Tuesday, January 22, 2013

NGO tuntut Lajim Jelaskan isu RM50,000 beli "Surat Cinta"

Kota Kinabalu: Pakatan NGO Pro BN sekali lagi menggesa MP Beaufort Datuk Lajim Hj Ukin menjelaskan bagaimana beliau memiliki RM50,000 untuk membeli "surat cinta" Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu lelongan, tidak lama dulu.

Presidennya, Zulkarnain Mahdar membuat gesaan itu hanya beberapa hari selepas membuat laporan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pembelian itu.

Rabu lepas, beliau berkata sebagai seorang figura masyarakat, Lajim harus dapat menjelaskan perkara itu, khususnya jika pembelian itu dibuat menggunakan wang pembayar cukai.

"Jika Lajim adalah seorang ahli perniagaan, maka perkara mengenai bagaimana dia membelanjakan wangnya terpulang kepadanya sendiri," katanya.

Surat itu dibeli oleh Lajim dalam satu lelongan menggumpul dana dalam Majlis Makan Malam Perdana Pakatan Rakyat di Shah Alam, pada 29 September tahun lepas, yang mengandungi mesej pemimpin pembangkang, Anwar, kepada isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah, ketika dia berada dalam penjara.

Zulkarnain berkata dia juga telah mengeluarkan surat kepada Anwar, yang juga penasihat Parti Keadilan menuntut beliau memulangkan wang itu, yang beliau kata dapat dimanfaatkan, jika ia dapat dibelanjakan untuk penduduk di Beaufort.

Katanya, wang itu akan dibelanjakan dengan baik jika ia diberikan kepada mereka yang memerlukan. Katanya, pembelian itu tidak harus dibuat oleh mana-mana wakil dipilih, sekalipun "surat cinta" itu mempunyai nilai sentimental.

Zulkarnain juga berkata beliau juga akan melancarkan tindakan serupa terhadap mana-mana pemimpin Barisan Nasional jika didapati telah menyalahguna mana-mana dana.

Daily Express 22.01.2013

19 comments:

  1. Di sebalik insiden pengkhianatan Lajim Ukin, memang merasa cukup bersyukur bila direnung tentang hikmah yang tersirat di mana akan berkuranglah seorang pemimpin yang boleh dikatakan tidak ikhlas di dalam perjuangan UMNO.

    ReplyDelete
  2. Inilah masanya kita mahu menilai dan melihat tentang siapa kawan dan siapa lawan, siapa setia dan siapa pengkhianat, siapa ikhlas dan siapa berkepentingan, serta siapa yang benar-benar bersama UMNO/BN dan siapa yang benar-benar “musuh di dalam selimut”!

    ReplyDelete
  3. Seseorang yang bersifat “oppoturnis”, khianat, tidak ikhlas, tidak tetap pendirian dan tidak setia pada perjuangan tidak layak untuk berada di dalam UMNO, apatah lagi berjawatan besar dan menjadi pemimpin UMNO Bahagian atau kabinet Kerajaan.

    ReplyDelete
  4. Justeru itu, tindakan Lajim Ukin itu sekurang-kurangnya akan mengurangkan lagi bilangan pengkhianat yang sedang bersembunyi di dalam UMNO dan merosakkan parti keramat itu dari dalam.

    ReplyDelete
  5. UMNO selama ini cuma dikotorkan oleh para pemimpinnya yang tidak berguna serta merosakkan seperti Anwar Ibrahim, Lajim Ukin dan ahli-ahli PKR yang dulu merupakan golongan yang kecewa dan opportunis selain mempunyai kepentingan agenda diri sendiri di dalam perjuangan mereka.

    ReplyDelete
  6. Lajim keluar parti tidak pun menggugat perjuangan BN/UMNO.

    ReplyDelete
  7. Salahlaku Lajim akan dibawa bersama walaupun telah keluar parti.

    ReplyDelete
  8. membazir saja beli begitu mahal untuk surat cinta tak berguna mcm tu.

    ReplyDelete
  9. Bagi meraih simpati rakyat Malaysia kononnya Pakatan Pembangkang ‘TIDAK’ mempunyai dana untuk menghadapi PRU-13, Nik Aziz dan Anwar Ibrahim telah mengadakan lelongan barangan peribadi kepada ahli-ahli Pakatan Pembangkang. Hasil penjualan lelongan barangan peribadi kedua-dua pemimpin Pakatan Pembangkang itu nanti akan digunakan untuk membiayai kempen Pakatan Pembangkang yang dijadualkan tidak lama lagi.

    ReplyDelete
  10. Aktiviti lelongan itu hanyalah gimik politik kononnya Pakatan Pembangkang tidak mempunyai sumber kewangan dalam membiayai kempen politik mereka walhal dana yang diteri daripada George Soros sebelum ini masih disimpan untuk kegunaan PRU-13. Tujuan mereka mengadakan lelongan hanyalah untuk meraih simpati.

    ReplyDelete
  11. Malaysiakini, SUARAM dan Pakatan Pembangkang menerima dana daripada NED yang merupakan NGO antarabangsa yang dibiayai George Soros, penyagak mata wang antarabangsa yang pernah melumpuhkan ekonomi Malaysia pada tahun 1997.

    ReplyDelete
  12. Dalam lelongan itu, Lajim Ukim, bekas pemimpin UMNO Sabah yang telah keluar parti pada Ogos lepas telah ‘dipaksa’ untuk membeli surat cinta Anwar Ibrahim yang ditulisnya kepada Wan Azizah sewaktu berada di dalam penjara dahulu dengan nilai RM50,000.

    ReplyDelete
  13. Selain surat cinta Anwar Ibrahim, turut dilelong ialah tongkat Nik Aziz yang pernah digunakan sewaktu sakit belakang selepas menjalani pembedahan dengan nilai RM12,000. Juga, lukisan yang dilukis Kartunis Zunar yang bertajuk 'Kuasa Rakyat' yang dibeli dengan harga RM32,000.

    ReplyDelete
  14. DAP tidak ketinggalan dalam lelongan itu apabila Lim Guan Eng menjual pen yang pernah digunakan sewaktu di dalam penjara dengan harga RM23,000. Pen tersebut telah dibeli oleh rakannya dari Selangor, Roniie Liu hasil daripada wang kelab malam dan rumah urut.

    ReplyDelete
  15. Manakala, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang tidak ketinggalan dalam melelong barangan peribadinya apabila menjual gambar dan terendak dengan harga RM17,000. Barangan tersebut berjaya dijual kepada Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS Selangor, Sri Jalaraman.

    ReplyDelete
  16. Begitu juga barangan dan gambar milik Datuk Fadzil Nor, bekas Presiden PAS yang berjaya dilelong dengan harga RM11,000, gambar asal graduasi Syed Husin Ali (RM15,000) dan poster filem Karpal Singh (RM12,000).

    ReplyDelete
  17. Secara keseluruhannya, Pakatan Pembangkang telah berjaya mengumpul lebih RM200,000 termasuk hasil jualan meja sebanyak RM22,000.

    ReplyDelete
  18. Ternyata, pemimpin Pakatan Pembangkang telah menggunakan wang yang diperuntukan kepada mereka untuk membangunkan kawasan DUN dan Parlimen digunakan untuk membeli barangan lelongan itu. Apakah gaji atau elaun Yang Berhormat ‘mampu’ untuk membeli barangan tersebut?

    ReplyDelete
  19. Selama ini mereka kononnya memperjuangkan ‘wang rakyat’, tetapi kini merekalah yang membazirkan ‘wang rakyat’ untuk keperluan yang tidak berfaedah.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.