Mindanao Week of Peace celebration |
KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) berharap pelarian dan pendatang tanpa izin Bangsamoro di Sabah akan kembali ke tanah air mereka kerana kawasan Mindanao di Filipina dijangka aman sentosa selepas perjanjian damai dimeterai pada Oktober tahun lepas.
Pengerusi MILF Murad Ibrahim berkata golongan itu berhijrah ke Sabah untuk lari daripada konflik dan kemelut ekonomi.
"Sabah adalah pilihan semula jadi kerana ia dekat, aman dan menyediakan perlindungan serta peluang. Bagaimanapun, memandangkan keadaan kembali aman di Mindanao, saya fikir mereka akan pulang secara beransur-ansur," katanya kepada pemberita selepas menghadiri seminar bertajuk 'Islam di Asia Tenggara: Cabaran dan Harapan' di Pusat Dagangan Dunia Putra Sabtu.
Beliau berkata MILF amat berterima kasih kepada Malaysia dan kerajaan negeri Sabah serta akan meminta bantuan bagi memujuk pelarian Bangsamoro untuk kembali ke tanah air mereka.
Katanya, hanya pelarian perang Bangsamoro yang berhijrah ke Sabah pada awal 70-an diberi kerakyatan Malaysia.
Murad juga berkata Bangsamoro memerlukan bantuan Malaysia untuk mengeksploit sumber semula jadi yang kaya di negara mereka.
lebih baik mereka balik semula ke tanah air. kan dah aman.
ReplyDeleteperkembangan terbaru dinegara jiran itu mungkin satu kesempatan baik bagi kerajaan negara ini untuk melakukan penghantaran balik rakyat negara itu yang tergolong sebagai PTI dinegeri ini supaya golongan ini berpeluang membina penghidupan baru ditanah tumpah darah mereka sendiri.
ReplyDeleteMungkin juga alasan mereka (PTI) sebelum ini bahawa disebabkan pergolakkan itu yang bermula sejak tahun 1970an dibawah regime kerajaan kukubesi Filipina pada ketika itu Ferdinand Marcos membawa mereka berkeadaan sebegini rupa menjadi pelarian namun kali ini adalah peluang terbaik bagi mereka kembali mencium tanah air mereka..
ReplyDeleteKementerian Luar harus membantu bekas negara bergolak itu untuk menyusun gerak kerja yang mampu dibantu terutamanya dari aspek pembangunan ekonomi serantau menerusi BIMP-EAGA yang telah ditubuhkan sebelum ini.
ReplyDeleteBIMP-EAGA perlu digerakkan supaya keadaan ekonomi di Selatan Filipina yang didiami masyarakat Bangsmoro kembali cergas dan berfungsi dengan baik demi mengwujudkan peluang peluang perniagaan dan seterusnya peluang pekerjaan.
ReplyDeleteJikalau dikawasan mereka maju dan membangun serta mempunyai peluang peluang pekerjaan sudah tentu PTI berminat untuk kembali ke kampong halaman mereka (dan) siapa tidak mahu duduk ditempat sendiri.
ReplyDeleteSebaliknya jika masih berkeadaan yang sama (tiada perubahan) tentulah mereka tidak akan meninggalkan negeri ini kerana mereka juga dalam keadaan terpaksa untuk mencari sesuap nasi untuk hidup.
ReplyDeleteDalam pada itu, satu rangka kerja perjanjian itu merupakan hala tuju bagi mewujudkan rantau autonomi baharu yang akan ditadbir oleh orang Islam di selatan Filipina yang antara lain bertujuan membuka jalan untuk keamanan berpanjangan selepas konflik lebih 40 tahun.
ReplyDeleteSelain itu, Malaysia menjadi pengantara perundingan damai antara kerajaan Filipina dan MILF sejak 2001 sehingga perjanjian awal untuk perdamaian dicapai di Kuala Lumpur dalam rundingan dari 2 hingga 7 Okt lepas.
ReplyDeleteKedua-dua ketua kerajaan itu (Aquino III dan Dato' Seri Najib) telah menyampaikan ucapan pada majlis itu yang turut disertai Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Prof Ekmeleddin Ihsanoglu. Najib, antara lain, berkata beliau gembira kerana menerusi perjanjian bersejarah tersebut, hak, maruah serta kemakmuran masa depan penduduk Bangsamoro akan dilindungi manakala kedaulatan dan Perlembagaan Filipina terpelihara.
ReplyDeleteManakala Pengerusi MILF Murad Ebrahim turut mengeluarkan kenyataan pada majlis bersejarah itu yang bakal melihat kedamaian berkekalan di wilayah selatan Filipina yang bergolak dengan konflik lebih 40 tahun itu. Perjanjian rangka tindakan perdamaian itu bakal menyaksikan penubuhan Suruhanjaya Peralihan bagi menggubal draf undang-undang pembentukan wilayah baru Bangsamoro bagi menggantikan wilayah autonomi Islam Mindanao.
ReplyDelete