PAPAR: Bekas Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Datuk Abdul Rahim Ismail berkata pertelingkahan dalam kalangan pemimpin pembangkang Sabah adalah petanda jelas mereka menghadapi krisis kepimpinan yang serius.
“Pergeseran dalam kalangan mereka memberi mesej jelas bahawa mereka (pembangkang) boleh mencetuskan masalah besar kepada rakyat dan negara andainya mereka diberi peluang memerintah negara.
“Bagaimana mungkin pakatan pembangkang boleh mentadbir negara dengan Lebih baik daripada apa yang dibuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini jika kalangan mereka sendiri saling tidak mempercayai,” katanya di sini kelmarin.
Abdul Rahim yang juga Ketua Umno Bahagian Papar mengulas tindakan ketua Parti Reformasi Negeri (Star) Papar Datuk Patrick Sindu, keluar parti dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Patrick juga dilaporkan sebagai berkata Star di Papar telahpun dibubarkan, tetapi ia dinafikan oleh seorang pemimpin kanan parti pembangkang itu.
Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Star Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan pula mendakwa anggota Parlimen Tuaran Datuk Wilfred Bumburing, yang baru-baru ini mengumumkan keluar parti UPKO, sebagai pemimpin yang mengamalkan ‘politik cari makan’.
Jeffry berkata demikian berikutan kenyataan Bumburing bahawa Star adalah ‘anti-Malaya’.
Rahim berkata pergeseran mereka bukan sahaja menyerlahkan kelemahan kepimpinan parti itu tetapi juga ketidaksepakatan dan keretakan serius dalam kalangan parti pembangkang.
Beliau menggesa para penyokong parti pembangkang itu, khususnya di daerah Papar, supaya menilai semula sokongan mereka terhadap pakatan pembangkang.
“Yang menjadi mangsa tentulah para penyokong parti…Pintu Umno dan Barisan Nasional sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja termasuk penyokong parti pembangkang.
“Tidak ada apa-apa yang perlu disegani kerana Umno dan BN sentiasa mengamalkan dasar menyatupadukan semua kaum di negara ini tanpa mengira fahaman dan anutan agama,” katanya. - New Sabah Times
Sememangnya PR dan parti2 pembangkang tempatan Sabah sukar untuk mencapai persepakatan.
ReplyDeletePerlawanan 1 lawan 1 menentang BN merupakan cara yang terbaik untuk mengambil alih Sabah tapi kelihatan STAR begitu angkuh dan mahu bertanding di kesemua 60 kerusi Sabah.
ReplyDeleteJelas2 Bumburing dan Jeffrey tidak sehaluan.
ReplyDeletepembangkang di Sabah makin tenggelam.
ReplyDeletePakatan Pembangkang Sabah hadapi krisis kepimpinan serius..Ketidaksepakatan Parti Pembangkang Di Sabah Jadi Bahan Ketawa
ReplyDeleteMalang buat Parti Pembangkang yang ada di negeri Sabah ini. Ingatkan mereka menyengat, rupa-rupanya mereka tidak menyengat seperti yang di war-warkan. Parti-parti pembangkang yang ada di Sabah ini umpama "seperti melukut di tepi gantang" atau dalam bahasa Jerman nya "kacau daun" sahaja.
Pakatan Pembangkang Sabah hadapi krisis kepimpinan serius..Ketidaksepakatan Parti Pembangkang Di Sabah Jadi Bahan Ketawa
ReplyDeleteYang pastinya mereka saling sengat-menyengat sesama sendiri.....satu perkembangan yang positif juga tu. Apa pun, daripada sini kita dapat lihat bahawa parti-parti pembangkang yang ada di Sabah ini hanya inginkan kuasa sahaja, buat perbalahan sesama sendiri dan menjadikan rakyat Sabah menjadi mangsa percaturan mereka.
Pakatan Pembangkang Sabah hadapi krisis kepimpinan serius..Ketidaksepakatan Parti Pembangkang Di Sabah Jadi Bahan Ketawa
ReplyDeleteWahai PKR, DAP, PAS, SAPP, STAR......Inikah yang dikatakan sebagai pembela nasib rakyat? Ternyata salah apa yang ditonjolkan oleh parti pembangkang bahawa mereka adalah ULTRAMAN/SUPERMAN/BATMAN/ROBIN HOOD sebagai penyelamat kepada rakyat.....
Pakatan Pembangkang Sabah hadapi krisis kepimpinan serius..Ketidaksepakatan Parti Pembangkang Di Sabah Jadi Bahan Ketawa
ReplyDeleterupa-rupanya mereka hanya memainkan sandiwara untuk mengaburi mata rakyat sahaja. Hancurlah negeri Sabah ini gara-gara mainan politik kotor parti pembangkang ini.
Pakatan Pembangkang Sabah hadapi krisis kepimpinan serius..Ketidaksepakatan Parti Pembangkang Di Sabah Jadi Bahan Ketawa
ReplyDeletePerkembangan terbaru berkaitan dengan parti-parti pembangkang di Sabah ini nampak dengan jelas sekali. Mereka bercakaran sesama sendiri gara-gara untuk merebut kerusi pilihan untuk bertanding dalam PRU-13 yang akan datang ini.
Pakatan Pembangkang Sabah hadapi krisis kepimpinan serius..Ketidaksepakatan Parti Pembangkang Di Sabah Jadi Bahan Ketawa
ReplyDeleteBagi SAPP dan STAR, yang masing-masing diketuai oleh Datuk Yong Teck Lee dan Datuk Jeffrey Kitingan, kerjasama antara mereka belum lagi wujud sepenuhnya.
Pakatan Pembangkang Sabah hadapi krisis kepimpinan serius..Ketidaksepakatan Parti Pembangkang Di Sabah Jadi Bahan Ketawa
ReplyDeleteKedua-dua parti ini kadang kala "MAIN PINTU BELAKANG" dalam usaha untuk mempertahankan kuasa dan perjuangan mereka. Pakatan Rakyat lagi lah dasyat mainan kotornya....SAPP dan PKR mana tahu.
Pakatan Pembangkang Sabah hadapi krisis kepimpinan serius..Ketidaksepakatan Parti Pembangkang Di Sabah Jadi Bahan Ketawa
ReplyDeleteTetapi bagi Pakatan Rakyat yang berasal dari Semenanjung Malaysia, mereka ingin sokongan daripada parti-parti pembangkang di Sabah untuk merealisasikan impian mereka untuk menguasai Parlimen.
Pakatan Pembangkang Sabah hadapi krisis kepimpinan serius..Ketidaksepakatan Parti Pembangkang Di Sabah Jadi Bahan Ketawa
ReplyDeleteWalau bagaimanapun, mahukah rakyat Sabah menjadi korban perjuangan rakus Pakatan Rakyat tersebut? Menerima pelawaan PR umpama "mati katak" bagi SAPP dan STAR Sabah? Negeri Sabah akan terjual kepada PR jika SAPP dan STAR menerima pelawaan tersebut.
Pakatan Pembangkang Sabah hadapi krisis kepimpinan serius..Ketidaksepakatan Parti Pembangkang Di Sabah Jadi Bahan Ketawa
ReplyDeleteSumber dalaman SAPP memberitahu bahawa mereka bersedia membantu Pakatan Rakyat dalam menawan Putrajaya tetapi mahu perjanjian yang membenarkan mereka membentuk kerajaan negeri Sabah dengan bertanding lebih separuh kerusi daripada 60 kerusi yang disediakan.
Pakatan Pembangkang Sabah hadapi krisis kepimpinan serius..Ketidaksepakatan Parti Pembangkang Di Sabah Jadi Bahan Ketawa
ReplyDeleteSanggupkah SAPP oiiii??? Sebenarnya SAPP akan menjadi tunggangan PR jak untuk mencapai hasrat kotor PR tersebut. Nampaknya Yong Teck Lee akan dicop sebagai penderhaka kepada rakyat Sabah lah tu.
Pakatan Pembangkang Sabah hadapi krisis kepimpinan serius..Ketidaksepakatan Parti Pembangkang Di Sabah Jadi Bahan Ketawa
ReplyDeletePengerusi DAP Sabah Jimmy Wong mengesahkan bahawa rundingan kerusi antara DAP, PKR dan PAS masih belum dimuktamadkan. Katanya, rundingan masih belum selesai kerana terdapat 20 kerusi negeri dan tujuh kerusi Parlimen yang masih menjadi rebutan. Rundingan dengan parti pembangkang tempatan, kata beliau, masih belum gagal walaupun dihangatkan melalui media.
Pakatan Pembangkang Sabah hadapi krisis kepimpinan serius..Ketidaksepakatan Parti Pembangkang Di Sabah Jadi Bahan Ketawa
ReplyDelete“Pintu sentiasa terbuka,” katanya. “Tetapi syarat kami mudah... mereka perlu sertai Pakatan Rakyat. Mereka perlu bersatu jadi kita boleh menjadi satu pasukan... bukan dua.”
Hancur Sabah dengan percaturan parti pembangkang ini!!!!