SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan menjadi sumber kebocoran keputusan saringan awal bakal calon pilihan raya.
Ia mengulas laporan akhbar Sinar Harian semalam, yang memetik sumber-sumber, bahawa dua menteri, seorang menteri besar dan seorang ketua menteri gagal dalam saringan SPRM.
Parti yang mereka wakili tidak dinyatakan tetapi dikatakan calon BN kerana Pakatan Rakyat enggan mengemukakan senarai calon mereka untuk disaring SPRM.
Berita Harian melaporkan bahawa SPRM menegaskan bahawa saringan mana-mana calon termasuk menteri besar, ketua menteri atau kepimpinan tertinggi parti-parti, tidak pernah didedahkan kepada sesiapa kecuali parti-parti yang meminta saringan tersebut dibuat.
Suruhanjaya itu juga menolak dakwaan keputusan saringan tersebut, dengan menyatakan bahawa proses itu masih berterusan, lapor akhbar tersebut.
SPRM menambah bahawa keputusan saringan itu tidak terikat di segi undang-undang dan terserah kepada parti-parti politik untuk memilih calon mereka berdasarkan hasil saringan tersebut. - Sabahkini
Sinar Harian perbesarkan isu yang mereka TAK SAHKAN berlaku untuk naskhah hari Ahad. Diputar belit isu untuk naskhah yang luas jualan hari ahad untuk gembar-gemburkan laporan mereka bahawa SPRM dah tak lepaskan beberapa Menteri. baca SINI.
Menyedari bahawa perkara ini sudah backfire pada Pakatan Rakyat yang tidak mahu calun mereka disaring dari tuduhan rasuah, lalu cepat mereka cover balik dengan laporan muka depan dan liputan lebih besar untuk palingkan kembali ke BN.
Nampak sangat Sinar Harian cuba pusing isu yang mereka mulakan tapi tiada pengesahan. Apa puya profesyenalisma dan etika kewartawanan? - The Unspinners
Para pecacai Pakatan sedang seronok dan bersorak sakan sebab 4 calon UMNO tidak lepas tapisan SPRM. Dan yang paling menarik ialah apabila dikatakan, itu tapisan SPRM kalau tapisan rakyat, semua calon UMNO akan sangkut.
Sombong benar bunyinya....
UMNO dan Barisan Nasional mengambil pendekatan berani apabila meminta SPRM membuat pemantauan dan penapisan bagi mewujudkan calon-calon yang bersih dan tidak bermasalah.
Itu yang pecacai Pakatan nak bising dan bersorak?
Bangang sungguh ler puak-puak ni!
Berbanding 4 calon, bagaimana dengan 17 calon PAS di Kelantan yang semuanya bermasalah dan bakal digugurkan? Para pecacai Pakatan tak mahu bercakap tentangnya ke? Bagaimana pula dengan kenyataan Setiausaha Agung PKR, parti tersebut tidak akan meminta SPRM memeriksa dan menyiasat calon-calon mereka, sebaliknya mereka sendiri akan membuat siasatan?
Mengapa tak berani langsung? Kalau dah bersih sangat, minta sahajalah SPRM buat siasatan macam UMNO dan Barisan Nasional.
Sudah tentulah PKR dan PAS apatah lagi DAP tidak akan berani membabitkan pihak berkuasa membuat tapisan. PKR secara keseluruhannya adalah PEROMPAK dan LANUN terbesar, terutama sekali di Selangor. PAS memang cukup terkenal dengan kaedah MENYAMUN mereka yang sangat sofistikated atas nama agama. Manakala DAP, di mana-mana sahaja mereka berkuasa, maka jenayah akan meningkat dan pusat-pusat jenayah seperti rumah urut akan tumbuh dengan subur bagaikan cendawan lepas hujan.
Sepatutnya sebelum para pecacai Pakatan bersorak, mereka patut periksa parti yang mereka sokong dahulu. Kalau dah tak berani dari awal, bermakna, memang ada masalah besarlah tuh.
Jangan seronok nak bersorak kat UMNO dan Barisan Nasional, sedangkan tahi di punggung sendiri bercelomes dan berselaput!!! - Theflyingkick
Pembangkang terkedu sekali lagi apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menafikan dakwaan bahawa beberapa pemimpin Barisan Nasional termasuk seorang Ketua Menteri dan Menteri Besar gagal dalam ujian saringan.
ReplyDeletebukan setakat terkedu malah terkantoi.. sudah terbukti bahawa pemimpin dan media pro pembangkang gemar membohong..
DeleteDengan penafian serta kenyataan bahawa proses saringan tersebut masih lagi berjalan sudah pasti membuatkan pembangkang menjadi gusar kerana fitnah mereka sebelum ini tidak menjadi.
ReplyDeletepembangkang sendiri enggan mengemukakan calon mereka untuk disaring SPRM.. kenapa PR takut jika benar calon2 mereka bersih dari skandal rasuah?
DeleteBarisan Nasional mengambil keputusan untuk menghantar senarai calon untuk ditapis oleh Suruhanjaya berkenaan sebagai bukti bahawa Barisan Nasional telus dalam memilih calon pilihanraya.
ReplyDeletekalaupun ada calon BN yang tidak lulus saringan SPRM, berita itu sepatutnya menjadi satu perkembangan positif bahawa pentadbiran kerajaan BN hari ini sangat2 menekankan imej dan integriti calon2 yang bakal bertanding..
DeleteBerbeza pula dengan parti pembangkang yang sehingga kini tidak menghantar senarai calon mereka untuk ditapis oleh SPRM.
ReplyDeletebelumpun Pakatan Rakyat memerintah, tapi mereka sudah berani menyembunyikan calon2 mereka yang rasuah.. inikah contoh kerajaan yang kononnya bersih, telus dan berwibawa?
DeleteMungkin kerana beberapa faktor maka pembangkang tidak membelikan senarai calon mereka untuk tapisan berkenaan disamping ketakutan mereka bahawa kebanyakan calon yang bakal mereka ketengahkan akan gagal dalam proses itu nanti.
ReplyDeleteAnwar sendiri jika ditapis SPRM pasti tidak akan lepas.. banyak skandal rasuah beliau yang gagal dijawab oleh beliau sendiri.. salah satunya ialah akaun rm3 bilion..
DeleteAgaknya ramai bakal calon pembangkang terlibat dengan rasuah maka dengan itu mereka agak gementar untuk menghantar nama.
ReplyDeleteskandal rasuah pembangkang yang terbaru ialah berkenaan dengan pembalakan di kedah dan penjualan tanah di kelantan oleh kerajaan PAS kepada kroni DAP..
DeleteKita boleh lihat disini siapa yang lebih telus dalam memilih calon untuk berkhidmat kepada masyarakat sekitar kawasan yang diwakili.
ReplyDeletePR dah ketandusan calon.. uhuhu..
ReplyDeleteSenarai calon Barisan Nasional (BN) akan melalui proses tapisan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum dimuktamadkan, kata Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
ReplyDelete"Kita akan merujuk nama-nama calon ini kepada SPRM, dan jika mereka mempunyai fail yang masih boleh dipertikaikan, maka mereka tak mungkin lulus tapisan SPRM," katanya.
Delete"Ini merupakan sesuatu yang sedang kita lakukan pada masa sekarang. Pendirian BN ialah setiap calon mesti melalui tapisan SPRM," katanya kepada wartawan Malaysia yang mengikuti lawatan kerja beliau ke India kelmarin.
DeleteMengenai calon yang akan mewakili BN, Perdana Menteri berkata apa jua perubahan yang dilakukan terhadap senarai calon itu nanti bergantung kepada maklumat terkini walaupun pada saat akhir..
Delete"Senarai calon adalah satu proses yang berterusan," kata beliau ketika ditanya sama ada senarai calon BN untuk Pilihan Raya Umum ke-13 telah dimuktamadkan.
Delete"(Walau bagaimanapun) Sampai saat kita umumkan, sudah tentu proses ini boleh berubah... maknanya, walaupun kita ada senarai, kalau ada input dan maklumat terkini, (ia boleh diubah). Selagi belum diumumkan, nama itu boleh dipindah," katanya.
Delete