Friday, January 18, 2013

Biar RCI selesaikan siasatan

KUALA LUMPUR : Semua pihak perlu meneliti keseluruhan siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap masalah pendatang tanpa izin di Sabah sebelum membuat sebarang kesimpulan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata semua pihak tidak boleh membuat kesimpulan awal dengan hanya mendengar keterangan saksi yang telah memberi kenyataan dalam RCI.

Beliau berkata sehingga kini terdapat 160 orang lagi saksi yang belum memberi keterangan dan kredibiliti setiap saksi juga perlu dinilai.

"Justeru, penilaian perlu dibuat secara menyeluruh. Jangan polemikkan sesuatu tanpa mendapat pengesahan terlebih dahulu," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian ekstradisi antara Malaysia dan Korea Selatan, di sini hari Khamis.

Perjanjian itu ditandatangani Hishammuddin dan Menteri Kehakiman Korea Selatan Kwon Jae Jin.

Isnin lalu, RCI memulakan pendengaran awam di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, Sabah yang dianggotai lima ahli panel dan diketuai bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong.

Terma penyiasatan RCI antara lain ialah jumlah pendatang di Sabah yang telah mendapat kad pengenalan biru atau kewarganegaraan, sama ada pengeluaran kad pengenalan atau kewarganegaraan di Sabah adalah selaras mengikut undang-undang, sama ada pendatang yang memiliki kad pengenalan biru atau resit pengenalan sementara (biru) kewarganegaraan secara tidak mengikut undang-undang didaftarkan sebagai pengundi, dan sebab-sebab peningkatan jumlah penduduk Sabah. Bernama

6 comments:

  1. beri laluan kepada RCI, tak perlu buat kesimpulan sendiri selagi belum ada kata putus dari RCI.

    ReplyDelete
  2. PEMBANGKANG SEBENARNYA MEMPUNYAI NIAT JIJIK IAITU TIDAK MAHU RCI MENYELESAIKAN MASALAH DI SABAH.. BAGI MEREKA, PENUBUHAN RCI HANYA LAYAK DIJADIKAN MODAL POLITIK

    Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak berpendapat pakatan pembangkang yang diketuai bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bimbang terhadap kemungkinan kerajaan Barisan Nasional (BN) menyelesaikan isu pendatang tanpa izin di Sabah, buat selama-lamanya.

    ReplyDelete
  3. PEMBANGKANG SEBENARNYA MEMPUNYAI NIAT JIJIK IAITU TIDAK MAHU RCI MENYELESAIKAN MASALAH DI SABAH.. BAGI MEREKA, PENUBUHAN RCI HANYA LAYAK DIJADIKAN MODAL POLITIK

    Menggambarkan pembangkang sebagai oportunis, beliau berkata pembangkang cuma memanipulasi dan mengambil kesempatan daripada keadaan itu demi kepentingan politik dan mencampuri tugas Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di negeri ini.

    ReplyDelete
  4. PEMBANGKANG SEBENARNYA MEMPUNYAI NIAT JIJIK IAITU TIDAK MAHU RCI MENYELESAIKAN MASALAH DI SABAH.. BAGI MEREKA, PENUBUHAN RCI HANYA LAYAK DIJADIKAN MODAL POLITIK

    “...yang nyata, Pakatan (pembangkang) bimbang bahawa BN akan menyelesaikan isu pendatang tanpa izin di Sabah. Sebab itulah mereka mempolitikkan isu ini. Mereka tidak mahu panel RCI menyelesaikan tugas mereka dan menggunakan kenyataan daripada bekas tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) untuk meremehkan keputusan suruhanjaya berkenaan.

    ReplyDelete
  5. PEMBANGKANG SEBENARNYA MEMPUNYAI NIAT JIJIK IAITU TIDAK MAHU RCI MENYELESAIKAN MASALAH DI SABAH.. BAGI MEREKA, PENUBUHAN RCI HANYA LAYAK DIJADIKAN MODAL POLITIK

    Salleh, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah dan Speaker Dewan Undangan Negeri, diminta mengulas forum bermaksud membincangkan RCI anjuran sebuah parti pembangkang di sini kelmarin.

    ReplyDelete
  6. PEMBANGKANG SEBENARNYA MEMPUNYAI NIAT JIJIK IAITU TIDAK MAHU RCI MENYELESAIKAN MASALAH DI SABAH.. BAGI MEREKA, PENUBUHAN RCI HANYA LAYAK DIJADIKAN MODAL POLITIK

    Beliau mengulangi bahawa kerajaan BN bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan sama sekali masalah pendatang asing di Sabah yang tiada kesudahannya. “Jika mereka ikhlas untuk menyelesaikan masalah ini, mereka sepatutnya menyokong RCI untuk menyiapkan tugasnya,” katanya.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.