Friday, January 25, 2013

Pembangkang tidak mahu panel RCI selesaikan tugas

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak berpendapat pakatan pembangkang yang diketuai bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bimbang terhadap kemungkinan kerajaan Barisan Nasional (BN) menyelesaikan isu pendatang tanpa izin di Sabah, buat selama-lamanya. 

Menggambarkan pembangkang sebagai oportunis, beliau berkata pembangkang cuma memanipulasi dan mengambil kesempatan daripada keadaan itu demi kepentingan politik dan mencampuri tugas Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di negeri ini. 

“...yang nyata, Pakatan (pembangkang) bimbang bahawa BN akan menyelesaikan isu pendatang tanpa izin di Sabah. Sebab itulah mereka mempolitikkan isu ini. Mereka tidak mahu panel RCI menyelesaikan tugas mereka dan menggunakan kenyataan daripada bekas tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) untuk meremehkan keputusan suruhanjaya berkenaan. 

“Strategi utama mereka adalah untuk membabitkan Umno,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri sambutan Maulidur Rasul di sini kelmarin. 

Salleh, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah dan Speaker Dewan Undangan Negeri, diminta mengulas forum bermaksud membincangkan RCI anjuran sebuah parti pembangkang di sini kelmarin. 

Beliau mengulangi bahawa kerajaan BN bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan sama sekali masalah pendatang asing di Sabah yang tiada kesudahannya. 

“Jika mereka ikhlas untuk menyelesaikan masalah ini, mereka sepatutnya menyokong RCI untuk menyiapkan tugasnya,” katanya. - New Sabah Times

30 comments:

  1. jika benar 'Projek IC' untuk membolehkan rakyat asing mengundi BN berlaku sekitar 1990-1995 ini bermakna ia berlaku selepas 20 tahun ketibaan pelarian Filipina ke Sabah.

    ReplyDelete
  2. Bagi menyokong hujah bahawa pemberian kerakyatan kepada pelarian Filipina berlaku selepas 20 tahun keberadaan mereka di Sabah kita perlu meneliti keterangan saksi ke-4 (SP4) iaitu Dr. Mokhtar Yassin Bin Ajam.

    ReplyDelete
  3. SP4 Dr. Mokhtar Yassin memberitahu bahawa sekitar tahun 1970 an, kerajaan negeri Sabah berhadapan dengan masalah kebanjiran pelarian Filipina sehingga kerajaan memutuskan untuk menubuhkan Unit Penempatan Khusus untuk menguruskan kebajikan pelarian.

    ReplyDelete
  4. Dalam keterangan saksi SP4 juga, Suruhanjaya dimaklumkan sebelum wujudkan Penempatan Khsus untuk menguruskan masalah pelarian sekitar 1972-1976 terdapat agensi seperti UNHCR dan Palang Merah turut terlibat dalam menguruskan masalah pelarian.

    ReplyDelete
  5. Selepas itu keterangan kita perlu merujuk kepada keterangan saksi ke-5 (SP5) Dato Suhaimi, Pengarah Pasukan Tugas Khas (Task Force) iaitu sebuah pasukan yang ditubuhkan oleh MKN pada 4 April 1989 atas permintaan kerajaan Negeri Sabah bertujuan mengurus, mengenal pasti, menjaga kebajikan selain menahan dan mengusir pendatang asing di Sabah.

    ReplyDelete
  6. Dalam keterangan Dato Suhaimi, saksi memberitahu bahawa berdasarkan rekod Task Force seramai 446,173 pendatang asing telah diusir dari Sabah sejak tahun 1990 hingga kini.

    ReplyDelete
  7. Bukankah angka itu menunjukkan kerajaan komited mengatasi masalah kebanjiran pendatang asing di Sabah?

    Jika benar dakwaan Nasir Sungip dan bekas Ketua Pengarah JPN Yaakup Damsah bahawa pada tahun 1992-1995 seramai 16,000 dokumen kerakyatan diberikan kepada pelarian asing dari Filipina antaranya bekas pejuang Moro sebagaimana disensasikan media pembangkang.

    ReplyDelete
  8. Bermakna pelarian-pelarian ini diberikan kerakyatan selepas 20 tahun mereka tiba dan tinggal di Malaysia. Itu pun bukan semua daripada mereka berstatus warganegara sebaliknya status mereka hanyalah penduduk tetap.

    ReplyDelete
  9. Walaupun prosiding RCI di Mahkamah Tinggi Sabah baru selesai pusing pertama, media PR bijak memainkan peranan mereka dengan mensensasikan kenyataan yang dilihat memberi keuntungan kepada mereka.

    ReplyDelete
  10. Sebagai contoh malaysiakini hanya menghebahkan kenyataan dua orang dari India yang kononnya mendapat kerakyatan selepas dua tahun tiba di Sabah, tetapi tidak mengembar-gemburkan kenyataan daripada bekas pejuang Moro.

    ReplyDelete
  11. Malah pengusiran seramai lebih 400,000 warga asing sejak tahun 1990 hingga sekarang juga tidak dihebahkan media-media pro pembangkang.

    ReplyDelete
  12. Bukankah jelas media-media PR bias dan berat sebelah dalam melaporkan isu dan perkembangan terkini prosiding Suruhanjaya di Raja berhubung 'Projek IC' di Sabah?

    Adakah laporan bias ini bertujuan membangkitkan sentimen rakyat Sabah memandangkan Sabah dianggap 'simpanan tetap' untuk kerajaan BN?

    ReplyDelete
  13. Malah media pro pembangkang juga tidak melaporkan tentang keterangan saksi antarabangsa iaitu saksi ke-20 (SP20) Paul Alan Vernon yang juga merupakan Country Director United Nation High Commisioner Refugees (UNHCR).

    ReplyDelete
  14. nampaknya ada usaha pembangkang nk mengagalkan RCI.

    ReplyDelete
  15. RCI SABAH: JANGAN MUDAH TERPERANGKAP DENGAN MEMPERCAYAI SUMBER YANG BELUM TENTU SAHIH

    Rakyat Malaysia samada di Semenanjung mahupun Sabah dan Sarawak perlu menunggu hasil siasatan dari Suruhanjaya Siasatan Diraja sebelum membuat apa-apa spekulasi dan kesimpulan mengenai motif di sebalik pemberian kad pengenalan Malaysia kepada pendatang asing pada masa lampau. Ini bagi membolehkan rakyat mendapat gambaran jelas tentang apa sebenarnya berlaku.

    ReplyDelete
  16. RCI SABAH: JANGAN MUDAH TERPERANGKAP DENGAN MEMPERCAYAI SUMBER YANG BELUM TENTU SAHIH

    Sekiranya testimoni dari sesetengah pihak diterima bulat-bulat sebagai perkara sebenar, kita mungkin terperangkap dengan mempercayai sumber yang belum tentu sahih daripada satu hakikat kebenaran yang rumit.

    ReplyDelete
  17. RCI SABAH: JANGAN MUDAH TERPERANGKAP DENGAN MEMPERCAYAI SUMBER YANG BELUM TENTU SAHIH

    Lagipun, kenyataan oleh beberapa saksi pada hari ketiga siasatan telah disangkal oleh testimoni berikutnya pada hari keempat dan kelima. Perkara sebegini merupakan kebiasaan dalam siasatan yang dikendalikan secara terbuka dan berhemah.

    ReplyDelete
  18. RCI SABAH: JANGAN MUDAH TERPERANGKAP DENGAN MEMPERCAYAI SUMBER YANG BELUM TENTU SAHIH

    Kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak telah mengambil langkah berani dengan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat isu kontroversi yang telah menjadi perbalahan dalam politik di Sabah selama lebih dari tiga dekad.

    ReplyDelete
  19. RCI SABAH: JANGAN MUDAH TERPERANGKAP DENGAN MEMPERCAYAI SUMBER YANG BELUM TENTU SAHIH

    Langkah ini menunjukkan kesediaan Kerajaan untuk menerima kebenaran tanpa mengira implikasi yang bakal ditimbulkan. Kebenaran yang bakal terungkai dari hasil siasatan ini akan membebaskan penduduk Sabah yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama dari keraguan dan syak wasangka yang telah menjadi duri dalam daging kepada hubungan etnik di Sabah.

    ReplyDelete
  20. RCI SABAH: JANGAN MUDAH TERPERANGKAP DENGAN MEMPERCAYAI SUMBER YANG BELUM TENTU SAHIH

    Namun demikian, dalam konteks ini, rakyat tidak seharusnya terlepas pandang mengenai satu aspek kritikal dalam pemberian hak kerakyatan kepada warga asing; iaitu sejumlah besar daripada pendatang asing yang memegang kad pengenalan merupakan mangsa perang berlarutan di Mindanao yang telah melarikan diri dari tempat asal untuk berlindung di Sabah sejak tahun 70-an.

    ReplyDelete
  21. RCI SABAH: JANGAN MUDAH TERPERANGKAP DENGAN MEMPERCAYAI SUMBER YANG BELUM TENTU SAHIH

    Aspek kemanusiaan ini merupakan pertimbangan utama dalam pemberian hak kerakyatan, terutamanya untuk negara seperti Malaysia, sebuah negara yang berpegang teguh kepada keadilan dan berbelas kasihan.

    ReplyDelete
  22. RCI SABAH: JANGAN MUDAH TERPERANGKAP DENGAN MEMPERCAYAI SUMBER YANG BELUM TENTU SAHIH

    Menyorot kembali sejarah kemerdekaan negara pada tahun 1957, sejumlah satu juta penduduk Cina dan India yang bermastautin di Malaya telah diberi kerakyatan dalam sekelip mata. Ini berasaskan beberapa faktor tertentu seperti peranan dan kepentingan mereka dalam sektor ekonomi iaitu getah dan bijih timah, ancaman pemberontak komunis dan yang paling utama ialah perpaduan kaum yang telah disyaratkan oleh British untuk Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

    ReplyDelete
  23. RCI SABAH: JANGAN MUDAH TERPERANGKAP DENGAN MEMPERCAYAI SUMBER YANG BELUM TENTU SAHIH

    Sebagaimana pandangan dari Tun Dr. Mahathir Mohamad, kepimpinan UMNO pada masa tersebut juga telah bersedia untuk mengenepikan pemberian hak kerakyatan secara konvensional dalam usaha untuk menarik semua penduduk Tanah Melayu untuk turut sama memperjuangkan kemerdekaan.

    ReplyDelete
  24. RCI SABAH: JANGAN MUDAH TERPERANGKAP DENGAN MEMPERCAYAI SUMBER YANG BELUM TENTU SAHIH

    Pendekatan ini amat berbeza dengan kepemimpinan negara berbilang kaum lain dimana dikotomi atau pengasingan telah wujud di antara pribumi dan bukan pribumi hasil dari pemerintahan penjajah seperti Indonesia dan Myanmar. Di negara-negara seperti itu, peraturan pemberian kerakyatan amat ketat bagi memastikan asimilasi antara komponen kaum yang wujud.

    ReplyDelete
  25. RCI SABAH: JANGAN MUDAH TERPERANGKAP DENGAN MEMPERCAYAI SUMBER YANG BELUM TENTU SAHIH

    Sebaliknya di Malaysia, pemberian hak kerakyatan kepada kaum bukan Melayu dan bukan Bumiputera telah mengubah lanskap negara sama sekali. Tanah Melayu yang telah wujud melalui Kesultanan Melayu sejak berkurun lamanya kini cumalah satu komuniti kaum Melayu di dalam pelbagai komuniti kaum lain yang wujud dalam negara.

    ReplyDelete
  26. RCI SABAH: JANGAN MUDAH TERPERANGKAP DENGAN MEMPERCAYAI SUMBER YANG BELUM TENTU SAHIH

    Dalam erti kata lain, pemberian hak kerakyatan secara mudah kepada orang Cina dan India telah mengubah sifat dan ciri utama pembangunan negara. Disebabkan inilah, cabaran terbesar negara sejak 55 tahun yang lalu adalah menyesuaikan hak orang Melayu yang merupakan penduduk asal Tanah Melayu dengan kepentingan bukan Melayu melalui integrasi kaum memandangkan kesemuanya merupakan rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  27. RCI SABAH: JANGAN MUDAH TERPERANGKAP DENGAN MEMPERCAYAI SUMBER YANG BELUM TENTU SAHIH

    Jika dilihat dari satu sudut, perkara yang sama juga berlaku di Sabah, di mana penduduk Sabah turut melalui satu perubahan akibat dari pemberian hak kerakyatan kepada pelarian daripada negara jiran.

    ReplyDelete
  28. RCI SABAH: JANGAN MUDAH TERPERANGKAP DENGAN MEMPERCAYAI SUMBER YANG BELUM TENTU SAHIH

    Kaum Bumiputra bukan Islam yang merupakan kaum terbesar di Sabah sewaktu pembentukan Malaysia pada tahun 1963, telah hilang majoritinya kepada Bumiputra Islam. Keadaan ini telah menimbulkan perasaan bimbang dan runsing penduduk yang terdiridari kalangan pelbagai kaum dan situasi ini haruslah ditangani dengan bijak dan berempati.

    ReplyDelete
  29. RCI SABAH: JANGAN MUDAH TERPERANGKAP DENGAN MEMPERCAYAI SUMBER YANG BELUM TENTU SAHIH

    Menyeimbang dan mengharmonikan kepentingan kedua segmen Islam dan bukan Islam serta elemen Bumiputra dalam perkara ini memerlukan ketangkasan dan kebijaksanaan kepimpinan negara.

    ReplyDelete
  30. RCI SABAH: JANGAN MUDAH TERPERANGKAP DENGAN MEMPERCAYAI SUMBER YANG BELUM TENTU SAHIH

    Dalam perkara ini, negeri Sabah amat beruntung kerana mempunyai tokoh pemimpin seperti Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang dikenali kerana kematangan fikiran beliau dan pengalaman politik yang luas telah berjaya mengekalkan keharmonian kaum dan agama di Sabah.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.