Sunday, January 6, 2013

PRU KE-13 BUKAN BAHAN UJI KAJI

Sumber: Bernama
Ketua Menteri Datuk Musa Aman hari ini mengingatkan rakyat di negeri ini agar tidak menjadikan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sebagai bahan uji kaji untuk menukar kerajaan.

Musa berkata rakyat harus bijak membuat keputusan agar terus menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) demi kepentingan bersama seterusnya dapat memastikan kesinambungan perancangan untuk pembangunan negara.

“Kerajaan tahu apa yang terbaik dilaksanakan untuk rakyat, oleh itu rakyat perlu yakin bahawa kerajaan sentiasa membuat perancangan rapi demi masa depan negara yang juga berpihak kepada rakyat,” katanya ketika Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Gum-Gum dekat sini kelmarin.

Musa yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno berkata rakyat yakin dengan pentadbiran kerajaan BN yang mampu melaksanakan program pembangunan yang memberi manfaat kepada rakyat untuk jangka panjang.

“Saya gembira melihat semangat rakyat negeri ini yang setia memberi sokongan padu kepada pucuk pimpinan kerajaan untuk terus teguh memerintah negara ini,” katanya.

Menurutnya jika rakyat terus bersatu mengekalkan perpaduan, bersatu dan tetap setia kepada kerajaan walaupun dicemari dengan fitnah parti pembangkang, sudah tentu keamanan negara akan terus wujud serta bebas daripada kucar-kacir.


“Ini adalah risiko yang amat tinggi kerana masa depan negara, keluarga, anak-anak kita terlalu berharga untuk dijadikan bahan uji kaji. Sesungguhnya rakyat Malaysia berhak tahu secara nyata sebelum membuat keputusan paling penting bersabit masa depan mereka. Pilihan raya bukan satu uji kaji” - Najib Razak.

"Tempoh lima tahun adalah satu jangka masa lama dalam pentadbiran sesebuah kerajaan. Pelbagai kemungkinan mahupun sebarang bentuk kerosakkan boleh berlaku, hatta sebuah negara yang berjaya sekalipun boleh tersungkur dan gagal” - Najib Razak

Menurut Najib, penilaian oleh rakyat bagi parti yang sedang menerajui kerajaan boleh dibuat berdasarkan dua kayu ukur.

“Pertama, adakah janji-janji lepas telah ditunai dan dilunaskan? Manakala kayu ukur kedua, adakah janji-janji baru yang dibuat akan lebih membawa manafaat?”.

“Manakala bagi parti yang tidak pernah membentuk kerajaan pula boleh dinilai berasaskan janji yang ditaburkan. Jika janji itu tidak lagi boleh dipegang dan dipercayai, maka lebih selamat untuk rakyat menjauhi parti tersebut”, katanya.


Timbalan Perdana Menteri mengingatkan rakyat supaya tidak memperjudikan nasib mereka dengan memilih parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti untuk mentadbir kerana kesannya amat buruk dan negara akan hancur.

"Mandat yang diberi tidak boleh dipersia-siakan dan rakyat terutamanya para pengundi harus sedar bahaya tersebut kerana jika tersalah pilih, masa depan negara akan musnah" -
Muhyiddin Yassin.

"Soal masa depan negara tidak boleh diperjudikan, jangan nak cuba-cuba pilih pembangkang kononnya untuk lebih baik sedikit, masa depan kita sudah jelas terbukti berdasarkan apa yang telah kita perjuangkan untuk mereka sejak merdeka lagi" -
Muhyiddin Yassin.

"Barisan Nasional (BN) sudah berpengalaman, pembangkang baru dua, tiga tahun memerintah sudah cacamarba. Nak kata adil, tak berlaku adil, kata lebih baik tapi tak juga,"

25 comments:

  1. buat pilihan terbaik semasa PRU.

    ReplyDelete
  2. Bukan perkara yang boleh dipandang rigan jika melibatkan negara dan rakyat.

    ReplyDelete
  3. Pilihan yang dibuat rakyat hari ini akan mencorakkan masa depan negara.

    ReplyDelete
  4. Atas rasa ingin menguji sejauhmanakah mereka mampu melaksanakan pendidikan percuma, sebuah institut pengajian tinggi swasta yang dikawal oleh kerajaan negeri di bawah pentadbiran parti tersebut ditangguhkan sementara waktu untuk pembiayaan pelajar baru.

    ReplyDelete
  5. Akibat penangguhan itu, kerajaan Selangor bercadang mencairkan aset, yakni menjual tanah dan hasil jualannya sebanyak RM30 juta akan dijadikan asas dana pendidikan percuma.

    ReplyDelete
  6. Sebahagian rakyat Malaysia mula memikirkan apakah jumlah tersebut mencukupi dan mampu menampung pembiayaan dalam tempoh lama?

    ReplyDelete
  7. Jika sudah kehabisan, berapa banyak lagikah tanah kerajaan akan dijual? Dalam masa sama, mereka pantang melihat adanya tanah kerajaan yang kosong, akan dicadangkan pelbagai projek komersial termasuk mengambil semula tanah yang diperuntukkan untuk kemudahan rekreasi dan digazetkan sebagai kawasan hijau.

    ReplyDelete
  8. Demikian juga dengan parti sinonim dengan berasaskan Islam turut tidak mementingkan kesejahteraan rakyat untuk memperoleh pendidikan agama dengan lebih baik.

    ReplyDelete
  9. Ketika berkuasa di Terengganu, tiada sebuah sekolah agama pun dibina dalam tempoh empat tahun manakala setelah merasakan kedudukan politiknya terancam turut sama dengan sekutunya untuk menentang pula pembinaan sekolah agama rakyat di Perak atas alasan mengurangkan tanah yang diperuntukkan untuk rekreasi.

    ReplyDelete
  10. Mengenai projek pemprosesan bahan nadir di Gebeng, Kuantan mereka sanggup berbohong kepada rakyat kononnya projek itu akan membahayakan penduduk sekitar dengan kemungkinan kebocoran radioaktif.

    ReplyDelete
  11. Projek itu bukanlah projek yang boleh disamakan dengan radiasi yang berlaku di Fukushima, Jepun dan projek Lynas telah diakui mempunyai tahap keselamatan yang tinggi.

    ReplyDelete
  12. Mereka tidak mempedulikan pandangan pakar, mereka mencari sudut tertentu yang boleh dieksploitasi sehingga membentuk teori songsang yang boleh mengelirukan masyarakat.

    ReplyDelete
  13. berwaspada dan berhati-hati menanggapi sesebuah isu yang dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu yang mempunyai agenda tersembunyi.

    ReplyDelete
  14. Semakin ghairah membina teori politik songsang, maka selagi itulah pakatan pembangkang akan terus bermain dengan kata-kata kesat sebagai kaedah penafian atau sindrom paku berkarat. Paku berkarat kalau masih boleh digunakan untuk mengikat kayu, ikatan itu tidak akan kukuh, ia akan tercabut dan menimpa orang lain. Rakyat akan terus menjadi mangsa, jika terpijak parutnya sukar untuk disembuhkan manakala sakitnya mengambil masa lama untuk pulih.

    ReplyDelete
  15. Ketiga-tiga Naib Presiden hari ini mengingatkan semua rakyat Malaysia supaya tidak menjadikan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang sebagai bahan uji kaji kerana jelas terbukti pakatan pembangkang tidak mampu untuk mentadbir negara dan membela nasib rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika mengulas intipati ucapan dasar Presiden berkata, rakyat perlu sedar mesej Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkara tersebut adalah berasas kerana negeri-negeri yang ditadbir oleh pakatan pembangkang kini gagal membawa sebarang perubahan seperti dicanangkan.

      Delete
    2. "Seperti yang dikatakan oleh Presiden, tukar kerajaan ibarat mengamanahkan tikus membaiki labu. Ini mesej yang cukup kuat dan penting dan perlu diterjemahkan dalam bentuk tindakan kita semua iaitu kita wajib mempertahankan kerajaan sedia ada.

      Delete
    3. "Tukar kerajaan bukan seperti tukar baju ibarat hari ini untuk hari ini, esok untuk esok. Ingatan ini bukan sahaja untuk ahli UMNO tetapi kepada setiap rakyat di seluruh negara," katanya

      Delete
    4. Mengulas perkara sama, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, pakatan pembangkang telah diberi peluang memerintah di beberapa buah negeri selepas PRU-12 tetapi ternyata mereka gagal.

      Beliau berkata, pakatan pembangkang hanya bijak menabur janji tetapi tidak pernah tertunai dan itu yang berlaku di negeri-negeri di bawah pemerintahan mereka.

      Delete
    5. "Jangan cuba-cuba untuk menukar kerajaan. Perkara ini adalah perkara besar yang perlu diambil perhatian serius oleh 13 juta pengundi. Mereka telah diberi peluang dan ruang untuk memerintah namun apa perubahan yang mereka lakukan untuk membela nasib rakyat?

      Delete
    6. "Ini antara perkara pokok yang disebutkan oleh Presiden. Keupayaan pimpinan sebuah kerajaan bukan hanya setakat pada janjinya. (Datuk Seri) Anwar Ibrahim berjanji jika berjaya memerintah di Pulau Pinang mereka akan tadbir seadilnya tetapi isu Kampung Buah Pala adalah bukti kegagalan pakatan pembangkang," katanya lagi.

      Delete
    7. Dalam perkembangan berkaitan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pakatan pembangkang selama ini hanya tahu memainkan politik kebencian, politik fitnah dan melakukan serangan terhadap UMNO serta BN.

      Delete
    8. Berbanding dengan UMNO dan BN di bawah kepimpinan Najib beliau berkata, terdapat 21 produk di bawah gagasan 1Malaysia telah diperkenal khusus untuk membela nasib rakyat berdasarkan golongan sasar tertentu dan usaha tersebut semata-mata memastikan nasib rakyat terus terbela.

      Delete
    9. "Kita berjaya membuktikan kepada rakyat. Apabila BN diberi mandat, kita tidak lagi menoleh ke belakang tetapi kita terus menuju ke hadapan membela nasib rakyat. Kita memperkenalkan 21 produk 1Malaysia dan apa yang saya sebut ini tidak termasuk program-program kerajaan yang lain seperti Program Transformasi Kerajaan (GTP).

      Delete
    10. "Bukan seperti pembangkang mereka hanya tahu menyerang kita seolah-olah kita tidak berbuat apa-apa dan mereka melakukan serangan ini bukan atas politik matang tetapi semata-mata atas sebab politik kebencian dan politik fitnah," katanya lagi.

      Delete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.