Saturday, January 19, 2013

Lajim hanya mahu jadi KM Sabah

Sejak mengumumkan dirinya keluar daripada UMNO, Lajim Ukin tanpa rasa jemu mempromosikan dirinya ke hulu dan ke hilir dalam setiap siri ceramah beliau sambil melaung-laungkan skrip rasmi bahawa dia keluar parti kerana UMNO rasuah dan atas kesedaran itu beliau tampil membela rakyat Sabah yang dikatanya masih mundur dan dianak-tirikan oleh kerajaan BN.

Mainan persepsi seperti ini diserikan lagi dengan sikap suka mendabik dada Lajim Ukin bahawa kononnya beliau sanggup menjadi lilin membakar diri dengan meninggalkan semua kemewahan dan jawatan semata-mata mahu menjadi pembela kepada rakyat jelata. Inilah skrip yang diulang-ulang oleh Lajim Ukin sejak beliau meninggalkan umno dan menyertai pembangkang.

Namun ianya satu percaturan politik yang bijak bagi pemimpin "reject" seperti Lajim Ukin kerana beliau sudah tentu akan dilihat sebagai pemimpin terhebat masa kini dan bakal diberikan perhatian dan keistimewaan yang tinggi oleh ketua umum pembangkang Anwar Ibrahim mengatasi pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain yang jauh lebih senior dari beliau.

Pada malam 16 Jan, satu siri ceramah telah diadakan di Kg Pintas, Beaufort, dimana Lajim Ukin telah mencanangkan kepada hadirin yang seramai 100 orang bahawa dia bakal jadi Ketua Menteri Sabah jika PR menang. Beliau mengumumkan demikian kerana katanya janji Pakatan Rakyat kepada Sabah akan ditunaikan semua, khususnya perlantikannya sebagai Ketua Menteri Sabah atas persetujuan Anwar Ibrahim. Maka dengan ini, terdedahlah niat sebenar Lajim bahawa tujuan beliau menyertai pembangkang bukan untuk membela rakyat atau membawa agenda Sabah, sebaliknya hanya mahu dilantik sebagai ketua Menteri Sabah.

Datuk Lajim Hebat 
BAYANGKAN hanya beberapa bulan keluar daripada Umno, kini Lajim menobatkan dirinya bakal Ketua Menteri Sabah, jika Pakatan Rakyat menang di Sabah pada PRU-13 akan datang. 
Lajim mengunapakai nama Anwar Ibrahim menjajah penobatannya sebagai bakal KM Sabah. Setidak-tidaknya itulah kehebatan Lajim.  
Rupanya dalam Pakatan Rakyat, orang lama seperti Ansari Abdullah, Tamrin Zaini dan ramai lagi, tidak memdapat kepercayaan daripada Anwar, kerana memilih Lajim menjadi boss kepada pemimpin kanan PKR negeri atau Pakatan Rakyat negeri; setidak-tidaknya itulah maksud daripada kenyataan Lajim yang dibawanya ke sana ke mari.
Satu lagi kehebatan Lajim adalah, setiap lawatannya akan diiringi sekurang-kurangnya 70 pengikutnya, maknya, jika tempat yang dituju ada 30 orang, maka kelihatan majlis itu dihdiri 100 orang. 
Rupanya, dakwaan Lajim bahawa dia keluar daripada Umno, kerana kononnya untuk membela rakyat, rupanya hanya gimik, kerana niat sebenarnya adalah mahu jawatan KM. 
Lajim tiada pilihan, kerana dalam Umno sendiri, nama Lajim Ukin bukan lagi winnable candidate, ertinya dia akan direhatkan pada PRU-13, kalau dia masih dalam Umno/Bn... Baca artikel penuh di Suara Rakyat

13 comments:

  1. Lajim mmg sejak dulu gilakan jawatan KM Sabah.

    ReplyDelete
  2. Anwar tawarkan ramai orang jawatan KM Sabah, termasuk Lajim Ukin

    Antara janji yang telah dibuat Anwar Ibrahim untuk Dato Lajim meletakkan jawatan dalam kerajaan pusat dan parti adalah dia ditawarkan jawatan Katua Menteri Sabah.

    ReplyDelete
  3. Anwar tawarkan ramai orang jawatan KM Sabah, termasuk Lajim Ukin

    Namun, ini bukan kali pertama Lajim ditawarkan Anwar jawatan yang sama. Lajim pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri. Ketika Anwar mengatur lompatan pemimpin PBS lompat keluar untuk menumbangkan PBS upada tahun 1994, dia juga ditawarkan jawatan yang sama.

    ReplyDelete
  4. Anwar tawarkan ramai orang jawatan KM Sabah, termasuk Lajim Ukin

    Rahsia sebenar mengapa Lajim Ukin begitu gembira meletakkan semua jawatan (kecuali jawatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan) terbongkar oleh sumber dalaman PKR.

    ReplyDelete
  5. Anwar tawarkan ramai orang jawatan KM Sabah, termasuk Lajim Ukin

    'Political plan' Anwar Ibrahim akhirnya menjadi kenyataan setelah hampir tujuh bulan memujuk Lajim dan Wilfred Bumburing untuk menikam belakang Najib.

    ReplyDelete
  6. Anwar tawarkan ramai orang jawatan KM Sabah, termasuk Lajim Ukin

    Anwar Ibrahim mahukan impak ... dan beliau cukup yakin kemasukan Lajim dan Bumburing, PKR akan mendapat impak positif dan tapak politik baru di Sabah.

    ReplyDelete
  7. Anwar tawarkan ramai orang jawatan KM Sabah, termasuk Lajim Ukin

    Menurut sumber dalaman PKR, Lajim sudah melambungkan dirinya kepada penduduk Sabah bahawa beliau sebagai Ketua Menteri Sabah yang baru seperti yang dipersetujui dengan Ketua Pembangkang ini.

    ReplyDelete
  8. Anwar tawarkan ramai orang jawatan KM Sabah, termasuk Lajim Ukin

    Walhal Anwar Ibrahim telah pun mengadakan 'golden hand shake' dengan Jefrrey Kitingan sebagai Ketua Menteri Sabah yang baru, jika Sabah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat ... kalau jatuh lah.

    ReplyDelete
  9. Anwar tawarkan ramai orang jawatan KM Sabah, termasuk Lajim Ukin

    Ramai Ketua Cabang di Sabah sudah berlaga angin dengan Anwar Ibrahim, siapa bakal Ketua Menteri Sabah yang baru ... Lajim atau Jefrrey? Ketua-ketua Cabang PKR di Sabah memang tidak mahu Lajim mahupun Jefrrey.

    ReplyDelete
  10. Anwar tawarkan ramai orang jawatan KM Sabah, termasuk Lajim Ukin

    Anwar Ibrahim lupa bagaimana Jeffrey Kitingan tinggalkan dan lubangkan kapal PKR di Sabah, sehingga Azmin terpaksa pergi tutup semula lubang besar PKR.

    ReplyDelete
  11. Anwar tawarkan ramai orang jawatan KM Sabah, termasuk Lajim Ukin

    Anwar Ibrahim juga tahu sifat dan sikap Lajim Ukin yang mahu semua jawatan di Sabah. Ketua Pembangkang ini pun tahu fail SPRM terhadap Lajim juga boleh tahan tebal.

    ReplyDelete
  12. Anwar tawarkan ramai orang jawatan KM Sabah, termasuk Lajim Ukin

    Rupa-rupanya 'golden hand shake' sudah bertukar menjadi 'golden shit head'. Jeffrey tidak tahu Anwar main belakangnya. Lajim pun tidak tahu Anwar main belakangnya.

    ReplyDelete
  13. Anwar tawarkan ramai orang jawatan KM Sabah, termasuk Lajim Ukin

    Dua-dua kena main belakang. Dah kena dah... Dalam hal ini DS Najib nyata lebih bijak. Biarkan Lajim Ukin masuk ke dalam kem Pakatan Rakyat dengan fail-fail SPRMnya sekali.

    Senang kerja BN Sabah ... Nasib la lu Lajim Ukin.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.