Monday, January 14, 2013

PEMBANGKANG TIADA ISU, ASYIK SALAHKAN BN

SANDAKAN: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman, menegaskan pembangkang sudah tiada isu yang hendak dibangkitkan melainkan asyik menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan menabur pelbagai tohmahan semata-mata untuk kepentingan politik sempit. 

Menurut beliau, sikap pimpinan pembangkang membuktikan mereka sudah ketandusan idea apabila suka mengada-mengadakan dakyah sedangkan BN terus melaksanakan program pembangunan yang membolehkan kemajuan terus dinikmati seluruh rakyat jelata. 

Dia yakin dan percaya perbuatan mereka ini akan menyusahkan diri sendiri sebab rakyat kini matang dan bijak bukan sahaja dalam menilai seseorang pemimpin tetapi juga kerajaan yang boleh membawa kemajuan. 

“Rakyat negeri ini tidak akan mudah terpengaruh dengan apa jua janji-janji kosong pembangkang bahkan sokongan padu akan kita terima menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 memandangkan kepercayaan rakyat terhadap BN semakin bertambah baik,” katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat peringkat Daerah Mengundi Sungai Manila di Dewan Kompleks Penyayang Taman Cahaya, Batu 12, Jalan Labuk, dekat sini, kelmarin. 

Sehubungan itu, Musa yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Sibuga dan Ketua Umno Bahagian Libaran berkata kemajuan yang dicapai selama ini membuktikan bahawa komitmen kerajaan sedia ada dalam menunaikan segala janji. 

Katanya, kerajaan tidak pernah mempermainkan rakyat tetapi pembangkang ternyata asyik menjanjikan ‘Bulan dan Bintang’ seolah-olah menunjukkan mereka di pihak yang benar. 

Justeru, ujar beliau, rakyat perlu berfikir dua kali dalam memilih kerajaan kerana jangan sampai tertipu akibat pembohongan pembangkang yang semakin ketara. 

“Pembangkang masuk kampung dan keluar kampung macam-macam dakyah dan tohmahan yang mereka lemparkan kepada kita. Tetapi, saya percaya rakyat Sabah pandai memilih mana yang baik dan mana yang buruk. 

“Apalagi kemajuan pesat yang kerajaan BN laksanakan sekarang selain pelbagai bantuan dan inisiatif termasuk perluasan Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M untuk kali kedua pastinya rakyat akan memberi sokongan mutlak. 

“Ini kerana, pembangkang terbukti berjanji kosong apabila asyik memutar belitkan sesuatu isu mahu pun fakta … padahal kerajaan BN terus bekerja keras demi kepentingan rakyat jelata,” kata Musa. 

Katanya lagi, tentu rakyat tidak mahu ditadbir sebuah kerajaan yang tiada keupayaan jika dibandingkan kerajaan hari ini terbukti membela nasib semua kaum apabila setiap pembangunan yang dijalankan tidak pernah meminggirkan sesiapa pun. 

Oleh itu, tambahnya, rakyat perlu berhati-hati dalam memilih kerajaan kerana jika tersilap seolah-olah memperjudikan masa hadapan generasi akan datang. 

Ini katanya, pihak-pihak suka sangat menyalahkan kerajaan adalah mereka yang tiada kemampuan untuk membawa pembangunan kepada negeri ini. 

“Sejak BN memerintah Sabah … bukan saja pembangunan yang rakyat peroleh malahan dari segi aspek perpaduan kaum apabila setiap seorang daripada kita ini hidup dalam suasana yang aman dan damai. 

“Tentu sekali kita inginkan suasana ini berterusan sampai bila-bila makanya sokongan haruslah diberikan kepada BN demi masa depan yang lebih gemilang,” jelasnya. - New Sabah Times

29 comments:

  1. Rakyat disaran menggunakan hak mereka sebagai pengguna untuk memilih kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.

    ReplyDelete
  2. Seperti pengguna bijak yang memilih barang berkualiti, konsep itu boleh diaplikasikan ketika memilih kerajaan.

    ReplyDelete
  3. Sabry yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Santan, berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) telah melakukan pelbagai usaha murni untuk kebajikan rakyat.

    ReplyDelete
  4. "Ada rakyat tidak menyedari pelbagai nikmat yang mereka terima termasuk pelbagai jenis subsidi tetapi kerajaan telah lama melaksanakannya," katanya.

    ReplyDelete
  5. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menasihatkan rakyat agar bijak memilih parti yang diyakini mampu membentuk kerajaan yang kuat.

    ReplyDelete
  6. Menurut beliau, ini kerana sebagai negara membangun, Malaysia memerlukan kerajaan yang mempunyai keupayaan dalam menjamin kestabilan negara.

    ReplyDelete
  7. "Sudah pasti pakatan (pembangkang) tidak mampu berbuat demikian. Rakyat perlu sedar akan perkara ini dan memilih kerajaan dengan bijak. Mereka tidak seharusnya membenarkan sentimen perkauman mengaburi pemikiran waras.

    ReplyDelete
  8. "Sudah sekian lama Malaysia menikmati keamanan dan pembangunan di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN). Secara jujurnya tidak ada sesiapa di negara ini boleh berkata bahawa mereka tidak pernah mendapat faedah daripada pentadbiran BN."

    ReplyDelete
  9. Konsep 'kerajaan campuran' yang melibatkan kepelbagaian parti dalam BN sejak sekian lama bergerak dengan baik dan ia cuba ditiru oleh pembangkang.

    ReplyDelete
  10. Pakatan (pembangkang) pada hari ini adalah satu pakatan yang longgar dan terasing melibatkan tiga parti iaitu Pas, Parti Keadilan Rakyat dan DAP.

    ReplyDelete
  11. "Ada elemen lain yang diperlukan bagi membolehkan sesebuah pakatan atau gabungan itu bergerak. Walaupun ia adalah pakatan yang sama rata, ia memerlukan teras yang kukuh.

    ReplyDelete
  12. "Teras itu akan bertindak selaku 'pengadil' apabila komponen-komponen lain gagal untuk mencapai kata sepakat dalam sesuatu isu. Secara jelasnya, parti-parti dalam BN saling bergantungan antara satu sama lain," katanya.

    ReplyDelete
  13. pembangkang dah ketandusan idea.

    ReplyDelete
  14. Musa yakin, pembangkang bukannya kuat kerana mereka hanya pandai berkata-kata seperti burung kakak tua dengan menabur pelbagai pembohongan seolah-olah kerajaan tidak bekerja.

    ReplyDelete
  15. Menurutnya, cara pembangkang berpolitik masih ditakuk lama apabila mereka memainkan isu pembangunan yang kerajaan BN laksanakan demi kepentingan rakyat.

    ReplyDelete
  16. “Contohnya seperti Lajim Hj Okin dan Dr Jeffry Kitingan. Mereka ini tiada orang yang mempercayai mereka berdua kerana tukang lompat macam kodok. Kalau Jeffry Kitingan entah beberapa kali lompat parti. Mungkin ada kalau 10 kali.

    ReplyDelete
  17. Inikah sifat-sifat seorang mahu jadi pemimpin yang tidak punya pendirian tetap dan mereka berdua ini pemimpin yang tidak bermaruah dan tidak bernilai langsung di sisi masyarakat."

    ReplyDelete
  18. Lajim, kata Musa lagi, terlalu berangan-angan tinggi mahu menjadi Ketua Menteri Sabah jika partinya menang. Persoalannya, macam mana boleh jadi Ketua Menteri jika cakap Inggeris pun pelegak-pelegok.

    ReplyDelete
  19. "Yang dia tahu, hanya menyebut perkataan "actually ...actually". Itu sahaja yang dia fasih bertutur Inggeris. Bikin malu saja sama orang Sabah. Kelulusan baru SRP, angan-angan macam Mat Jenin. Temberang sana sini dan cakap tidak serupa bikin."

    ReplyDelete
  20. Tambah Musa lagi, pembangkang cakap itu dan ini, seolah-olah mereka pula yang lebih pandai. Semua pembangunan sedang dan telah kita laksanakan termasuk dari segi bantuan seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia atau BR1M, semua mendapat manfaatnya.

    ReplyDelete
  21. "Nanti ada lagi BR1M 2.0 yang bakal diagehkan selain macam-macam bentuk bantuan serta inisiatif yang kerajaan kita sedang laksanakan," ujar Musa.

    ReplyDelete
  22. The 13th General Election is not just about winning but about Malaysia's future destiny.

    ReplyDelete
  23. "Sabah is very important É it has potential to be a very well developed State under BN with the help of the Federal Government, we can make real progress and real change in Sabah," Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said, when opening the Liberal Democratic Party's (LDP) 23rd Congress at Four Points by Sheraton Hotel.

    ReplyDelete
  24. Hence, it is important for Barisan Nasional (BN) to be returned as the Government in order to send a strong signal to the world that its transformation programmes towards Vision 2020 is the people's choice.

    ReplyDelete

  25. "We have proven that what we promised we will fulfil," he said.

    ReplyDelete

  26. He said the State Government under Chief Minister Datuk Seri Musa Aman had been taking good care of Sabah, especially its pristine nature as shown with the cancellation of the proposed coal-fired power plant in Lahad Datu.

    ReplyDelete

  27. "When there is coal in Maliau Basin (former Minister) Lim Keng Yaik asked the Chief Minister whether you want monkey or money (gold) and Sabah people said we want monkeys to protect the environment," he said.

    ReplyDelete
  28. Najib paid tribute to former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad, who also attended the LDP congress opening, as the architect of the Vision 2020 goal of becoming a developed nation.

    ReplyDelete

  29. "As someone who has retired as Prime Minister he could have chosen to relax at home during a Sunday. Instead, he chose to come all the way from Kuala Lumpur to Sandakan just to attend.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.