SANDAKAN: Menteri Pembangunan Perindustrian Negeri, Datuk Raymond Tan Shu Kiah, berkata konsep pemerintahan parti Barisan Nasional (BN) adalah paling terbaik kerana keprihatinannya dalam memastikan rakyat terus terbela.
Menurut beliau, biarpun rakyat terdiri daripada pelbagai lapisan tetapi pimpinan BN akan sentiasa berusaha terutama dalam aspek pendidikan apabila bermacam bentuk inisiatif dan bantuan disediakan ke arah melahirkan modal insan yang cemerlang menjelang Wawasan 2020.
Beliau berkata, usaha secara berterusan itu turut membuktikan bahawa amalan yang telah lama dilakukan menjadi petanda betapa prihatin kerajaan hari sentiasa memastikan kebajikan rakyat tidak pernah dilupakan.
Katanya, sebagai contoh pemberian bantuan beg-beg sekolah kepada setiap pelajar di seluruh negeri memberikan makna mendalam akan komitmen kerajaan terhadap masa depan pembelajaran anak-anak.
“Pemberian beg sekolah adalah bagi memberi satu semangat kepada anak- anak untuk pergi ke sekolah khususnya kepada anak-anak yang baru memasuki alam persekolahan.
“Kita sentiasa prihatin dalam memastikan anak-anak berjaya dalam pendidikan maka sebab itu bila tibanya musim persekolahan di awal tahun, kita akan memberikan bantuan beg-beg sekolah kepada setiap pelajar terutama di kawasan saya iaitu Tanjung Papat.
“Saya gembira sewaktu menyampaikan bantuan tadi kerana anak-anak yang menerima bantuan beg sekolah ini adalah merupakan aset terpenting terhadap pembangunan negara,” ujarnya.
Raymond berkata demikian kepada pemberita semasa ditemui pada Majlis Penyampaian Beg Sekolah kepada Seramai 816 Pelajar-Pelajar di Kawasan Tanjung Papat yang berlangsung di Dewan SJK (C) Chi Wah, dekat sini, kelmarin.
Sehubungan itu, katanya, golongan ibubapa perlu memastikan anak-anak cemerlang dalam pembelajaran dan tidak lalai terhadap tanggungjawab sebagai penjaga.
Ini kerana, katanya, kerajaan menyediakan pelbagai program pendidikan bagi memastikan kejayaan anak-anak memandangkan usaha melahirkan modal insan yang cemerlang memerlukan gandingan kerjasama.
“Untuk mencapai sebuah negara yang maju, kita memerlukan anak-anak yang lengkap dengan ilmu pengetahuan … sebab itu, kerajaan menyediakan macam-macam bantuan adalah bagi memastikan mereka dapat mengisi peluang-peluang pekerjaan yang lebih baik iaitu selari dengan tuntutan global.
“Justeru, ibubapa memainkan peranan penting memandangkan proses awal pendidikan adalah bermula dari rumah.
“Kejayaan memberikan didikan yang sempurna pastinya melahirkan anak-anak yang cemerlang apabila melangkah ke sekolah nanti,” kata Raymond yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Papat itu. - New Sabah Times
Rakyat perlu bijak dan serius dalam memilih pemimpin untuk mentadbir negara bagi memastikan struktur pemerintahan yang diamalkan selama ini dapat dikekalkan.
ReplyDeleteSistem pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah yang terbaik kerana mengamalkan konsep perkongsian melibatkan setiap kaum dan etnik dalam membangunkan negara.
ReplyDelete"Keamanan dan kesejahteraan yang dikecapi sekarang adalah hasil sikap yang ada pada rakyat berbilang kaum... kesanggupan untuk tidak bermusuh. Pemimpin terdahulu pun mengamalkan perkongsian secara adil, dan memerintah negara ini bersama-sama supaya semua pihak akan mendapat hak masing-masing.
ReplyDelete"Negara kita mewarisi sistem pentadbiran yang dicipta Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman bersama-sama Tun Tan Cheng Lock dan Tun V.T Sambanthan. Kita membangunkan negara ini bersama-sama. Ini adalah satu pendekatan yang cukup baik."
ReplyDeleteSekiranya negara gagal mencapai kesepakatan antara kaum, tidak mustahil akan berlaku huru-hara dan persengketaan di dalam negara.
ReplyDeleteDr Mahathir juga berkata BN adalah sebuah parti yang mengamalkan kerjasama secara holistik untuk membela setiap kepentingan kaum, dan menyifatkan pakatan pembangkang hanya bermatlamatkan kemenangan dalam pilihan raya.
ReplyDelete"Parti BN ini bukan parti yang hanya mendapatkan undi sahaja, dan kita tiada pilihan lain kerana kita hanya ada dua parti dalam negara. Kalau kita tolak BN, maka parti lawan akan menang, dan mereka ini akan merosakkan negara kita," katanya.
ReplyDeleteBeliau turut menggesa setiap pucuk pimpinan parti bersedia memberi teguran kepada pemimpin yang gagal menunjukkan prestasi yang baik, dan pada masa yang sama, pemimpin itu perlu berlapang dada menerima setiap nasihat yang diberikan.
ReplyDelete"Kalau kita asyik puji pemimpin kita, nanti pemikiran dia rosak. Kalau kita ada sistem pemerintahan yang baik sekali pun, kalau prestasi pemimpin kurang bagus tiada gunanya. Bila dia buat sesuatu yang salah, tegur dia... jangan takut," katanya.
ReplyDeleteKetua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata janji Pakatan Rakyat untuk meningkatkan bayaran royalti minyak Sabah dari 5 peratus kepada 20 peratus merupakan janji yang tidak logik.
ReplyDeleteBN mmg memerintah dgn baik.
ReplyDeleteKetua Mentari Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata “Tindakan pembangkang memburuk-burukkan kerajaan dan menunding jari kononnya BN gagal membela nasib rakyat negeri ini, diibaratkan seperti ‘mengajar itik berenang’ kerana terbukti ramai rakyat di negeri yang dikuasai oleh mereka tidak terbela”.
ReplyDeleteKetua Menteri, juga turut membidas dakyah pembangkang bahawa mereka mampu merancang perubahan jika berkuasa, berkata dakwaan kononnya BN gagal membawa pembangunan dan kemajuan di Sabah juga tuduhan tidak berasas.
ReplyDeleteRakyat Sabah harus bersyukur dengan perubahan dan kemajuan yang semakin banyak dinikmati. “Saya memberi amaran kepada pembangkang, jangan cuba ajar itik berenang. Dakwaan kononnya mereka boleh membawa perubahan jika berkuasa tidak berasas kerana semuanya sudah dilaksanakan oleh BN”.
ReplyDeleteMalah kita lebih mampu melaksanakan program membela rakyat berbanding mereka. “Lihat sahaja di negeri diperintah pembangkang, ramai rakyat menderita kerena tidak dibela. Jadi apa guna sokong perjuangan mereka sedangkan apa yang didakwa jelas tidak dapat dilaksanakan,” katanya.
ReplyDeleteMusa yang juga Pengerusi BN Sabah, berkata “pembangkang harus ditolak kerana sikap pemimpinnya yang suka menimbulkan kekacauan dengan mengadakan demonstrasi sehingga menjejaskan keamanan dan keselesaan hidup rakyat”.
ReplyDelete“Kita tidak mahu kacau bilau kerana dalam keadaan itu, tiada pembangunan boleh dirancang atau dilaksanakan, sebaliknya tumpuan hanya keada usaha meredakan ketegangan. Kita mahu keamanan dikekalkan di Sabah kerana banyak manfaat bila aman dan stabil. Ramai pelancong datang, pelabur juga lebih yakin menanam modal,” katanya.
ReplyDeleteKERAJAAN Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah menepati janjinya kepada rakyat jelata terutama di negeri ini apabila pelbagai usaha dan inisiatif berjaya mensejahterakan rakyat.
ReplyDeleteKetua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman, berkata bidang pendidikan sahaja negeri ini menerima peruntukan yang besar daripada kerajaan pusat apabila program pembangunannya turut membantu memperkasakan pendidikan dalam usaha melahirkan modal insan cemerlang.
ReplyDeleteBeliau berkata, antaranya seperti penyediaan Rancangan Makanan Tambahan (RMT), Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM), bantuan tuisyen, kemudahan asrama termasuk juga pemansuhan yuran sekolah selain Baucar Buku IPT sebanyak RM200 dan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia.
ReplyDeleteKatanya, kerajaan turut membina sekolah-sekolah baru dan memperbaiki sekolah yang ujur di samping memberi bantuan buku teks; komputer 1Malaysia; menyediakan guru-guru terlatih; meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran; membina rumah guru yang lebih selesa; kenaikan gaji serta gred guru mengikut 'time based'.
ReplyDeleteDalam Bajet 2013 pada bulan September tahun lepas saja, Perdana Menteri turut mengumumkan bantuan persekolahan sebanyak RM100 di mana sejumlah RM498 juta peruntukan bantuan khas ini diagehkan kepada setiap 4.98 juta pelajar di seluruh negara.
ReplyDelete"Peruntukan sebenar yang disediakan bagi 2013 adalah kira-kira RM540 juta iaitu termasuk untuk pelajar sekolah swasta dan sekolah agama rakyat, tetapi Kementerian Pelajaran belum menerima jumlah sebenar pelajar terbabit," jelasnya.
ReplyDeleteKetua Menteri menegaskan keikhlasan kerajaan sekurang-kurangnya membantu meringankan beban rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum malah ia tidak berhenti setakat itu bahkan program murni seumpama ini diteruskan.
ReplyDeleteapatah lagi Perdana Menteri sentiasa memikirkan perancangan bagi memastikan masa depan generasi akan datang terjamin. Pihak kerajaan, katanya lagi, menjadikan bidang pendidikan sebagai satu keutamaan dan terbukti menerusi pembangunan Hab Pendidikan Sandakan yang telah memberi peluang kepada rakyat bagi mendapatkan pendidikan tanpa perlu ke luar negara dengan kos yang tinggi.
ReplyDelete"Kerajaan Negeri juga menyalurkan peruntukan yang besar dalam bajet negeri untuk pembangunan belia dan modal insan di mana menerusi Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat pelbagai inisiatif disediakan ke arah melahirkan modal insan yang terlatih dan berkemahiran tinggi dalam bidang-bidang tertentu.
ReplyDelete"Ini kerana, kepesatan pembangunan negeri memerlukan tenaga mahir dan profesional dalam bidang-bidang teknologi, minyak dan gas termasuk kejuruteraan, pertanian moden, kemahiran serta banyak lagi," ujarnya.
ReplyDeleteDalam pada itu semasa sidang akhbar, beliau juga turut mendoakan agar pelajar terus cemerlang dan berjaya dalam bidang akademi masing-masing.
ReplyDelete"Menjadi harapan dan hasrat kerajaan agar anak-anak menjadi insan yang berguna sekali gus menyumbang kepada kecemerlangan masa depan keluarga, masyarakat dan negara.
"Kerajaan Negeri dan rakyat amat menghargai apa jua usaha dan keprihatinan kerajaan pusat dalam membantu meringankan beban rakyat termasuk juga menerusi pelbagai inisiatif dan program pembangunan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M); Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M); Klinik 1Malaysia; PR1MA; Tayar 1Malaysia dan Susu 1Malaysia.
ReplyDelete"Rakyat amat menghargainya dan inilah bukti keikhlasan kerajaan BN dalam menepati janjinya," kata Musa.