Oleh: Borneo Bullet
Pemberian rebat RM200 yang ditawarkan kepada belia bagi pembelian telefon mudah alih pintar telah disalah-ertikan oleh penyokong-penyokong pembangkang kononnya pemberian bantuan itu hanya menguntungkan para peniaga. Entah kenapa mereka takut sangat bila kerajaan menghulurkan bantuan kepada belia sedangkan sudah terbukti selama ini kerajaan BN tidak pernah mengabaikan rakyat di semua peringat umur.
Sebaik-baiknya, penyokong-penyokong pembangkang patut membaca semula intipati belanjawan 2013 supaya pengetahuan mereka berkenaan dengan bantuan-bantuan kerajaan tidak terhad kepada rebat rm200 dan BR1M sahaja.
Serangan bertubi-tubi para pemimpin dan penyokong-penyokong pembangkang berkenaan dengan bantuan-bantuan yang hendak diberikan kerajaan kepada rakyat membuktikan bahawa pembangkang benar-benar merasai betapa rapuhnya "kapal" mereka untuk terus melawan arus PRU13. Hinggakan bantuan yang terang lagi bersuluh bakal mendatangkan manfaat kepada belia/rakyat sanggup diputar-belit bagi memperlihatkan betapa jijiknya bantuan yang hendak diberikan kerajaan kepada rakyat.
Bagi menjawab tuduhan penyokong-penyokong pembangkang kononnya rebat RM200 ini hanya menguntungkan para peniaga, ikuti kenyataan Datuk Dr Rais Yatim seperti dibawah;
"Sebuah panel khas diwujudkan bagi menentukan nisbah harga telefon mudah alih pintar bagi mengelak penjual mengaut keuntungan secara berlebihan.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, panel itu, yang dianggotai syarikat telekomunikasi dan SuruhanjayaKomunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), akan menentukan serta mengambil tindakan sepatutnya terhadap pihak tertentu yang cuba mengaut keuntungan.
"Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan juga akan memantau bersama panel itu untuk mengawal harga telefon mudah alih pintar itu," katanya ketika diminta mengulas mengenai rebat RM200 yang ditawarkan kepada belia." - mStar
Rakyat tidak perlu terpengaruh dengan hasutan pembangkang yang tentunya mahu melihat rakyat sentiasa berada dalam kesusahan bagi membolehkan mereka terus mencipta pelbagai isu untuk dijadikan bahan politik. Apa yang sudah disediakan oleh kerajaan, manfaatkan sebaik-baiknya. Sesungguhnya kemampuan kerajaan memberikan bantuan seperti ini membuktikan bahawa kerajaan BN bukan sahaja mampu menunaikan janji malah mampu meringankan beban rakyat, dan yang paling penting sekali ialah kerajaan BN mampu mengurus ekonomi negara dengan cekap sehingga hasil daripada kecekapan itu dapat dikongsi bersama dengan rakyat.
segeralah memohon rebat telefon pintar ini.
ReplyDeleteMemang banyak keistimewaan yang diperoleh oleh golongan belia dalam bajet 2013 ni.
ReplyDeleteGolongan belia manfaatkan pemberian kerajaan sebaiknya.
ReplyDeletePerdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata sebarang peruntukan dan bantuan yang diberi oleh kerajaan tidak seharusnya dilihat sebagai menguntungkan satu pihak sahaja, memandangkan kerajaan akan membantu mereka yang patut dibantu tanpa mengira bangsa atau agama.
ReplyDelete“Kita juga perlu melihat bahawa penglibatan kita dan apa-apa yang kita beri pertolongan itu tidak seharusnya dianggap sebagai menguntungkan satu pihak sahaja.
Delete“Di Malaysia, pada dasarnya kita mempunyai kekayaan dan sumber yang cukup untuk kami mewujudkan dasar yang adil, saksama dan inklusif,” katanya
DeleteNajib berkata rakyat juga tidak seharusnya melihat keadilan sosial dalam lingkungan kontek kerangka minda yang berlandaskan kepada perspektif yang menguntungkan satu pihak.
Delete“Jika kita berpegang kepada perspektif yang menguntungkan satu pihak, ini bermakna kita tidak boleh menentukan sendiri rakyat yang patut menerima bantuan. Sebagai contoh, kami mahu membasmi kemiskinan, dan ada dalam kalangan orang Melayu, Cina serta Kadazan yang miskin.
Delete“Kami mahu membantu kalangan yang berpendapatan rendah dan mereka yang memerlukan bantuan tanpa mengira sama ada daripada kaum Melayu, Cina atau lain-lain.
Delete“Sebab itulah apabila kami memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), kami beri kepada semua kaum, kriterianya ialah mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah, kami akan bantu dan kami membantu setiap rakyat Malaysia yang patut menerima bantuan,” katanya.
Deletekerajaan BN bantu rakyat, manakala pembangkang minta duit rakyat kononnya untuk tabung parti.. kalau benar pembangkang miskin, bagaimana mereka boleh memiliki jentera kempen yang mewah2?
ReplyDelete