KERAJAAN Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah menepati janjinya kepada rakyat jelata terutama di negeri ini apabila pelbagai usaha dan inisiatif berjaya mensejahterakan rakyat.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman, berkata bidang pendidikan sahaja negeri ini menerima peruntukan yang besar daripada kerajaan pusat apabila program pembangunannya turut membantu memperkasakan pendidikan dalam usaha melahirkan modal insan cemerlang.
Beliau berkata, antaranya seperti penyediaan Rancangan Makanan Tambahan (RMT), Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM), bantuan tuisyen, kemudahan asrama termasuk juga pemansuhan yuran sekolah selain Baucar Buku IPT sebanyak RM200 dan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia.
Katanya, kerajaan turut membina sekolah-sekolah baru dan memperbaiki sekolah yang ujur di samping memberi bantuan buku teks; komputer 1Malaysia; menyediakan guru-guru terlatih; meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran; membina rumah guru yang lebih selesa; kenaikan gaji serta gred guru mengikut 'time based'.
"Dalam Bajet 2013 pada bulan September tahun lepas saja, Perdana Menteri turut mengumumkan bantuan persekolahan sebanyak RM100 di mana sejumlah RM498 juta peruntukan bantuan khas ini diagehkan kepada setiap 4.98 juta pelajar di seluruh negara.
"Peruntukan sebenar yang disediakan bagi 2013 adalah kira-kira RM540 juta iaitu termasuk untuk pelajar sekolah swasta dan sekolah agama rakyat, tetapi Kementerian Pelajaran belum menerima jumlah sebenar pelajar terbabit," jelasnya.
Musa menyatakan demikian ketika berucap melancarkan Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan Tahun 2013 peringkat Negeri Sabah di Dewan SMK Merpati, di sini, kelmarin.
Hadir sama Ahli Parlimen Libaran, Datuk Juslie Ajirol; Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Gum-Gum, Datuk Zakaria Mohd Edris; Adun Sekong, Datuk Samsudin Yahya; Ketua Pergerakan Wanita Umno Sabah, Datuk Armani Haji Mahiruddin dan Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri, Hajah Maimunah Suhaibul serta Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Datuk Ir.James Wong.
Ketua Menteri menegaskan keikhlasan kerajaan sekurang-kurangnya membantu meringankan beban rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum malah ia tidak berhenti setakat itu bahkan program murni seumpama ini diteruskan.
Tambahnya, apatah lagi Perdana Menteri sentiasa memikirkan perancangan bagi memastikan masa depan generasi akan datang terjamin.
Pihak kerajaan, katanya lagi, menjadikan bidang pendidikan sebagai satu keutamaan dan terbukti menerusi pembangunan Hab Pendidikan Sandakan yang telah memberi peluang kepada rakyat bagi mendapatkan pendidikan tanpa perlu ke luar negara dengan kos yang tinggi.
"Kerajaan Negeri juga menyalurkan peruntukan yang besar dalam bajet negeri untuk pembangunan belia dan modal insan di mana menerusi Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat pelbagai inisiatif disediakan ke arah melahirkan modal insan yang terlatih dan berkemahiran tinggi dalam bidang-bidang tertentu.
"Ini kerana, kepesatan pembangunan negeri memerlukan tenaga mahir dan profesional dalam bidang-bidang teknologi, minyak dan gas termasuk kejuruteraan, pertanian moden, kemahiran serta banyak lagi," ujarnya.
Musa yang juga Menteri Kewangan Negeri sehubungan itu berharap bantuan sebanyak RM100 yang diberikan kepada setiap pelajar dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
Katanya, melalui bantuan berkenaan sedikit sebanyak membantu meringankan beban dan perbelanjaan sekolah anak-anak khususnya golongan kurang kemampuan.
Dalam pada itu semasa sidang akhbar, beliau juga turut mendoakan agar pelajar terus cemerlang dan berjaya dalam bidang akademi masing-masing.
"Menjadi harapan dan hasrat kerajaan agar anak-anak menjadi insan yang berguna sekali gus menyumbang kepada kecemerlangan masa depan keluarga, masyarakat dan negara.
"Kerajaan Negeri dan rakyat amat menghargai apa jua usaha dan keprihatinan kerajaan pusat dalam membantu meringankan beban rakyat termasuk juga menerusi pelbagai inisiatif dan program pembangunan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M); Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M); Klinik 1Malaysia; PR1MA; Tayar 1Malaysia dan Susu 1Malaysia.
"Rakyat amat menghargainya dan inilah bukti keikhlasan kerajaan BN dalam menepati janjinya," kata Musa. - Sabahkini
Kecemerlangan pendidikan menjadi keutamaan oleh pihak kerajaan dalam menghasilkan modal insan yang mampu menyumbangkan pada pembangunan dan kemajuan negara.
ReplyDeleteIni terbukti dengan ilham Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman, pembinaan hab pendidikan di Sandakan yang telah menghimpunkan banyak institusi pengajian tinggi, kolej dan pusat-pusat latihan serta kemahiran untuk anak tempatan melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi.
ReplyDeleteDengan wujudnya hab pendidikan ini, anak-anak muda di Sabah tidak perlu lagi pergi ke tempat yang jauh dengan belanja yang besar untuk melanjutkan pelajaran.
ReplyDeletePembinaan hab pendidikan ini merupakan satu usaha kerajaan dalam memastikan anak-anak muda di Sabah mendapat pendidikan yang sama dan mencapai matlamat pendidikan negara.
ReplyDeleteBajet 2013 baru-baru ini telah memperuntukkan sebanyak 38.7 bilion ringgit kepada Kementerian Pelajaran meliputi peruntukan mengurus dan pembangunan.
ReplyDeleteDengan peruntukan besar kepada Kementerian Pelajaran dalam Bajet 2013 ini membolehkan kementerian memberi lebih perhatian terhadap kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak demi memastikan penduduknya menerima pendidikan berkualiti.
ReplyDeletebyk bantuan diberikan, para pelajar tak berkecuali.
ReplyDeleteSELAIN BERJAYA MEMBELA NASIB RAKYAT, KERAJAAN BN SABAH JUGA BERJAYA MENGEKALKAN PRESTASI CEMERLANG KERAJAAN NEGERI
ReplyDeleteDi mana-mana sahaja kita boleh melihat pembangunan yang dibawa oleh kerajaan BN. Saya yakin rakyat Sabah atau penjawat awam matang dan tahu menilai prestasi kerajaan BN yang telah banyak membawa pembangunan dan menolong rakyat dalam semua aspek tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan - Musa Aman
SELAIN BERJAYA MEMBELA NASIB RAKYAT, KERAJAAN BN SABAH JUGA BERJAYA MENGEKALKAN PRESTASI CEMERLANG KERAJAAN NEGERI
ReplyDeleteini termasuk kejayaan kerajaan negeri mengurus kewangan dengan baik seperti yang terkandung dalam Laporan Perbendaharaan Negara (AG) selain berjaya mendapat anugerah Clean Bill selama beberapa tahun berturut-turut. - Musa Aman
SELAIN BERJAYA MEMBELA NASIB RAKYAT, KERAJAAN BN SABAH JUGA BERJAYA MENGEKALKAN PRESTASI CEMERLANG KERAJAAN NEGERI
ReplyDeleteDengan mengambilkira kekayaan khazanah alam Sabah serta kedudukan fiskal negeri yang mantap serta kapasiti untuk melaras kutipan hasil negeri, RAM Rating Services Berhad sekali lagi telah memberikan penarafan “AAA” ( Triple A ) kepada negeri Sabah untuk 4 tahun berturut-turut. - Musa Aman
SELAIN BERJAYA MEMBELA NASIB RAKYAT, KERAJAAN BN SABAH JUGA BERJAYA MENGEKALKAN PRESTASI CEMERLANG KERAJAAN NEGERI
ReplyDeleteManakala, untuk pengurusan dan proses bajet negeri yang teratur dan mematuhi peraturan, Moody International pada tahun 2012 ini telah sekali lagi memberikan pensijilan MS-ISO 9001:2008 yang mana ini merupakan pencapaian cemerlang selama 4 tahun berturut-turut. - Musa Aman
SELAIN BERJAYA MEMBELA NASIB RAKYAT, KERAJAAN BN SABAH JUGA BERJAYA MENGEKALKAN PRESTASI CEMERLANG KERAJAAN NEGERI
ReplyDeleteDalam laporan terkini untuk tahun 2011, Ketua Audit Negara telah menganugerahkan ulasan "sangat baik" hanya kepada sebuah negeri iaitu Sarawak. Sementara itu, Sabah pula terus mengekalkan status kedua terbaik iaitu "baik" dari tahun-tahun sebelum ini.
SELAIN BERJAYA MEMBELA NASIB RAKYAT, KERAJAAN BN SABAH JUGA BERJAYA MENGEKALKAN PRESTASI CEMERLANG KERAJAAN NEGERI
ReplyDeleteAkaun-akaun dana disatukan untuk 2011 bagi kerajaan-kerajaan negeri Sabah dan Sarawak adalah yang paling tinggi dalam kalangan negeri-negeri, iaitu RM18.5 bilion untuk Sarawak dan RM2.66 bilion untuk Sabah. Selangor jatuh di tempat ketiga dengan RM1.94 bilion sementara Pulau Pinang pula pada tempat keempat dengan RM1.13 bilion.
SELAIN BERJAYA MEMBELA NASIB RAKYAT, KERAJAAN BN SABAH JUGA BERJAYA MENGEKALKAN PRESTASI CEMERLANG KERAJAAN NEGERI
ReplyDeleteSekiranya kita melihat kepada statistik pendapatan negeri untuk tahun 2011, Sarawak menduduki tempat pertama dengan RM6.6 bilion, diikuti oleh Sabah pada tempat kedua dengan RM4.4 bilion, Selangor di tempat keempat dengan RM1.6 bilion dan Pulaiu Pinang di tempat ketujuh dengan RM602 juta.
SELAIN BERJAYA MEMBELA NASIB RAKYAT, KERAJAAN BN SABAH JUGA BERJAYA MENGEKALKAN PRESTASI CEMERLANG KERAJAAN NEGERI
ReplyDeleteUntuk tempoh lima bulan pertama pada tahun ini, eksport negeri terus berkembang pada kadar 7.2 peratus dengan nilai mencecah RM20.7 bilion, manakala import pula telah meningkat pada kadar 30 peratus dengan jumlah mencecah RM16 bilion. Pertumbuhan tinggi tersebut mencerminkan pelaburan besar oleh sektor swasta iaitu sebanyak RM10 bilion pada suku tahun pertama tahun ini yang mana ianya juga merupakan pelaburan swasta yang tertinggi di Malaysia.
SELAIN BERJAYA MEMBELA NASIB RAKYAT, KERAJAAN BN SABAH JUGA BERJAYA MENGEKALKAN PRESTASI CEMERLANG KERAJAAN NEGERI
ReplyDeletedengan kedudukan kewangan yang kukuh, kerajaan negeri mampu membelanjakan berbilion ringgit bagi pelbagai projek pembangunan di negeri ini, dan tahun ini sahaja, kerajaan negeri menyediakan bajet tahunan melebihi RM4 bilion. - Musa Aman
SELAIN BERJAYA MEMBELA NASIB RAKYAT, KERAJAAN BN SABAH JUGA BERJAYA MENGEKALKAN PRESTASI CEMERLANG KERAJAAN NEGERI
ReplyDeleteKita beri bonus dan kenaikan gaji kepada penjawat awam kerana kerajaan ada cukup kewangan untuk bayar gaji dan bonus kepada kakitangan awam. Bayangkan, kerajaan negeri Sabah membelanjakan sekitar RM700 juta setahun untuk bayar gaji kakitangan awam negeri. - Musa Aman
SELAIN BERJAYA MEMBELA NASIB RAKYAT, KERAJAAN BN SABAH JUGA BERJAYA MENGEKALKAN PRESTASI CEMERLANG KERAJAAN NEGERI
ReplyDelete“Kita ada bajet besar dan peruntukan pun besar untuk pembangunan di negeri ini termasuk pembangunan infrastruktur seperti membina jalan raya dan membaiki kerosakan jalan akibat tanah runtuh,” - Musa Aman
SELAIN BERJAYA MEMBELA NASIB RAKYAT, KERAJAAN BN SABAH JUGA BERJAYA MENGEKALKAN PRESTASI CEMERLANG KERAJAAN NEGERI
ReplyDeletekestabilan politik dan iklim pelaburan yang kondusif turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi di negeri termasuk sektor pelancongan. - Musa Aman
SELAIN BERJAYA MEMBELA NASIB RAKYAT, KERAJAAN BN SABAH JUGA BERJAYA MENGEKALKAN PRESTASI CEMERLANG KERAJAAN NEGERI
ReplyDelete“Dengan promosi agresif mengikut acuan kita sendiri, kita berjaya menarik lebih ramai pelancong untuk berkunjung ke negeri ini. Begitu juga dengan pelaburan, banyak pelabur dari luar negara termasuk dari Amerika Syarikat dan Brunei yang berminat melabur di negeri ini,” - Musa Aman
SELAIN BERJAYA MEMBELA NASIB RAKYAT, KERAJAAN BN SABAH JUGA BERJAYA MENGEKALKAN PRESTASI CEMERLANG KERAJAAN NEGERI
ReplyDeleteMusa juga mempertahankan dasar tanah kerajaan negeri yang memperkenalkan hak milik berkelompok (communal title) kepada penduduk kampung yang layak demi masa depan mereka yang lebih terjamin.
SELAIN BERJAYA MEMBELA NASIB RAKYAT, KERAJAAN BN SABAH JUGA BERJAYA MENGEKALKAN PRESTASI CEMERLANG KERAJAAN NEGERI
ReplyDeletedasar perhutanan dan pemeliharaan alam sekitar negeri ini dikagumi oleh negara luar yang menyaksikan pasangan diraja Britain (Putera William dan Kate Middleton) melawat Hutan Simpan di Lembah Danum baru-baru ini. - Musa Aman