Friday, January 4, 2013

Gaji Minimum: buat salah, tak buat lagilah salah

Tuntut gaji minima sebab barang naik, kemudian salahkan juga gaji minima bila barang naik
"Consumers in Sabah should expect some unpleasant surprises as the new year sets in with the Government's plan to implement the minimum wage of RM800 per month across the board.

The direct immediate effect of this minimum wage policy, to be in force from January 2013, are an increase of production cost for all employers in the state, already burdened with the highest cost of living in Malaysia.

Please expect increases of prices of goods and services, anything from 20% to even 200% as the employers would definitely pass the cost to consumers at large.

Already we in Sabah STAR have been receiving reports from industries that increasing prices of goods and services would inevitably be an option to offset the extra cost for minimum wage of RM800 in Sabah."

Apa pula pandangan STAR bila Pakatan Rakyat menjanjikan gaji minimum sebanyak RM1,100 sekiranya diberikan peluang memerintah negara? Dan apa pula penyelesaian dipihak STAR bagi meningkatkan kuasa beli rakyat dan dalam masa yang sama harga barangan di seluruh negara kekal tidak berubah?

Kalaupun STAR kemaruk sangat mahu memburuk-burukkan dasar kerajaan, seelok-eloknya tampillah dengan idea-idea alternatif yang bernas dan munasabah, bukannya sekadar mengkritik tanpa ada sebarang idea penyelesaian.

Gaji Minimum di Malaysia tidak akan wujud jika tidak ada pihak yang menuntut. Jesteru, kenapa STAR tidak tampil membantah pelaksanaan gaji minimum ini ketika ianya masih diperingkat cadangan atau tuntutan? Kenapa tidak salahkan pihak-pihak yang menuntut gaji minimum terutamanya dikalangan pemimpin-pemimpin pembangkang sendiri? Kenapa tidak salahkan para majikan yang kononnya akan menaikkan harga barangan bagi menampung kos operasi mereka?

Kerajaan BN tentunya mempunyai perancangan rapi untuk mengurangkan beban rakyat, bukan sekadar bergantung kepada pelaksanaan gaji minimum semata-mata.

Ketika pembangkang masih berangan-angan untuk menduduki kerusi empuk Puterajaya, kerajaan lebih dulu menyedari bebanan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat di Sabah dan Sarawak yang bergantung kepada perkhidmatan pengangkutan air menyebabkan kos membawa barangan dari Semenanjung terlalu tinggi. Sebab itu kerajaan pada pembentangan Bajet 2013 menambah RM50 juta lagi peruntukan menjadikannya RM250 juta bagi tujuan menyerap kos pengangkutan barangan di kedua-dua negeri ini.

Dengan tambahan RM50 juta ini, rakyat Sabah dan Sarawak di kawasan pedalaman kini dapat menikmati harga barangan keperluan harian yang sama seperti rakyat di Semenanjung. Tambahan subsidi tersebut daripada RM200 juta tahun lalu kepada RM250 juta tahun ini akan meliputi 100 kawasan lagi penghantaran di pedalaman.

Selain itu, kerajaan turut memperuntukkan sebanyak RM47 juta tahun ini bagi subsidi pengangkutan feri untuk penduduk yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan air di Sabah, Sarawak dan Labuan, dan RM87 juta lagi bagi membuka Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di setiap daerah di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Bukankah semua peruntukan yang disediakan oleh kerajaan ini membuktikan bahawa kerajaan BN amat mengambil berat terhadap kesulitan rakyat? Pembangkang sepatutnya belajar untuk menghargai sumbangan-sumbangan kerajaan kepada rakyat, dan jika ada cacat-celanya tampillah dengan idea-idea alternatif yang bernas, bukan sekadar mengkritik semata-mata mahu mendapatkan sokongan rakyat.

Bagi Bullet pelaksanaan gaji minimum ini adalah satu permulaan yang baik. Cuma mungkin jika ada penambah-baikan untuk dasar gaji minimum pada masa-masa akan datang, mungkin kerajaan boleh pertimbangkan gaji minimum sektor swasta di Malaysia diselaraskan mengikut peringkat dan pencapaian masing-masing, dan penawaran gaji seperti ini perlulah merujuk kepada kewangan dan jumlah keuntungan tahunan syarikat tersebut.

Disamping itu, kerajaan wajib memantau dengan lebih ketat lagi fenomena turun naik harga barang di seluruh negara, kerana ada kemungkinan majikan ini tidak keberatan untuk menaikkan harga barang atas nama untuk menampung kos operasi. Dan yang merasa seronoknya tentulah puak-puak pembangkang kerana mereka boleh memanipulasikan situasi ini untuk kepentingan politik mereka.

By: Borneo Bullet

15 comments:

  1. gaji minimum pun nak dipolitikkan oleh pembangkang.

    ReplyDelete
  2. SEBERANG PERAK: Kerajaan memberi amaran kepada peniaga supaya tidak menaikkan harga barang berikutan pengumuman kadar gaji minimum sektor swasta baru-baru ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata tindakan tegas akan dikenakan terhadap peniaga yang menaikkan harga barang sewenang-wenangnya.

      Delete
    2. "Kita ada akta yang kawal kenaikan harga barang tanpa sebab yang munasabah," katanya

      Delete
    3. Ismail Sabri berkata, tiada sebab untuk peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barang berikutan pengumuman kerajaan itu.

      "Harga barang dari Januari tahun ini hingga sekarang masih stabil. Ini mungkin disebabkan kita masih kawal kenaikan harga minyak," katanya.

      Delete
    4. Ismail Sabri berkata, sebanyak 1,200 pegawai pemantau harga dan 2,000 penguatkuasa kementerian akan memantau kenaikan harga barang dari semasa ke semasa.

      Delete
    5. "Kita juga ada skuad pengguna dan gerakan pengguna siswa di universiti yang akan membantu memantau harga barang," katanya.

      Delete
  3. KUALA LUMPUR - Majikan atau syarikat dinasihatkan supaya tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan mereka kerana dikatakan terbeban akibat penetapan gaji minimum sektor swasta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia Datuk Seri Zainal Rahim Seman berkata kerajaan sentiasa memantau kenaikan harga barangan dan jika perkara itu berlaku, tindakan tegas akan dikenakan.

      Delete
    2. Bagaimanapun, katanya kemungkinan isu beban majikan disalurkan kepada pengguna menerusi kenaikan harga barangan tidak akan timbul kerana pelaksanaan gaji minimum hanya melibatkan kos pengeluaran yang kecil.

      Delete
    3. "Penetapan gaji minimum hanya mewakili bahagian kecil kos pengeluaran dan ia tidak akan menyumbang kepada harga tinggi terutamanya ketika negara berada dalam tempoh harga sederhana dan ini telah diakui oleh Bank Negara Malaysia (BNM)", katanya

      Delete
    4. Zainal turut menegaskan tidak ada sebarang alasan daripada majikan untuk tidak melaksanakan gaji minimum seperti yang ditetapkan.

      Syarikat yang menggaji sekurang-kurangnya lima dan lebih pekerja diwajibkan melaksanakan kadar gaji minimum dalam tempoh enam bulan selepas diwartakan dan setahun bagi syarikat yang memiliki kurang lima pekerja.

      Delete
    5. Bagaimanapun, katanya majikan atau syarikat yang memerlukan masa lanjutan bagi melaksanakan gaji minimum diingatkan supaya mengemukakan permohonan kepada Majlis Perundingan Gaji Negara (NWCC) bagi mengelak dikenakan tindakan mengikut Akta NWCC 2011.

      Delete
  4. pedulikan pembangkang punya cakap, gaji minimum bagus untuk rakyat berpendapatan rendah

    ReplyDelete
  5. teruskan laksanakan gaji minimum

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.