Oleh: Shaimon S Jumadi (Sabahkini)
Musa yakin, pembangkang bukannya kuat kerana mereka hanya pandai berkata-kata seperti burung kakak tua dengan menabur pelbagai pembohongan seolah-olah kerajaan tidak bekerja.
Musa yakin, pembangkang bukannya kuat kerana mereka hanya pandai berkata-kata seperti burung kakak tua dengan menabur pelbagai pembohongan seolah-olah kerajaan tidak bekerja.
Menurutnya, cara pembangkang berpolitik masih ditakuk lama apabila mereka memainkan isu pembangunan yang kerajaan BN laksanakan demi kepentingan rakyat.
“Contohnya seperti Lajim Hj Okin dan Dr Jeffry Kitingan. Mereka ini tiada orang yang mempercayai mereka berdua kerana tukang lompat macam kodok. Kalau Jeffry Kitingan entah beberapa kali lompat parti. Mungkin ada kalau 10 kali. Inikah sifat-sifat seorang mahu jadi pemimpin yang tidak punya pendirian tetap dan mereka berdua ini pemimpin yang tidak bermaruah dan tidak bernilai langsung di sisi masyarakat."
Lajim, kata Musa lagi, terlalu berangan-angan tinggi mahu menjadi Ketua Menteri Sabah jika partinya menang. Persoalannya, macam mana boleh jadi Ketua Menteri jika cakap Inggeris pun pelegak-pelegok.
"Yang dia tahu, hanya menyebut perkataan "actually ...actually". Itu sahaja yang dia fasih bertutur Inggeris. Bikin malu saja sama orang Sabah. Kelulusan baru SRP, angan-angan macam Mat Jenin. Temberang sana sini dan cakap tidak serupa bikin."
Tambah Musa lagi, pembangkang cakap itu dan ini, seolah-olah mereka pula yang lebih pandai. Semua pembangunan sedang dan telah kita laksanakan termasuk dari segi bantuan seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia atau BR1M, semua mendapat manfaatnya.
"Nanti ada lagi BR1M 2.0 yang bakal diagehkan selain macam-macam bentuk bantuan serta inisiatif yang kerajaan kita sedang laksanakan," ujar Musa.
Pada majlis itu, Ketua Menteri yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Sibuga dan Ketua Umno Bahagian Libaran turut meluluskan permintaan penduduk di Kampung Pulau Nunuyan Laut yang memerlukan sebuah dewan serbaguna.
Beliau juga turut menyampaikan keperluan beg-beg sekolah kepada kanak-kanak di perkampungan berkenaan yang memulakan persekolahan pada awal minggu ini.
jgn mudah percaya pada pembangkang.
ReplyDeleteSetakat kata2 yang keluar dari mulut belum cukup untuk membuktikan keprihatinan dan rasa tanggungjawab pembangkang terhadap kepentingan dan kebajikan rakyat.
ReplyDeleteSemua pun tau kalau sekadar bercakap tentang sesuatu janji2 manis seperti yang dibuat oleh pembangkang.
ReplyDeleteBegitu banyak penafian dilakukan apabila pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang didedahkan dengan pelbagai isu peribadi yang boleh menggoncangkan kedudukan sebagai orang penting dalam parti.
ReplyDeleteSindrom penafian bukanlah satu perkara baru. Ia sudah berakar umbi sejak lama apabila ada pemimpin sanggup mencipta pelbagai teori songsang demi mendapat kuasa walaupun pada hakikatnya “untung seguni" dalam jangka pendek tetapi “rugi sekampung" dalam jangka panjang.
ReplyDeleteSewaktu pembangkang memerintah Terengganu dahulu dengan angkuhnya menolak pembesaran lapangan terbang yang diusahakan oleh kerajaan terdahulu kerana tidak mahu melihat negeri itu menjadi hab penerbangan utama di Pantai Timur.
ReplyDeleteBagaimanapun setelah Barisan Nasional (BN) kembali memerintah pada 2004, projek itu dilakukan sehingga Terengganu menjadi hab penerbangan jemaah haji bagi Pantai Timur dan mampu menampung keperluan pendaratan bagi pesawat sebesar Airbus.
ReplyDeleteKetika Jambatan Pulau Pinang dalam peringkat kelulusan pembinaannya pada awal tahun 1980-an, pembangkang dengan lantangnya mengkritik projek itu membazir dan tidak perlu kerana lebih ramai rakyat memerlukan pelbagai kemudahan.
ReplyDeleteTetapi apabila mengambil alih Pulau Pinang pada 2008, mereka terus menggesa agar Kerajaan Pusat tidak memberhentikan cadangan untuk membina Jambatan Pulau Pinang kedua yang menghubungkan Batu Kawan di bahagian tanah besar dengan Batu Maung di pulau.
ReplyDeleteApabila meneliti cerita yang lebih lama kita juga akan menemui bagaimana golongan ini pernah berjanji akan melelong Putrajaya jika mereka menang dalam pilihan raya, tetapi kini mereka begitu yakin akan menang dan merampas Putrajaya.
ReplyDeleteTiada lagi kedengaran akan dilelong semua projek yang pernah dianggap membazir dan mega pada suatu ketika dahulu, sebaliknya sedang mencongakkan keuntungan, bila menang aset manakah yang bakal meraih keuntungan dan siapakah pula yang akan memilikinya.
ReplyDeletePemimpin pakatan pembangkang sentiasa menaburkan janji, jika menang akan diberikan pelbagai kemudahan, tetapi sampai sekarang belum pun ada projek yang mereka laksanakan memberikan faedah kepada rakyat setelah hampir sepenggal memerintah Pulau Pinang, Kedah dan Selangor serta lebih 22 tahun di Kelantan.
ReplyDeleteApabila rakyat mempersoalkan janji yang dibentuk ketika kempen pilihan raya, mereka memberikan alasan bahawa tetap akan dilaksanakan jika merampas Putrajaya.
ReplyDeleteSelain hanya tahu berjanji dan menafikan kesalahan sebagai helah menutup kelemahan, parti pembangkang jugalah merupakan pengguna atau penerima faedah daripada penolakan yang pernah dilakukan di peringkat permulaan.
ReplyDeleteKetika kerajaan Pusat bercadang untuk memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia sebanyak RM500 setiap keluarga yang miskin, parti pembangkang membuat tafsiran ia adalah sogokan politik kerana terdesak untuk menang pilihan raya.
ReplyDeleteDisebabkan ramai rakyat mula merasakan faedahnya pemberian tersebut, parti pembangkang mula mengaitkan pemberian itu sebenarnya cadangan mereka sebagaimana dijanjikan dalam Buku Jingga.
ReplyDeleteDalam masa sama, apabila merasakan ada peluang untuk meraih sokongan golongan muda, pakatan pembangkang turut mengeluarkan hasrat akan menghapuskan dana pinjaman pelajar kerana kaedah itu tidak boleh dipertahankan dan membebankan pelajar.
ReplyDeleteKetua Mentari Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata “Tindakan pembangkang memburuk-burukkan kerajaan dan menunding jari kononnya BN gagal membela nasib rakyat negeri ini, diibaratkan seperti ‘mengajar itik berenang’ kerana terbukti ramai rakyat di negeri yang dikuasai oleh mereka tidak terbela”.
ReplyDeleteKetua Menteri, juga turut membidas dakyah pembangkang bahawa mereka mampu merancang perubahan jika berkuasa, berkata dakwaan kononnya BN gagal membawa pembangunan dan kemajuan di Sabah juga tuduhan tidak berasas.
ReplyDeleteRakyat Sabah harus bersyukur dengan perubahan dan kemajuan yang semakin banyak dinikmati. “Saya memberi amaran kepada pembangkang, jangan cuba ajar itik berenang. Dakwaan kononnya mereka boleh membawa perubahan jika berkuasa tidak berasas kerana semuanya sudah dilaksanakan oleh BN”.
ReplyDeleteMalah kita lebih mampu melaksanakan program membela rakyat berbanding mereka. “Lihat sahaja di negeri diperintah pembangkang, ramai rakyat menderita kerana tidak dibela. Jadi apa guna sokong perjuangan mereka sedangkan apa yang didakwa jelas tidak dapat dilaksanakan,” katanya.
ReplyDeleteMusa yang juga Pengerusi BN Sabah, berkata “pembangkang harus ditolak kerana sikap pemimpinnya yang suka menimbulkan kekacauan dengan mengadakan demonstrasi sehingga menjejaskan keamanan dan keselesaan hidup rakyat”.
ReplyDeleteKita tidak mahu kacau bilau kerana dalam keadaan itu, tiada pembangunan boleh dirancang atau dilaksanakan, sebaliknya tumpuan hanya keada usaha meredakan ketegangan.
ReplyDeleteKita mahu keamanan dikekalkan di Sabah kerana banyak manfaat bila aman dan stabil. Ramai pelancong datang, pelabur juga lebih yakin menanam modal, katanya.
ReplyDelete