Saudara Pengarang,
MERUJUK kepada posting Sabahkini.net bertajuk 'PPRT Felcra Ala ‘Kandang Kambing’?' dan 'A Home ThatCollapsed' mengenai kejadian dua buah rumah PBR (Program Bantuan Rumah) runtuh di Kampung Lupak Meluas, Sandakan.
Projek yang dibiayai oleh FELCRA Berhad telah siap dibina oleh Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dan penyerahan kepada peserta telah dilakukan pada 19 September 2012.
Pembinaan rumah PBR adalah mengikut garis panduan kejuruteraan dan seni bina standard yang telah ditetapkan berdasarkan penilaian Bahagian Teknikal KKLW serta penglibatan kontraktor yang bertauliah dan berpengalaman.
Faktor Kejadian;
Laporan awal mendapati rumah PBR Puan Hajijah binti Poyun runtuh dan menghempap struktur tambahan binaan (dapur tambahan) rumah PBR Puan Nisfah binti Habibullah menyebabkan kedua-dua rumah berkenaan runtuh.
Hasil siasatan mendapati bahawa rumah PBR Puan Hajijah binti Poyun runtuh disebabkan kehilangan palang penyokong (bracing) yang menjadi struktur asas pengukuhan rumah (dipercayai dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab).
Laporan oleh MPS juga mendapati status kediaman rumah PBR yang kosong atau kurang didiami dalam tempoh masa yang panjang telah meningkatkan perbuatan vandalisme dan risiko kecurian kayu palang penyokong rumah oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Hasil Penemuan;
Hasil siasatan teknikal merumuskan bahawa kejadian berlaku kerana integriti struktur tiang rumah yang terjejas disebabkan kehilangan palang penyokong (bracing) membawa kepada runtuhnya rumah PBR berkenaan.
Pasukan siasatan juga tidak menemui sebarang asas lain seperti dakwaan penglibatan kontraktor yang tidak berpengalaman dan penggunaan bahan binaan yang tidak bermutu.
Tindakan;
KKLW telah mendapatkan kerjasama MPS untuk membuat auditan semula terhadap rumah-rumah PBR yang dibina oleh MPS terutamanya meneliti semula kekukuhan struktur rumah PBR yang telah dibina dan menyemak semula status kepenghunian rumah-rumah berkenaan.
Diharapkan maklum balas ini dapat menerangkan dengan lebih jelas kedudukan sebenar perkara ini dan mengelakkan salah faham masyarakat serta pembaca blog daripada dakwaan dan anggapan yang tidak berasas.
Salam Hormat,
MEOR HAFIZAN BIN ABDUL GHANI
Ketua Komunikasi Korporat KKLW
Tiang rumah pun ada juga yang curi..??memang melampaulah mereka ni.
ReplyDeletebiasanya rumah yang lama ditinggalkan kosong, memang macam tu la tu.. bukan saja jadi mangsa vandalism, malah jadi tempat lepak penagih dadah dan sebagainya..
DeleteKalau ada tanah milik sendiri, lebih baik buat rumah di sana berbanding buat rumah di laut.
ReplyDeleteyup.. sepatutnya kerajaan buka satu kawasan penempatan baru yang lebih selamat..
DeleteHarap2 lepas ni tiada lagi kes rumah PPRT roboh. ramai sudah yang bimbang.
ReplyDeleteteruk btul pencuri tu..
ReplyDeletekerajaan patut ambil tindakan terhadap mana2 kontraktor yang gagal mematuhi piawaian..
ReplyDeleterakyat memang menghargai bantuan-bantuan yang dihulurkan kerajaan.. namun bantuan2 itu perlu ikhlas dan dilaksanakan dengan bersungguh2..
ReplyDeleterakyat juga tidak perlu menuding jari kepada kerajaan tanpa mengkaji kenapa perkara seperti itu berlaku..
ReplyDeletesaya harap selepas ini tidak ada lagi projek2 bantuan kerajaan yang mengalami masalah seperti ini..
ReplyDelete