Dalam menghadapi PRU13 yang kian mendekat, Anwar Ibrahim berusaha menimbulkan pelbagai isu untuk menghakis kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan UMNO-BN sama ada di peringkat negeri mahupun di peringkat Pusat. Selepas satu demi satu isu yang dimainkan, hanyut begitu sahaja dan pendedahan menunjukkan penglibatan serius Anwar dalam rekaan isu-isu tersebut, Anwar cuba pula untuk menaikkan kemarahan rakyat Sabah menerusi isu kad pengenalan kepada pendatang asing.
Mangsanya adalah Tun Dr. Mahathir!
Walaupun Anwar Ibrahim cukup sedar, otaknya tidak setara dengan otak Tun Dr. Mahathir, Anwar menyangkakan bekas Perdana Menteri keempat Malaysia itu sudah nyanyuk dan pelupa. Kesempatan itu digunakan oleh Anwar Ibrahim untuk memutarbelitkan beberapa fakta termasuklah penggunaan beberapa orang saksi yang diketahui pernah menjadi tahanan KEMTA kerana terbabit dengan skandal kad pengenalan biru yang mengancam keselamatan negara.
Keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi tersebut, kini dipersoalkan, memandangkan kesemua mereka adalah individu yang terbabit dalam jenayah berkenaan. Dengan kata lain, mereka merupakan individu-individu yang mudah didorong oleh wang ringgit walaupun terpaksa mengkhianati negara.
Dan sekarang, mereka menjadi saksi bagi pihak Anwar Ibrahim dan DAP yang mempersoalkan tentang pemberian kad pengenalan biru serta kewarganegaraan kepada kelompok warga asing beragama Islam di Sabah. Ketika Tun Dr. Mahathir membuka mulut dengan menyatakan kesediaannya untuk memberi keterangan bagi memudahkan siasatan RCI berhubung kes tersebut, tiba-tiba sahaja YB Jamban, Azmin Ali bersuara dan kelihatan cuba untuk membela Anwar Ibrahim.
Azmin Ali cuba membersihkan tangan kotor Anwar Ibrahim dengan meletakkan seluruh kesalahan kepada Tun Dr. Mahathir yang telah menjadi Perdana Menteri dari tahun 1981-2005.
Benarkah dakwaan Azmin Ali bahawa Anwar Ibrahim tidak terlibat dalam kes pemberian kad pengenalan tersebut?
Sudah tentulah tidak!
Bahkan Azmin Ali sangat tahu, Anwar Ibrahim adalah orang yang lebih banyak tahu tentang pendatang asing yang diberikan kad pengenalan biru dan taraf kewarganegaraan Malaysia. Sebabnya, siasatan RCI kini sedang menghala ke arahnya dan Anwar Ibrahim mulai resah dan gelisah.
Anwar Ibrahim merupakan salah seorang daripada anggota kabinet pada tahun-tahun di mana kontroversi pemberian kad pengenalan dan kewarganegaraan tersebut dipertikaikan. Pada tahun 1991, sebuah unit khas telah ditubuhkan di bawah Pejabat Ketua Menteri Sabah untuk memantau kebanjiran pendatang haram di Sabah. Faktor tersebut bukanlah merupakan satu kebetulan apabila Anwar Ibrahim MENANG BESAR dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden UMNO dengan undi terbesar kemenangannya datang dari Sabah.
Ramai yang masih ingat, bagaimana Anwar Ibrahim dengan tersenyum simpul dan penuh angkuh menyatakan, dia tidak dapat menolak pencalonan terbanyak yang diterimanya untuk menandingi jawatan yang sedang disandang oleh Allahyarham Tun Ghafar Baba pada waktu itu walaupun pada mulanya, kononnya dia tidak berminat untuk bertanding. Pencalonan terbanyak Anwar Ibrahim untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO juga datangnya dari Sabah walaupun sebelum penubuhan Unit Khas pada tahun 1991, Sabah merupakan kubu kuat Tun Ghafar Baba.
Ramai saksi yang masih hidup dan sudi menceritakan bagaimana Pejabat Timbalan Perdana Menteri ketika itu, memantau isu kebanjiran pendatang haram Sabah secara mingguan. Malah Anwar SECARA SUKARELA telah menawarkan dirinya untuk menjadi 'PEMANTAU' kebanjiran pendatang haram di Sabah.
Pendatang asing di Sabah merupakan pemain sosio-ekonomi yang sangat penting. Justeru perhatian khusus diberikan untuk masalah berkenaan. Anwar Ibrahim berjaya mempengaruhi Perdana Menteri pada ketika itu (Tun Dr. Mahathir) konon-kononnya untuk memikul tanggungjawab menangani masalah pendatang. Anwar Ibrahim tidak sahaja dipercayai untuk menangani politik Sabah, tetapi juga WANG dan PERUNTUKAN yang sangat besar, termasuklah juga WANG PARTI.
Justeru tidaklah menghairankan bagaimana Anwar sekarang umpama berada di atas bara api. Dia kelihatan tercungap-cungap dengan siasatan yang sedang dijalankan, sehinggakan tidak mampu menunggu lebih lama untuk membuka mulut bagi melindungi dirinya. Dan bukan dengan mulutnya sahaja, dia turut menggunakan Azmin Ali bagi tujuan tersebut.
Maka, tidak hairanlah mengapa Azmin Ali melalak kuat demi melindungi kekasihnya itu. Sedangkan siasatan RCI semakin lama, semakin mengarah kepada Anwar Ibrahim. Berbanding Mahathir, Anwar langsung tidak berani tampil untuk memberikan keterangan sebaliknya cuba menjadikan dirinya halimunan dan seolah-olah dia langsung tidak terlibat dalam isu berkenaan. - Kedahan69ers
Kisah lama akan terungkai juga:)
ReplyDeleteKalau bukan Rafizi, mesti Azmin yang akan cover bosnya.
ReplyDeleteMustahil kalau Anwar memang tidak tahu tentang perkara ni sebab masa itu era kepimpinan beliau sebagai TPM.
ReplyDeletekemungkinan besar Anwar terlibat dalam projek IC.
ReplyDeleteSEMUA PEMIMPIN PEMBANGKANG SEBENARNYA GELABAH KERANA PENUBUHAN RCI JELAS MEMBUKTIKAN KOMITMEN KERAJAAN MEMPERJUANGKAN HAK RAKYAT SABAH
ReplyDeletePenubuhan Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) bukan sahaja membuktikan komitmen kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memperjuangkan hak dan kesejahteraan rakyat Sabah, malah penubuhannya juga merupakan satu petunjuk bahawa kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib bersedia untuk berhadapan dengan desakan, tuntutan atau apa sahaja masalah di Sabah yang perlu diambil perhatian. Gesaan supaya RCI ditubuhkan sebelum ini telah disuarakan oleh para pemimpin parti-parti komponen BN termasuk Umno dan tidak terkecuali pemimpin-pemimpin parti pembangkang yang menghangatkan lagi keadaan.
SEMUA PEMIMPIN PEMBANGKANG SEBENARNYA GELABAH KERANA PENUBUHAN RCI JELAS MEMBUKTIKAN KOMITMEN KERAJAAN MEMPERJUANGKAN HAK RAKYAT SABAH
ReplyDeleteRCI bukanlah kaedah pertama atau terakhir yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam menyelesaikan masalah pendatang haram dan juga Projek IC di Sabah. Sebelum ini juga, kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha termasuklah penubuhan Jawatankuasa Pusat dan juga Negeri bagi menyiasat dan merangka penyelesaian kepada fenomena warga asing di negeri ini, penubuhan Program 5P disamping penguatkuasaan berteruskan dari anggota beruniform samada di daratan mahupun perairan. Pendek kata, pelbagai usaha telah dan sedang dilaksanakan, namun masalah ini tetap berterusan.
SEMUA PEMIMPIN PEMBANGKANG SEBENARNYA GELABAH KERANA PENUBUHAN RCI JELAS MEMBUKTIKAN KOMITMEN KERAJAAN MEMPERJUANGKAN HAK RAKYAT SABAH
ReplyDeleteJika ada pihak yang mengatakan bahawa kerajaan tidak ikhlas menyelesaikan masalah ini hanya kerana kerajaan mengumumkan RCI disaat-saat akhir, ternyata andaian itu tidak benar sama-sekali memandangkan perkembangan siasatan setakat ini membuktikan badan itu benar-benar bersifat neutral tanpa memihak kepada mana-mana pihak sehingga ada kalanya membuka ruang kepada pihak pembangkang untuk memanfaatkan apa sahaja butiran siasatan untuk dipolitikkan.
SEMUA PEMIMPIN PEMBANGKANG SEBENARNYA GELABAH KERANA PENUBUHAN RCI JELAS MEMBUKTIKAN KOMITMEN KERAJAAN MEMPERJUANGKAN HAK RAKYAT SABAH
ReplyDeleteMenurut kenyataan Pengarah Pasukan Petugas Khas Persekutuan untuk Sabah dan Labuan, Datuk Suhaimi bin Mohd Salleh, kerajaan telah mengusir 446,173 pendatang tanpa dokumen ke negara asal mereka sejak 1990. Angka tersebut adalah termasuk pelarian yang tidak mempunyai dokumen yang sah.
SEMUA PEMIMPIN PEMBANGKANG SEBENARNYA GELABAH KERANA PENUBUHAN RCI JELAS MEMBUKTIKAN KOMITMEN KERAJAAN MEMPERJUANGKAN HAK RAKYAT SABAH
ReplyDeleteBeliau turut memaklumkan bahawa skop kerja Pasukan Petugas Khas adalah untuk menangani isu berkaitan pendatang asing dan mengenal pasti pelarian dan pendatang yang merangkumi pelarian Filipina dari Filipina Selatan, pendatang asing tanpa izin yang memasuki Sabah dan Labuan, dan buruh asing dari Indonesia.
SEMUA PEMIMPIN PEMBANGKANG SEBENARNYA GELABAH KERANA PENUBUHAN RCI JELAS MEMBUKTIKAN KOMITMEN KERAJAAN MEMPERJUANGKAN HAK RAKYAT SABAH
ReplyDeletekerajaan telah berusaha untuk membendung kebanjiran pendatang asing tanpa izin sejak dulu lagi. Walaupun sukar, ianya tetap dilaksanakan. Kerajaan telah mengambil tindakan peguatkuasaan berterusan dan berusaha menangani isu berkaitan dengan bersungguh-sungguh. Namun kewujudan beberapa sindiket pemalsuan IC serta sindiket membawa masuk warga asing ke negeri ini menyukarkan lagi usaha-usaha kerajaan. Pembangkang sama sekali tidak pernah menyentuh isu ini walaupun kes berkenaan telah beberapa kali dilaporkan oleh media tempatan pada tahun-tahun sebelumnya.
SEMUA PEMIMPIN PEMBANGKANG SEBENARNYA GELABAH KERANA PENUBUHAN RCI JELAS MEMBUKTIKAN KOMITMEN KERAJAAN MEMPERJUANGKAN HAK RAKYAT SABAH
ReplyDeleteTahun lepas saja, negara telah dikejutkan apabila Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) IPD Tawau berjaya membongkar kegiatan sindiket ‘IC Palsu’ yang disyaki didalangi oleh seorang pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan bergiat aktif di sekitar Pantai Timur negeri ini. Modus operandi sindiket ini dipercaya berorientasikan penawaran dokumen berbentuk MyKad asli dan meminta mangsa-mangsa mereka supaya menyerahkan duit di antara RM1,000 – RM5,000, gambar, sijil lahir (jika ada) dan cap jari.
SEMUA PEMIMPIN PEMBANGKANG SEBENARNYA GELABAH KERANA PENUBUHAN RCI JELAS MEMBUKTIKAN KOMITMEN KERAJAAN MEMPERJUANGKAN HAK RAKYAT SABAH
ReplyDeleteKes seperti ini bukan yang pertama dan terakhir, malah besar kemungkinan masih banyak lagi sindiket yang belum diberkas samada bergerak secara berpasukan mahupun secara individu. Keuntungan lumayan sentiasa mendorong pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan apa sahaja aktiviti haram walaupun mereka sedar tindakan itu membawa kepada hukuman yang berat.
SEMUA PEMIMPIN PEMBANGKANG SEBENARNYA GELABAH KERANA PENUBUHAN RCI JELAS MEMBUKTIKAN KOMITMEN KERAJAAN MEMPERJUANGKAN HAK RAKYAT SABAH
ReplyDeleteMalah ada juga dilaporkan dimana penduduk kampung membantu warga asing mendaftarkan kelahiran anak-anak mereka hanya kerana mahu mendapatkan keuntungan secara singkat. Akhirnya, yang menjadi mangsa adalah kerajaan. Bila kita tanya PATI dari mana mereka dapat IC, adakah mereka akan mengaku bahawa mereka memperolehinya dari sendiket secara haram?? Sudah tentu tidak.. Sebaliknya, mereka akan cakap bahawa IC mereka tulen dan dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia.
SEMUA PEMIMPIN PEMBANGKANG SEBENARNYA GELABAH KERANA PENUBUHAN RCI JELAS MEMBUKTIKAN KOMITMEN KERAJAAN MEMPERJUANGKAN HAK RAKYAT SABAH
ReplyDeleteberkenaan dengan mangsa pelarian perang di selatan Filipina sekitar tahun 1970an. Kerajaan mengambil peranan murni dan prihatin melibatkan aspek kemanusiaan untuk membantu pelarian dan mangsa perang. Tindakan kerajaan telah mendapat kerjasama dan diperakui oleh badan antarabangsa seperti UNHCR.
SEMUA PEMIMPIN PEMBANGKANG SEBENARNYA GELABAH KERANA PENUBUHAN RCI JELAS MEMBUKTIKAN KOMITMEN KERAJAAN MEMPERJUANGKAN HAK RAKYAT SABAH
ReplyDeleteDakwaan kononnya mangsa pelarian ini dibantu pihak tertentu untuk mendapatkan IC juga tidak benar apabila beberapa pelarian Filipina yang memberi keterangan di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat masalah pendatang tanpa izin di negeri Sabah hari ini memberitahu bahawa tiada mana-mana pihak yang membantu mereka bagi mendapatkan kad pengenalan (IC). Salah seorang daripada mereka, Abd Salam Ali, yang datang ke Sabah pada 19 Januari 1971 berkata, beliau sendiri yang berusaha mendapatkan IC nya itu.
SEMUA PEMIMPIN PEMBANGKANG SEBENARNYA GELABAH KERANA PENUBUHAN RCI JELAS MEMBUKTIKAN KOMITMEN KERAJAAN MEMPERJUANGKAN HAK RAKYAT SABAH
ReplyDeleteFenomena pemberian IC kepada warga asing ini sebenarnya konsisten dengan penjelasan Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir ketika mengulas mengenai dakwaan bekas Pengarah JPN Sabah, Ramli Kamarudin bahawa kerajaan pada ketika itu terlibat memberikan kad pengenalan kepada pendatang asing.
SEMUA PEMIMPIN PEMBANGKANG SEBENARNYA GELABAH KERANA PENUBUHAN RCI JELAS MEMBUKTIKAN KOMITMEN KERAJAAN MEMPERJUANGKAN HAK RAKYAT SABAH
ReplyDeleteBeliau menegaskan bahawa semua kelulusan berhubung pemberian kerakyatan tersebut dibuat berdasarkan peruntukan undang-undang. Tambah beliau, Malaysia sentiasa menerima orang asing untuk menjadi warga negara sekiranya mereka memenuhi syarat-syarat tertentu.
SEMUA PEMIMPIN PEMBANGKANG SEBENARNYA GELABAH KERANA PENUBUHAN RCI JELAS MEMBUKTIKAN KOMITMEN KERAJAAN MEMPERJUANGKAN HAK RAKYAT SABAH
ReplyDeletePemimpin-pemimpin pembangkang sejak dari awal lagi sudah meletakkan isu itu sebagai senjata kempen menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 dengan harapan ia akan menarik perhatian rakyat untuk mengalihkan sokongan kepada mereka. Tetapi mereka lupa bahawa dalam undang-undang Malaysia ada diperuntukkan pemberian kerakyatan kepada pihak-pihak yang berkelayakan.
SEMUA PEMIMPIN PEMBANGKANG SEBENARNYA GELABAH KERANA PENUBUHAN RCI JELAS MEMBUKTIKAN KOMITMEN KERAJAAN MEMPERJUANGKAN HAK RAKYAT SABAH
ReplyDeleteJesteru, jika Pembangkang tidak bersetuju dengan pemberian kewarganegaraan kepada warga asing ini, mungkin selepas ini mereka boleh masukkan agenda "penghapusan sebarang undang-undang berkaitan kewarganegaraan" ini dalam manifesto pilihanraya mereka.
SEMUA PEMIMPIN PEMBANGKANG SEBENARNYA GELABAH KERANA PENUBUHAN RCI JELAS MEMBUKTIKAN KOMITMEN KERAJAAN MEMPERJUANGKAN HAK RAKYAT SABAH
ReplyDeletePenghapusan undang-undang ini juga konsisten dengan janji Anwar Ibrahim yang mahu menghapuskan semua undang-undang "lapuk" di negara ini jika PR diberikan mandat memerintah. Dengan ini sama-samalah kita lihat bagaimana penerimaan rakyat terhadap kepimpinan Anwar Ibrahim yang sanggup melakukan apa sahaja asalkan dia dapat mempertahankan kuasanya.
SEMUA PEMIMPIN PEMBANGKANG SEBENARNYA GELABAH KERANA PENUBUHAN RCI JELAS MEMBUKTIKAN KOMITMEN KERAJAAN MEMPERJUANGKAN HAK RAKYAT SABAH
ReplyDeleteRakyat Sabah sepatutnya menilai isu ini diluar kotak pemikiran yang condong kepada ideologi politik pihak tertentu bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas, neutral dan tidak terhad kepada kepentingan politik sesetengah pihak. Dan pemimpin-pemimpin pembangkang juga sepatutnya memuji kesungguhan dan kemampuan kerajaan BN menunaikan janjinya atau sekurang-kurangnya membantu kerajaan untuk mencari cara dan strategi terbaik untuk menyelesaikan masalah ini untuk manfaat semua rakyat di negeri ini.