Sunday, January 6, 2013

Apa guna berjanji kalau tidak boleh ditepati!

Oleh: Shaimon S Jumadi (Sabahkini)
 
KUMPULAN pembangkang ibarat lirik dalam satu lagu klasik popular 'Apa guna berjanji kalau tidak boleh ditepati' (dedikasi buat Lajim dan Anwar) kerana pimpinannya asyik menjanjikan bulan dan bintang tanpa menyedari janji-janji mereka jauh sekali daripada tertunai.

Pembangkang boleh diibaratkan sedemikian rupa memandangkan halatuju mereka tidak menentu; manakan pula mampu menunaikan sesuatu janji yang sukar, apatah lagi rakyat kini semakin matang berpolitik.

Pembangkang juga terbukti hanya pandai berkata-kata apabila masuk kampung dan keluar kampung seperti 'penjual ubat' tanpa memikirkan apa jua bentuk dakyah, mahu pun tohmahan yang dilemparkan belum tentu mempengaruhi rakyat.

"Rakyat sudah matang berpolitik dan tidak mudah terpengaruh memandangkan pembangkang yang hanya tahu bercakap sahaja; belum tentu mereka dapat menentukan kehidupan rakyat yang lebih selesa seperti dilaksanakan kerajaan sedia ada iaitu Barisan Nasional atau BN.

"BN terbukti sebagai sebuah kerajaan yang menepati janjinya apabila pelbagai limpahan pembangunan dari segi kemudahan asas dan infrastruktur sehinggalah kepada usaha menyediakan taraf pendidikan yang lebih baik dan bermutu ke arah melahirkan modal insan,” Kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Hj Aman.

"Saya yakin kepercayaan rakyat terhadap BN tidak pernah berbelah-bahagi kerana perjuangan kita tiada nokhtahnya. Kuasa yang ada adalah semata-mata bagi memakmur dan sekali gus memberikan keselesaan hidup kepada seluruh rakyat jelata di negeri ini.

"Sesiapa pun tidak akan terpinggir termasuk rakyat yang tinggal di kawasan luar bandar akan menikmati pembangunan yang dirancangkan menerusi konsep 'Janji Ditepati' seperti diilhamkan oleh Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak," jelasnya.

Musa menyatakan demikian ketika berucap di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Daerah Mengundi Nunuyan yang diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Pulau Nunuyan Laut, dekat sini, kelmarin.

Menteri Kewangan merangkap Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri itu turut meminta rakyat terutama ahli-ahli Umno supaya memperkemaskan jentera parti; termasuk mengenal pasti sebarang bentuk kelemahan khususnya di peringkat akar umbi.

Tambahnya, ia penting bagi membolehkan kekuatan parti tidak akan mudah dibolosi apatah lagi pembangkang kini berusaha menggugat BN dengan melempar dakyah-dakyah yang tidak berasas.

Kata beliau, pembangkang sanggup berbuat demikian kerana tiada cara lain melainkan hanya mendakwa kerajaan semata-mata untuk menarik sokongan rakyat.

27 comments:

  1. setiap janji harus ditepati.

    ReplyDelete
  2. Itulah yang menjadi masalah dengan pembangkang yang hanya tahu menabur janji untuk kepentingan sendiri.

    ReplyDelete
  3. tahu sudah pembangkang begini maka perlulah kita tolong pembangkang. Terutama sekali adalah PR.

    ReplyDelete
  4. Pembangkang hanya sibuk mempengaruhi pemimpin BN yang tamak untuk melompat, sementara Najib sibuk mengenal pasti pembangunan rakyat, dan ada ura-ura melalui Bajet 2013 ada peruntukan tambahan bagi setiap wakil rakyat BN.

    ReplyDelete
  5. Apabila mendengar bahawa Najib akan memberi peruntukan tambahan bagi setiap kawasan yang di wakili BN, pembangkang memandangnya secara sinis, sambil mendakwa bahawa wang tidak akan mampu mengubah pendirian rakyat.

    ReplyDelete
  6. Sebenarnya pembangkang berfikiran jumud dan tidak ikhlas.. di lain pihak mereka mahu merampas kerajaan daripada BN, apa kah bila mereka berjaya, pembangunan rakyat akan diketepikan? berasaskan kepada cemohan mereka terhadap peruntukan yang disalurankan BN untuk membangun rakyat; mereka sebenarnya hanya mahu berkuasa untuk untuk kepentingan diri sendiri, bukannya membangun rakyat.

    ReplyDelete
  7. Rakyat perlu celik membaca matalamat Pembangkang terutama Anwar. Anwar pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri, melalui jawatan itu, beliau menjadi maha jutawan.

    ReplyDelete
  8. Anwar mahu mengulangi kedudukannya yang telah hilang itu, atas sebab itu, beliau melakukan berbagai cara untuk kembali.

    ReplyDelete
  9. Percayalah, kalau Anwar dan konco-konconya kembali, malapetaka akan melanda negara ini.

    ReplyDelete
  10. Satu imbasan fakta, semasa krisis kewangan tahun 1997, semasa Anwar masih Menteri Kewangan, begitu banyak syarikat dan ahli perniagaan jatuh muflis, kerana tindakan Anwar menaikan bunga bank dan tempoh Non Performing Loan (NPL) dipendekan daripada enam bulan kepada tiga bulan.

    ReplyDelete
  11. Semasa krisis kewangan itu, negara hampir muflis, syukur kerana Tun Dr Mahathir sempat bertindak dan menyelamatkan ahli-ahli perniagaan dan negara melalui kawalan mata wang.

    ReplyDelete
  12. Kini, Anwar menjaja ke sana ke mari, kalau Pakatan Rakyat berjaya merampas Putrajaya, CASH COW negara, Petronas akan dipergunakan sepenuhnya antaranya untuk mengwujudkan pendidikan percuma sehingga ke peringkat universiti yang memerlukan perbelanjaan lebih 43 bilion ringgit, menurutkan harga minyak, walaupun subsidi berat perlu dilakukan, menghapuskan tol lebuhraya dan menggunakan wang negara membayarnya (sedangkan hanya sebahagian rakyat sahaja menggunakan lebuhraya itu).

    ReplyDelete
  13. kalau sudah tau pembangkang hanya janji kosong, buat apa lagi nak sokong?

    ReplyDelete
  14. Anwar lupa, bahawa pendapatan negara selain melalui pendapatan daripada cukai export dan import, juga berpunca daripada sistem percukaian.

    ReplyDelete
  15. Tanpa itu, negara tidak akan mendapat pendapatan. Bersandarkan kepada CASH COW petronas yang hanya mempunyai keuntungan kotor 80 bilion setahun, tidak akan mampu membangun negara yang perlu peruntunkan lebih 200 bilion setahun.

    ReplyDelete
  16. Benarlah, jika Anwar mengambil pendekatan sepertimana reotik dan gimik mereka untuk menipu rakyat demi undi, negara akan muflis.

    ReplyDelete
  17. Yakinlah, semua janji-janji Anwar ada gimik politik, kerana semuanya itu tidak akan boleh dilakukan; kalaupun dilakukan, maka kejadian rusuhan akan berlaku, atas sebab ramai rakyat jatuh miskin.

    ReplyDelete
  18. Apabila keadaan dalam negara tidak stabil, maka terlalu sukar mengwujudkan keamanan, bukti, di Iraq, Mesir, Libya, sehingga kini tiada keamanan, walaupun kerajaan telah bertukar.

    Kepada rakyat jelata yang cinta perdamaian dan kerharmonian, tolaklah Pakatan Pembankang, terutama individu yang bernama Anwar Ibrahim (TIBAI).

    ReplyDelete
  19. Practice what you preach.Janji Ditepati!

    ReplyDelete
  20. "Sia rela elaun dan gaji sia tiada. Apa guna gaji puluhan ribu jika sia tidak dapat bantu rakyat Sabah"? Itulah antara ungkapan Lajim Ukin selepas meninggalkan BN dan menyertai Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
  21. "Apabila Pakatan Rakyat ini menjadi kerajaan, Anwar berjanji akan bagi 20% (royalti minyak) kepada Sabah...... Wilfred Bumburing. Maijol Mahap???.... Tidak tahu apa pula di cakapnya tu. Merapu agaknya.... hahaha....

    ReplyDelete
  22. Inilah hero-hero yang menganggap mereka adalah perjuang negeri Sabah yang sebenar dalam menuntut hak-hak daripada daripada Barisan Nasional. Mereka telah bersekongkol dengan PR semata-mata kononnya untuk mencapai hasrat tersebut.

    ReplyDelete
  23. Tetapi yang peliknya, suatu ketika dahulu, bukan main lagi 'lancangnya' mulut mereka bertiga mengutuk kepimpinan PKR? Tak kah pelik?

    ReplyDelete
  24. Bagi mengetahui sama ada Lajim, Bumburing dan Maijol adalah betul-betul pejuang sebenar negeri Sabah, mari kita test mereka untuk membuat SATU PERKARA berikut :

    ReplyDelete
  25. Kita CABAR mereka sama ada mereka berani atau tidak minta ROYALTI MINYAK sebanyak 50% dan ke atas daripada Pakatan Rakyat dan terus dibuat perjanjian bertulis yang juga boleh dimasukkan dalam Buku Jingga Sabah.

    ReplyDelete
  26. Rakyat Sabah yang sudah termakan janji-jani Lajim, Bumburing dan mungkin Maijol sedang menunggu berita baik tersebut....

    ReplyDelete
  27. Kalaulah mereka tidak dapat melaksanakan tanggung-jawab tersebut, kita boleh labelkan mereka sebagai:

    1. Pengecut
    2. Gila kuasa
    3. "Lembu" tunggangan Anwar Ibrahim
    4. Mahu memecah-belahkan keharmonian Sabah
    5. Mahu mencari publisiti murahan
    6. Ingin menguasai kekayaan Sabah selaras dengan agenda politik peribadi mereka
    7. Tamak.....

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.