Friday, January 18, 2013

Sabah membelanjakan RM3.499 bilion tahun lepas

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri membelanjakan RM3.499 bilion daripada RM4.366 bilion peruntukan 2012 bagi membiayai projek-projek pembangunan di Sabah sehingga 31 Disember lalu.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata, di bawah Rolling Plan Kedua Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) Sabah telah diberi peruntukan sejumlah itu pada tahun lalu untuk melaksanakan sebanyak 785 projek.

“Sehingga 31 Disember 2012 sebanyak 80.14 peratus daripada peruntukan tahun lalu telah berjaya dibelanjakan bagi membiayai projek-projek pembangunan di Sabah. prestasi itu adalah 6.48 peratus di atas Purata Nasional iaitu 73.66 peratus.

“Oleh itu saya meminta kepada semua pegawai kerajaan negeri dan persekutuan supaya sama-sama memastikan apa juga projek yang telah kita rancang dan laksanakan mestilah diselesaikan mengikut masa yang ditetapkan.

“Selain itu, kita juga mesti mengetahui sama ada ia menepati sasaran serta memberi kepuasan hati kepada rakyat atau sebaliknya … mana yang ada kebaikannya, ia diteruskan dan kelemahan harus diperbaiki secepat yang boleh,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Negeri (MTNg) Sabah, di Wisma Innoprise, di sini, kelmarin.

Mesyuarat itu dihadiri menteri-menteri kabinet negeri, ketua-ketua jabatan kerajaan negeri dan persekutuan.

Musa berkata: “Saya telagh menyarankan agar setiap agensi harus lebih aktif menerapkan pelaksanaan penilaian outcome terhadap program atau projek yang telah siap untuk mengetahui sama ada inisiatif yang dilaksanakan berjaya mencapai objektif asal”.

“Saya memetik dari perutusan Perdana Menteri sempena sambutan Tahun Baru 2013, yang mana beliau menyeru agar inisiatif yang baik dan terbukti berjaya perlu diteruskan, manakala inisiatif yang tidak berjaya pula harus ditamat dan diambil teladan daripadanya,” katanya.

Beliau berkata, penilaian outcome adalah penting untuk memastikan program atau projek pembangunan kerajaan mencapai objektif yang diinginkan iaitu untuk memberi faedah dan manfaat kepada kumpulan sasar.

“Saya juga mengingatkan bahawa anggota perkhidmatan awam adalah enjin penggerak yang bertanggungjawab merancang, memantau dan melaksana dasar kerajaan.

“Dengan memikul tanggungjawab tersebut, mereka harus ingat bahawa penglibatan stakeholder adalah kritikal terhadap pelaksanaan sebarang inisiatif dari kerajaan,” katanya.

Musa berkata, demi manfaat dan faedah jangka panjang, kadangkala inisiatif yang kurang popular harus dilaksanakan. “Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab para pentadbir untuk menangani isu-isu sedemikian”.

“Perkhidmatan awam kini tidak lagi seperti dahulu. Jika dahulu, terdapat jurang di antara pengurusan tertinggi kerajaan dan rakyat, kini tidak lagi. Dalam senario pentadbiran awam kini, tidak ada dasar pintu tertutup yang memudahkan rakyat untuk berkomunikasi dan menyampaikan hasrat serta pendapatnya secara terus.

“Malah kemajuan teknologi serta media sosial sedia ada dijadikan platform perhubungan antara rakyat dan jentera kerajaan.

“Oleh itu maklum balas positif haruslah dijadikan pembakar semangat untuk terus berusaha dengan cemerlang, manakala kritikan dan aduan haruslah ditangani dengan sikap terbuka dan profesional,” katanya.

Musa berkata, aduan dan kritikan yang berasas adalah peluang penambahbaikan kerana kadangkala kelemahan yang ada pada diri masing-masing hanya dapat dilihat oleh masyarakat di luar sana selaku stakeholder utama.

“Saya merayu agar momentum yang telah dijana daripada pelbagai inisiatif yang diperkenalkan di bawah RMK10 hendaklah diteruskan pada tahun ini melalui pelaksanaan agenda-agenda yang telah dirancang untuk mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan,” katanya. - New Sabah Times

18 comments:

  1. Bagi tahun 2013 pula, sebanyak RM2.98b diperuntukkan untuk melaksanakan pembangunan di Sabah.

    ReplyDelete
  2. Pembangunan negeri akan sentiasa menjadi keutamaan kepada kerajaan Sabah dan juga persekutuan.

    ReplyDelete
  3. peruntukan yang diterima Sabah tahun ini agak besar, ia akan digunakan sebaiknya untuk pembangunan Sabah.

    ReplyDelete
  4. PENTADBIRAN KERAJAAN BN SABAH ADALAH YANG TERBAIK DI MALAYSIA BAGI TAHUN LEPAS.. LEBIH BAIK DARI NEGERI2 PR

    Di mana-mana sahaja kita boleh melihat pembangunan yang dibawa oleh kerajaan BN. Saya yakin rakyat Sabah atau penjawat awam matang dan tahu menilai prestasi kerajaan BN yang telah banyak membawa pembangunan dan menolong rakyat dalam semua aspek tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan - Musa Aman

    ReplyDelete
  5. PENTADBIRAN KERAJAAN BN SABAH ADALAH YANG TERBAIK DI MALAYSIA BAGI TAHUN LEPAS.. LEBIH BAIK DARI NEGERI2 PR

    ini termasuk kejayaan kerajaan negeri mengurus kewangan dengan baik seperti yang terkandung dalam Laporan Perbendaharaan Negara (AG) selain berjaya mendapat anugerah Clean Bill selama beberapa tahun berturut-turut. - Musa Aman

    ReplyDelete
  6. PENTADBIRAN KERAJAAN BN SABAH ADALAH YANG TERBAIK DI MALAYSIA BAGI TAHUN LEPAS.. LEBIH BAIK DARI NEGERI2 PR

    Dengan mengambilkira kekayaan khazanah alam Sabah serta kedudukan fiskal negeri yang mantap serta kapasiti untuk melaras kutipan hasil negeri, RAM Rating Services Berhad sekali lagi telah memberikan penarafan “AAA” ( Triple A ) kepada negeri Sabah untuk 4 tahun berturut-turut. - Musa Aman

    ReplyDelete
  7. PENTADBIRAN KERAJAAN BN SABAH ADALAH YANG TERBAIK DI MALAYSIA BAGI TAHUN LEPAS.. LEBIH BAIK DARI NEGERI2 PR

    Manakala, untuk pengurusan dan proses bajet negeri yang teratur dan mematuhi peraturan, Moody International pada tahun 2012 ini telah sekali lagi memberikan pensijilan MS-ISO 9001:2008 yang mana ini merupakan pencapaian cemerlang selama 4 tahun berturut-turut. - Musa Aman

    ReplyDelete
  8. PENTADBIRAN KERAJAAN BN SABAH ADALAH YANG TERBAIK DI MALAYSIA BAGI TAHUN LEPAS.. LEBIH BAIK DARI NEGERI2 PR

    Dalam laporan terkini untuk tahun 2011, Ketua Audit Negara telah menganugerahkan ulasan "sangat baik" hanya kepada sebuah negeri iaitu Sarawak. Sementara itu, Sabah pula terus mengekalkan status kedua terbaik iaitu "baik" dari tahun-tahun sebelum ini.

    ReplyDelete
  9. PENTADBIRAN KERAJAAN BN SABAH ADALAH YANG TERBAIK DI MALAYSIA BAGI TAHUN LEPAS.. LEBIH BAIK DARI NEGERI2 PR

    Akaun-akaun dana disatukan untuk 2011 bagi kerajaan-kerajaan negeri Sabah dan Sarawak adalah yang paling tinggi dalam kalangan negeri-negeri, iaitu RM18.5 bilion untuk Sarawak dan RM2.66 bilion untuk Sabah. Selangor jatuh di tempat ketiga dengan RM1.94 bilion sementara Pulau Pinang pula pada tempat keempat dengan RM1.13 bilion.

    ReplyDelete
  10. PENTADBIRAN KERAJAAN BN SABAH ADALAH YANG TERBAIK DI MALAYSIA BAGI TAHUN LEPAS.. LEBIH BAIK DARI NEGERI2 PR

    Sekiranya kita melihat kepada statistik pendapatan negeri untuk tahun 2011, Sarawak menduduki tempat pertama dengan RM6.6 bilion, diikuti oleh Sabah pada tempat kedua dengan RM4.4 bilion, Selangor di tempat keempat dengan RM1.6 bilion dan Pulaiu Pinang di tempat ketujuh dengan RM602 juta.

    ReplyDelete
  11. PENTADBIRAN KERAJAAN BN SABAH ADALAH YANG TERBAIK DI MALAYSIA BAGI TAHUN LEPAS.. LEBIH BAIK DARI NEGERI2 PR

    Untuk tempoh lima bulan pertama pada tahun ini, eksport negeri terus berkembang pada kadar 7.2 peratus dengan nilai mencecah RM20.7 bilion, manakala import pula telah meningkat pada kadar 30 peratus dengan jumlah mencecah RM16 bilion. Pertumbuhan tinggi tersebut mencerminkan pelaburan besar oleh sektor swasta iaitu sebanyak RM10 bilion pada suku tahun pertama tahun ini yang mana ianya juga merupakan pelaburan swasta yang tertinggi di Malaysia.

    ReplyDelete
  12. PENTADBIRAN KERAJAAN BN SABAH ADALAH YANG TERBAIK DI MALAYSIA BAGI TAHUN LEPAS.. LEBIH BAIK DARI NEGERI2 PR

    dengan kedudukan kewangan yang kukuh, kerajaan negeri mampu membelanjakan berbilion ringgit bagi pelbagai projek pembangunan di negeri ini, dan tahun ini sahaja, kerajaan negeri menyediakan bajet tahunan melebihi RM4 bilion. - Musa Aman

    ReplyDelete
  13. PENTADBIRAN KERAJAAN BN SABAH ADALAH YANG TERBAIK DI MALAYSIA BAGI TAHUN LEPAS.. LEBIH BAIK DARI NEGERI2 PR

    Kita beri bonus dan kenaikan gaji kepada penjawat awam kerana kerajaan ada cukup kewangan untuk bayar gaji dan bonus kepada kakitangan awam. Bayangkan, kerajaan negeri Sabah membelanjakan sekitar RM700 juta setahun untuk bayar gaji kakitangan awam negeri. - Musa Aman

    ReplyDelete
  14. PENTADBIRAN KERAJAAN BN SABAH ADALAH YANG TERBAIK DI MALAYSIA BAGI TAHUN LEPAS.. LEBIH BAIK DARI NEGERI2 PR

    “Kita ada bajet besar dan peruntukan pun besar untuk pembangunan di negeri ini termasuk pembangunan infrastruktur seperti membina jalan raya dan membaiki kerosakan jalan akibat tanah runtuh,” - Musa Aman

    ReplyDelete
  15. PENTADBIRAN KERAJAAN BN SABAH ADALAH YANG TERBAIK DI MALAYSIA BAGI TAHUN LEPAS.. LEBIH BAIK DARI NEGERI2 PR

    kestabilan politik dan iklim pelaburan yang kondusif turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi di negeri termasuk sektor pelancongan. - Musa Aman

    ReplyDelete
  16. PENTADBIRAN KERAJAAN BN SABAH ADALAH YANG TERBAIK DI MALAYSIA BAGI TAHUN LEPAS.. LEBIH BAIK DARI NEGERI2 PR

    “Dengan promosi agresif mengikut acuan kita sendiri, kita berjaya menarik lebih ramai pelancong untuk berkunjung ke negeri ini. Begitu juga dengan pelaburan, banyak pelabur dari luar negara termasuk dari Amerika Syarikat dan Brunei yang berminat melabur di negeri ini,” - Musa Aman

    ReplyDelete
  17. PENTADBIRAN KERAJAAN BN SABAH ADALAH YANG TERBAIK DI MALAYSIA BAGI TAHUN LEPAS.. LEBIH BAIK DARI NEGERI2 PR

    Musa juga mempertahankan dasar tanah kerajaan negeri yang memperkenalkan hak milik berkelompok (communal title) kepada penduduk kampung yang layak demi masa depan mereka yang lebih terjamin.

    ReplyDelete
  18. PENTADBIRAN KERAJAAN BN SABAH ADALAH YANG TERBAIK DI MALAYSIA BAGI TAHUN LEPAS.. LEBIH BAIK DARI NEGERI2 PR

    dasar perhutanan dan pemeliharaan alam sekitar negeri ini dikagumi oleh negara luar yang menyaksikan pasangan diraja Britain (Putera William dan Kate Middleton) melawat Hutan Simpan di Lembah Danum baru-baru ini. - Musa Aman

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.