebanan golongan itu, kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Azizah Mohd Dun. 

Beliau berkata bantuan itu yang disalurkan melalui Jabatan Perkhidmatan Am Sabah membuktikan golongan berkenaan tidak pernah dilupakan oleh kerajaan. 

“Bagaimanapun, kita tidak mahu ibu-ibu tunggal terus bergantung kepada bantuan kerajaan semata-mata, sebaliknya kita mahu mereka berusaha mempertingkatkan taraf hidup masing-masing. 

“Dalam hal ini kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha untuk mengubah nasib golongan ini termasuklah melaksanakan program peningkatan motivasi diri, kursus latihan dan kemahiran serta pemberian geran ibu tunggal bagi mereka yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Pengguna: Bajet 2013 dan Pelaksanaan Gaji Minimum di Wisma Wanita, di sini, kelmarin. 

Turut hadir Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Asnimar Haji Sukardi, Pengerusi Majlis Penasihat Wanita Sabah Datuk Hajah Mariati Robert dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah Datuk Hajah Siti Sapoo Ahok. 

Azizah berkata, selain itu kementerian dan beberapa jabatan di bawahnya seperti Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWS), Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah dan Perpustakaan Negeri turut mengendalikan program Azam Kerja dan Azam Niaga. 

Katanya, hasil pemantauan terhadap program Azam Niaga yang disertai 522 peserta oleh JHEWS, 318 orang atau 17 peratus daripadanya melepasi indeks miskin tegar. 

“Pemantauan ini akan diteruskan dan kita berharap peratusannya akan terus meningkat. Apa yang penting para peserta kini mempunyai punca pendapatan sendiri dan tidak hanya bergantung kepada bantuan kerajaan. 

“Usaha ini menunjukkan komitmen dan iltizam pihak kementerian memastikan golongan wanita di negeri ini mendapat manfaat sepenuhnya daripada inisiatif-inisiatif yang diperkenalkan kerajaan,” katanya. 


Berkenaan dengan Bajet 2013, Azizah berkata kesan insentif bajet itu telahpun dinikmati oleh rakyat Sabah sekaligus menzahirkan komitmen kerajaan “apa yang dikata pasti dikota-sebuah janji ditepati”. 

“Bajet 2013 jelas menunjukkan keyakinan dan pengiktirafan kerajaan kepada golongan wanita dengan menyediakan peruntukan khusus sejumlah RM50 juta sebagai pemangkin dalam melonjakkan lagi fungsi dwiperanan wanita dalam pembentukan keluarga bahagia dan sumbangan kepada pembangunan ekonomi negara. 

“Di samping belanjawan negara menerusi Bejet 2013, kerajaan negeri juga memperuntukkan sejumlah RM10.96 juta untuk melaksanakan program-program pembangunan wanita. 

“Saya yakin peruntukan yang disediakan ini dapat dibelanjakan dengan cekap,” katanya. 

Beliau berkata, pada tahun lalu JHEWS berjaya membelanjakan 97.60 peratus atau RM585,624 daripada RM600,000 yang telah diperuntukkan bagi tujuan pembangunan wanita di negeri ini. 

Azizah berkata, menyedari pentingnya pendidikan awal kanak-kanak terutama peringkat para sekolah, kerajaan turut memperuntukkan RM1.2 bilion termasuklah Program Permata. 

“Sehingga kini terdapat 13 buah Pusat Anak Permata Negara di Sabah termasuk yang sudah beroperasi, telah siap dibina dan diperingkat awal pembinaan. 

“Tiga buah telahpun beroperasi iaitu di Tuaran, Beaufort dan Kota Belud. Dua buah lagi telah siap dibina iaitu di Papar dan Matunggung. Manakala lapan buah berada diperingkat awal pembinaan iaitu di Ranau, Penampang, Kudat, Kimanis, Kota Kinabalu, Putatan, Sandakan dan Batu Sapi,” katanya. 

Azizah berkata dengan terbinanya Pusat Anak Permata Negara ini, masyarakat yang berpendapatan rendah iaitu pendapatan isi rumah RM1,500 ke bawah sebulan di kawasan luar bandar dan RM2,500 ke bawah di bandar, layak menghantar anak merekea ke pusat ini secara percuma. - New Sabah Times

2,020 ibu tunggal saman RM10.9 juta

SHAH ALAM 22 Nov. - Sebanyak 2,020 ibu tunggal hari ini mengemukakan saman terhadap kerajaan negeri Selangor bagi menuntut tunggakan elaun bulanan berjumlah RM10.9 juta yang dijanjikan dalam manifesto pakatan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) yang lalu. 

Saman tersebut difailkan melalui firma guaman, Tetuan Kamarudin & Partners bagi pihak kesemua ibu tunggal berkenaan yang diketuai oleh Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Selangor, Murtini Kasman di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 9.20 pagi ini. 

Mereka selaku pihak plaintif menamakan kerajaan negeri Selangor yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP defendan pertama manakala Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Ketua Eksekutif kerajaan negeri defendan kedua. 

Dalam saman tersebut, plaintif mendakwa, defendan pertama telah berjanji kepada rakyat Selangor termasuk mereka untuk memberi elaun bulanan kepada ibu tunggal sekiranya defendan pertama memenangi pilihan raya umum 2008. 

Menurut mereka, berdasarkan manifesto defendan pertama itu, setiap ibu tunggal di Selangor layak menerima elaun daripada defendan pertama. 

Pihak plaintif meletakkan setinggi harapan ke atas manifesto defendan pertama sebagai tempat pembelaan kebajikan hidup mereka melalui elaun yang dijanjikan kepada ibu tunggal tetapi sehingga kini kerajaan negeri gagal mewujudkan satu skim untuk membayar elaun kepada ibu tunggal. 

Dakwa mereka lagi, defendan kedua telah menyalahgunakan kuasanya apabila tidak mengambil sebarang tindakan untuk memastikan defendan pertama membuat bayaran kepada mereka dan golongan ibu tunggal di Selangor. 

Oleh itu, pihak plaintif menuntut sebanyak RM100 sebulan bagi setiap 2,020 ibu tunggal itu bagi tempoh 54 bulan (1 April 2008 hingga 30 Oktober 2012) menjadikan jumlah kesemua tuntutan mencecah RM10.9 juta daripada defendan pertama selain daripada kos. - Utusan

15 comments:

  1. Sumbangan wanita memberi impak yang besar dalam pelbagai aspek pembangunan negeri. Sebagai sumber modal insan yang penting, kerajaan adalah komited dalam usaha memperkasa kaum wanita yang meliputi semua golongan termasuklah ibu-ibu tunggal, ibu-ibu bekerja, suri rumah dan pelajar.

    ReplyDelete
  2. Melalui jentera sedia ada termasuk pertubuhan atau persatuan-persatuan wanita, pelbagai program telah dirancang untuk dilaksanakan supaya wanita terus aktif dalam pembangunan dan memacu pertumbuhan ekonomi di negeri ini.

    ReplyDelete
  3. Bajet 2013 memperuntukkan sebanyak RM10.96 juta untuk melaksanakan program-program pembangunan wanita. Program-program kepimpinan, keusahawanan, keilmuan, perundangan, akan terus dilaksanakan disamping memperkukuh aspek kesihatan dan sosio-ekonomi golongan wanita.

    ReplyDelete
  4. Kerajaan telah menyediakan pelbagai bentuk sokongan merangkumi bantuan kewangan, khidmat bimbingan dan nasihat serta kemudahan berniaga dan perlindungan untuk kesejahteraan wanita.

    ReplyDelete
  5. Selain itu, kerajaan melalui Yayasan Usaha Maju (YUM), menyediakan kemudahan pinjaman kepada golongan miskin, mudah miskin dan miskin tegar yang sebahagian besarnya melibatkan golongan wanita.

    ReplyDelete
  6. Kemudahan pinjaman diberikan untuk menjalankan aktiviti keusahawanan dalam sektor pertanian, penternakan, perikanan, perniagaan jual beli, pemprosesan, pertukangan, jahit menjahit dan perkhidmatan.

    ReplyDelete
  7. Sehingga kini, YUM telah mengeluarkan pinjaman kepada seramai 22,861 orang peminjam wanita termasuk ibu tunggal yang melibatkan jumlah pinjaman sebanyak RM149 juta dengan kadar bayaran balik pinjaman melebihi 95%.

    ReplyDelete
  8. YUM akan terus membantu usahawan wanita dengan menyasarkan penyerahan pinjaman berjumlah RM40 juta pada tahun hadapan yang bakal dimanfaatkan oleh hampir 10,000 orang peminjam.

    ReplyDelete
  9. Untuk membolehkan YUM memperluaskan operasinya, maka dalam Bajet 2013, pemberian sebanyak RM7.5 juta dicadangkan kepada YUM.

    ReplyDelete
  10. Kerajaan yakin dengan pelaksanaan pelbagai program pembasmian kemiskinan ini dan disokong lagi oleh program-program pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan di negeri ini, masalah kemiskinan khususnya kemiskinan tegar di negeri Sabah akan dapat ditangani dengan berkesan.

    ReplyDelete
  11. pembangkang terutamanya Pakatan Rakyat perlu mencontohi pentadbiran kerajaan BN Sabah..

    ReplyDelete
  12. Anda perlu pinjaman? Adakah anda seorang lelaki atau perempuan dan anda memerlukan pinjaman untuk meningkatkan perniagaan anda ?? Adakah anda memerlukan modal untuk memulakan perniagaan? Apa masalah kredit anda mungkin, di sini datang bantuan anda kerana kami menawarkan pinjaman kepada individu dan syarikat pada kadar yang rendah dan berpatutan yang menarik. Hubungi kami hari ini di(chosenloanfirm@gmail.com)

    ReplyDelete

  13. Pinjaman untuk pelbagai tujuan
    Kami menawarkan jumlah minimum 5,000.00 Ringgit kepada 20 juta Ringgit
    Pada kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
    pinjaman
    tempoh: sehingga 25 tahun bergantung kepada jumlah pinjaman yang anda perlukan.
    pelanggan mesti
    Melebihi usia o f 18 tahun
    Urus niaga ini adalah 100% selamat untuk semua clents
    Untuk maklumat lanjut mengenai kredit, sila hubungi kami melalui e-mel:
    (JACKBLESSINGFIRM@GMAIL.COM)

    ReplyDelete

  14. Pinjaman untuk pelbagai tujuan
    Kami menawarkan jumlah minimum 5,000.00 Ringgit kepada 20 juta Ringgit
    Pada kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
    pinjaman
    tempoh: sehingga 25 tahun bergantung kepada jumlah pinjaman yang anda perlukan.
    pelanggan mesti
    Melebihi usia o f 18 tahun
    Urus niaga ini adalah 100% selamat untuk semua clents
    Untuk maklumat lanjut mengenai kredit, sila hubungi kami melalui e-mel:
    (JACKBLESSINGFIRM@GMAIL.COM)

    ReplyDelete

  15. Pinjaman untuk pelbagai tujuan
    Kami menawarkan jumlah minimum 5,000.00 Ringgit kepada 20 juta Ringgit
    Pada kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
    pinjaman
    tempoh: sehingga 25 tahun bergantung kepada jumlah pinjaman yang anda perlukan.
    pelanggan mesti
    Melebihi usia o f 18 tahun
    Urus niaga ini adalah 100% selamat untuk semua clents
    Untuk maklumat lanjut mengenai kredit, sila hubungi kami melalui e-mel:
    (JACKBLESSINGFIRM@GMAIL.COM)

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.