Saturday, January 5, 2013

Lajim mengidap penyakit Heperasantitis


Penyakit besar Lajim Ukim ialah perasan dia terlebih pandai berbanding orang lain. Oportunis sepertinya kali ini sudah terjubor dan terjebak. Dia ingat, dia sudah cukup pandai menerusi kerjasama dengan Pakatan Rakyat, dan kemudian berjaya menipu mereka, sepertimana yang dilakukannya sebelum ini kepada UMNO dan Barisan Nasional yang enggan menaikkannya sebagai Ketua Menteri Sabah.

Lajim Ukim cukup terkenal sebagai seorang penjual tanah, laut dan hutan. Panas punggungnya apabila dimarahi, membuatkan dia mengancam untuk menjatuhkan kerajaan negeri dan dia menjadi Ketua Menteri.


Walau apa pun cubaan Lajim Ukim untuk menunjuk pandai, dia sebenarnya tidak lebih daripada si bodoh yang tidak sedar cawatnya sudah terlondeh.


Anwar Ibrahim mungkin melihat Lajim Ukim sebagai sebahagian daripada mileage politik yang boleh digunakan sebagai publisiti betapa hebatnya Pakatan Rakyat, khususnya PKR dalam menterjemahkan sokongan anggota-anggota pemimpin Barisan Nasional yang sudah senja dan tidak lagi diperlukan seperti Lajim Ukim kepadanya. Sekaligus memberikan persepsi kepada rakyat Sabah bahawa PKR memang berkebolehan untuk menundukkan kepala-kepala yang bermasalah seperti Lajim Ukim.


Namun Anwar Ibrahim bukanlah sebodoh yang disangkakan oleh Lajim Ukim. Dengan masalah yang ada di sekelilingnya, Anwar Ibrahim sudah tentu tidak akan menambah masalah dengan mengambil Lajim Ukim sebagai rakan sekutu yang boleh dipercayai.


Lajim Ukim akan dipergunakan dan Anwar Ibrahim seperti biasa akan memberikan mimpi-mimpi indah kepadanya, tetapi Anwar Ibrahim tidak mungkin akan membiarkan Lajim Ukim bertindak sebagai tangan ghaib yang merosakkan cita-citanya di Sabah.


Kesian Lajim Ukim... walaupun sudah berdekad-dekad pernah menjadi pemimpin di peringkat negeri dan pusat, kebijaksanaannya tidak lebih baik daripada lidahnya apabila bertutur dalam Bahasa Inggeris!!!

37 comments:

  1. Bukan rahsia lagi bahawa DS Haji Lajim Haji Ukin, akan bertanding atau menyimpan hasrat bertanding atas tiket PKR.

    ReplyDelete
  2. Lajim hanya menggunakan Pakatan Perubahan Sabah sebagai TOPENG SEMENTARA kerana beliau INGIN KELIHATAN sebagai ketua parti berasakan TEMPATAN.

    ReplyDelete
  3. Tidak mungkin dia menjadi KETUA jika dia masuk terus dalam PKR.

    ReplyDelete
  4. PKR Sabah sendiri tidak mahu berketuakan Lajim. Mereka faham sangat kualiti kepimpinan Lajim. Tetapi acting dan sikap Lajim yang “mebelangkaskan” dirinya bersama Anwar adalah percubaan Lajim menjadikan dirinya sebagai Ketua Pembangkang di Sabah pilihan Anwar.

    ReplyDelete
  5. Dalam keadaan ini, Anwar sudah tiada pilihan melainkan mencalonkan Lajim di MP Beaufort dan sekaligus menafikan hak pemimpin PR terdahulu yang pernah menentang Lajim dalam PRU12.

    ReplyDelete
  6. Kedatangan Anwar di Sabah Dis lalu seperti biasa penuh janji-janji yang ditaburkan. Penuh cerita dongeng dan fitnah yang dikeluarkan. Semuanya semata-mata untuk menipu Rakyat Sabah.

    ReplyDelete
  7. Di Sabah pada masa itu juga Anwar Ibrahim terpersona dengan janji-janji yang ditaburkan oleh Lajim Ukin, MP Beaufort iaitu beliau telah berjanji akan memenangi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Penyu dan Klias.

    ReplyDelete
  8. Serentak dengan itu, Anwar Ibrahim telah mempersonakan Rakyat Kuala Penyu dengan lagu Sabah sudah goyang dan mengumumkn Lajim Ukin kekal sebagai calon bagi Parlimen Beaufort dan John Ghani sebagai calon Kua Penyu.

    ReplyDelete
  9. Bagi Lajim Ukin, cita-citanya untuk terus dicalonkan tercapai. Perdulikan sekiranya beliau tidak dapat mempertahankan kerusi berkenaan, Janji sifat tamaknya dipenuhi.

    ReplyDelete
  10. Lajim Ukin adalah seorang yang opportunis. Masakan tidak seoarang yang menghabiskan RM50,000 semata-mata untuk membodek Anwar Ibrahim dengan membeli surat cinta Anwar Ibrahim kepada Wan Azizah yang dihantar daripada Penjara Sungai Buluh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Surat yang dibida harga pembukaan RM50,000 dibeli oleh beliau pada Majlis Makan Malam Perdana Pakatan Rakyat di Stadium Melawati, Shah Alam tidak lama dulu.

      Delete
  11. Rakyat tahu hubungan Anwar Ibrahim-Lajim Ukin bukan ikhlas untuk membantu Rakyat sebaliknya masing-masing mempergunakan masing-masing dengan satu matlamat iaitu untuk berkuasa.

    ReplyDelete
  12. Lajim Ukin mahu terus bertanding mempertahankan kerusinya. Ini tidak dapat diberiakan oleh partinya terdahulu disebabkan ada tanda-tanda awal Rakyat Beaufort sudah menolaknya.

    ReplyDelete
  13. Anwar Ibrahim seperti biasa terus dengan cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 7 dan mengunakan sisa-sisa pengruh Lajim Ukin yang ada untuk terus membohogi dan mempergunakan Rakyat Sabah.

    ReplyDelete
  14. Adalah kita harapkan Rakyat Sabah tidak tertipu dengan slogan “Ini kalilah!”

    ReplyDelete
  15. Inilah halnya bila penulis bertemu seorang ahli perniagaan dari Sabah yang rapat dengan Ahli Parlimen Beaufort merangkap bekas Timbalan Menteri, Datuk Seri Lajim Ukin.

    ReplyDelete
  16. Kalau boleh penulis sebutkan disini, beliau adalah ‘financer’ Lajim Ukin dan turut terlibat dalam perbincangannya untuk keluar UMNO dan menyertai Pakatan Rakyat.

    ReplyDelete
  17. Kebetulan pula, isu Lajim Ukin ini sekarang sedang hangat diperkatakan para penyokong Pakatan Rakyat sendiri. Maklumlah, sejak berhijrah beberapa bulan lepas, ‘sumbangan’ Lajim Ukin kepada Pakatan Rakyat masih tidak nampak walaupun banyak yang telah dibelanjakan untuk membawanya masuk.

    ReplyDelete
  18. Tak seperti golongan artis veteran, bekas pegawai tinggi kerajaan yang tidak menunggu lama untuk menjelajah satu Malaysia, berceramah di atas pentas PAS walaupun ada di antara mereka belum pun menyertai parti tersebut secara rasmi!!

    ReplyDelete
  19. Sedangkan Lajim Ukin sehingga kini masih gagal menunaikan janji untuk membawa beberapa pemimpin dan bekas pemimpin UMNO menyertainya. Begitu juga dengan UMNO Beaufort yang pernah dipimpinnya, bukan setakat masih wujud malah orang-orang kuat bahagian tersebut yang dicanang akan menyertainya, masih disitu.

    ReplyDelete
  20. Ahli perniagaan ini memberitahu penulis bahawa Lajim Ukin sebenarnya masih lagi berhubung dengan Perdana Menteri Najib di dalam diam. Lajim dikatakan membawa peranan ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim pada 2009 yang berpura-pura menyertai PKR untuk menutup cubaan membeli 3 ADUN Perak yang melompat parti dan menjadi penyebab kepada kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

    ReplyDelete
  21. Yang berbeza ialah Lajim memainkan peranan sebagai pihak yang membocorkan nama-nama pemimpin dan bekas pemimpin UMNO dan Barisan Nasional yang mahu melompat parti kepada Najib sehingga Najib menghantar orang-orangnya untuk memastikan perkara tersebut tidak berlaku.

    ReplyDelete
  22. Antara yang terlibat ialah Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Ghaffur Salleh, Tan Sri Kasitah Gadam dan beberapa orang lain.

    ReplyDelete
  23. Selepas mendengar semua ini, penulis pelik kenapa kepimpinan Pakatan Rakyat boleh terpedaya dengan orang ini begitu mudah sekali.

    ReplyDelete
  24. Selain dari rasional yang penulis sebutkan di atas, tidak hairanlah sekarang kenapa DAP tidak yakin, malah terus bercakap tentang memperkenalkan undang-undang anti lompat sebaik Lajim Ukin dan Wilfred Bumburing meninggalkan BN untuk menyokong Pakatan Rakyat.

    ReplyDelete
  25. Mungkin DAP sudah dapat menghidu apa yang tersirat di sebalik tindakan Lajim Ukin tempoh hari dan mengambil tindakan untuk tidak menyokong.

    ReplyDelete
  26. kepimpinan Pakatan Rakyat dapat meneliti perkara ini dengan baik dan mengambil langkah yang perlu dengan segera.

    ReplyDelete
  27. Lajim ukin benar2 mabuk selepas Anwar menjanjikan beliau jawatan KM Sabah.. dia tidak sedarpun yang dia hanya dipergunakan oleh Anwar..

    ReplyDelete
  28. Kali ini Lajim bukan lagi Raja Katak, sebaliknya telah bertukar menjadi "Ayam" yang boleh melompat, berkokok, mencakar, berak di mana-mana sahaja, dan terbang....malangnya terbang rendah sahaja.

    ReplyDelete
  29. Walau bagaimanapun, title "Ayam" yang dibawa Lajim kali ini berbeza sedikit daripada ayam sebenar. Lajim boleh dicopkan sebagai "Ayam Tua Reject" yang ingin mendapat perhatian dalam gelanggang bahawa dialah "Ayam Sabung" yang masih kuat untuk bersabung di gelanggang politik.

    ReplyDelete
  30. Dalam usaha untuk mengiktiraf bahawa dia adalah "Ayam Sabung" yang masih kuat dan masih diminati oleh rakyat kononnya....pelbagai usaha telah dibuatnya. Ini termasuklah dengan mengapi-apikan rakyat supaya menyokong perjuangannya, menuduh kerajaan menzaliminya, membanggakan diri bahawa dia telah membawa pembangunan pesat di Beaufort, mengisytiharkan dirinya sebagai pembela masyarakat bisaya dan sebagainya.

    ReplyDelete
  31. Merujuk kepada title "Ayam Tua Reject" yang dimiliki oleh Lajim itu, dia merasakan bahawa dia layak untuk menjadi Ketua Menteri Sabah seperti yang dijanjikan oleh Anwar Ibrahim.....tetapi sebenarnya Lajim telah masuk perangkap musang Anwar Ibrahim. Macam-macam usaha telah dilakukan oleh Lajim demi mencapai cita-citanya itu untuk menjadi Ketua Menteri Sabah termasuk melawan Datuk Musa Aman.

    ReplyDelete
  32. Perundingan sulit beliau bersama Anwar selama ini telah memperbodohkan rakyat yang masih menyokongnya. Kesempatan itu telah menyebabkan Lajim mempergunakan pengundi-pengundi di Parlimen Beaufort untuk menyokong perjuangannya. Lajim mengatakan kepada pengundi di Parlimen Beaufort bahawa dia berbuat begitu atas "arahan" kerajaan TETAPI sebenarnya ia hanyalah sandiwara politik Lajim bersama Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
  33. Walau bagaimanapun, Lajim tidak menyedari bahawa kalau sudah di"reject" umpama "Ayam Tua Reject", sepatutnya dia harus sedar bahawa khidmatnya tidak diperlukan lagi dalam kerajaan. Kenapa dia di "reject"??? Sebab Lajim telah dikesan mempunyai unsur-unsur kesepakatan dengan Anwar Ibrahim untuk menawan dan menghancurkan Sabah dengan agenda politik peribadi.

    ReplyDelete
  34. Dalam masa yang sama juga, sebagai seorang veteran dalam politik, sepatutnya Lajim harus memberi laluan dengan pelapis baru dalam politik. Tetapi malangnya masih juga mahu bersabung dan ingin menunjukkan kekuasaannya. Aiyaaaa........patutla title "Ayam Tua Reject" tu sinonim dengan Lajim.

    ReplyDelete
  35. Duit yang dimiliki oleh Lajim sudah banyak sampai berjuta-juta, tetapi malangnya dia pulak bertindak untuk melawan tauke dengan menggunakan duit tersebut dan menjadikan rakyat Sabah diperbodohkan. Lajim menganggap bahawa seluruh rakyat Sabah menyokong perjuangannya, maka dengan itu lah juga dia menubuhkan "Parti Baru" iaitu Pakatan Perubahan Sabah (PPS) kunu.....tetapi PPS tu sebenarnya merujuk kepada "Parasit Perosak Sabah" (PPS).

    ReplyDelete
  36. Nahhhh......habislah la kali ini Lajim. Jangan ingat seluruh Sabah menyokong perjuangan mu. Pengundi di Parlimen Beaufort pun tidak tahu lagi sama ada semua menyokongmu ataupun tidak. Bye-bye Lajim....peganglah title "Ayam Tua Reject" tu sampai bila-bila. Tidak apa Lajim.....keluar ke parti sebelah pun tidak apa. jangan ingat boleh menang mudah.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.