Friday, January 11, 2013

USAH TERPENGARUH SLOGAN 'TUKAR KERAJAAN'

KOTA KINABALU: Rakyat di negeri ini termasuk penjawat awam diingatkan supaya tidak terpengaruh dengan slogan ‘tukar kerajaan’ yang dimainkan oleh pembangkang bagi meraih sokongan menjelang pilihan raya umum akan datang.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata, dakwaan pembangkang bahawa kerajaan sedia ada “tidak membawa apa-apa pembangunan” untuk rakyat di negeri ini adalah tidak benar.

“Hanya orang buta dan tuli sahaja yang tidak mampu melihat kebenaran. Kalau mahu tukar (kerajaan) mudah sahaja…tapi adakah itu membawa kebaikan atau kemudaratan kepada rakyat dan negeri ini?.

“Di mana-mana sahaja kita boleh melihat pembangunan yang dibawa oleh kerajaan BN. Saya yakin rakyat Sabah atau penjawat awam matang dan tahu menilai prestasi kerajaan BN yang telah banyak membawa pembangunan dan menolong rakyat dalam semua aspek tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perhimpunan perdana Ketua Menteri bersama penjawat awam negeri di Dewan Bangkuasi, Dewan Undangan Negeri Sabah, di sini, kelmarin.

Musa yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri turut menggariskan kejayaan dan pencapaian kerajaan BN yang membawa perubahan besar dan menyeluruh dalam lanskap pembangunan di negeri ini.

Katanya, ini termasuk kejayaan kerajaan negeri mengurus kewangan dengan baik seperti yang terkandung dalam Laporan Perbendaharaan Negara (AG) selain berjaya mendapat anugerah Clean Bill selama beberapa tahun berturut-turut.

“Ini bermakna Sabah adalah antara negeri yang mempunyai pengurusan kewangan yang terbaik di negara ini,” katanya.

Beliau berkata dengan kedudukan kewangan yang kukuh, kerajaan negeri mampu membelanjakan berbilion ringgit bagi pelbagai projek pembangunan di negeri ini, dan tahun ini sahaja, kerajaan negeri menyediakan bajet tahunan melebihi RM4 bilion.

“Kita beri bonus dan kenaikan gaji kepada penjawat awam kerana kerajaan ada cukup kewangan untuk bayar gaji dan bonus kepada kakitangan awam. Bayangkan, kerajaan negeri Sabah membelanjakan sekitar RM700 juta setahun untuk bayar gaji kakitangan awam negeri.

“Kita ada bajet besar dan peruntukan pun besar untuk pembangunan di negeri ini termasuk pembangunan infrastruktur seperti membina jalan raya dan membaiki kerosakan jalan akibat tanah runtuh,” katanya.

Musa berkata walaupun beliau gembira dan berpuas hati dengan pencapaian negeri ini setakat ini namun rakyat negeri ini terutama penjawat awam perlu bekerja keras bagi mencapai lebih banyak kejayaan.

“Kita punyai perancangan, dibantu dengan kerajaan pusat, dalam menjayakan Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) dan RMK-10. Pencapaian ini bukan diberikan kredit kepada seorang sahaja tetapi semua pemimpin kerajaan termasuk penjawat awam yang bekerjasama dan bergerak sebagai satu pasukan untuk laksanakan dasar-dasar program yang telah dirancang oleh kerajaan negeri dan dibantu oleh kerajaan Persekutuan,” katanya.

Selain itu, Musa berkata kestabilan politik dan iklim pelaburan yang kondusif turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi di negeri termasuk sektor pelancongan.

“Dengan promosi agresif mengikut acuan kita sendiri, kita berjaya menarik lebih ramai pelancong untuk berkunjung ke negeri ini. Begitu juga dengan pelaburan, banyak pelabur dari luar negara termasuk dari Amerika Syarikat dan Brunei yang berminat melabur di negeri ini,” katanya.

Beliau turut menolak dakwaan pembangkang yang kononnya Sabah adalah negeri termiskin di negara ini, dan sebaliknya meminta Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan cawangan kampus UiTM untuk membuat kajian lanjut berhubung perkara itu.

Musa juga mempertahankan dasar tanah kerajaan negeri yang memperkenalkan hak milik berkelompok (communal title) kepada penduduk kampung yang layak demi masa depan mereka yang lebih terjamin.

“Tiada ada perbezaan hak milik tanah biasa dan berkelompok…cuma tanah di bawah hak milik berkelompok tidak boleh dijual. Berdasarkan kajian sebelum ini, terdapat kes di mana penduduk kampung yang memilik geran tanah menjual tanah mereka kepada syarikat gergasi dan akhirnya mereka mengeluh tiada ada tanah… ini yang kita mahu elakkan,” katanya.

Katanya lagi, dasar perhutanan dan pemeliharaan alam sekitar negeri ini dikagumi oleh negara luar yang menyaksikan pasangan diraja Britain (Putera William dan Kate Middleton) melawat Hutan Simpan di Lembah Danum baru-baru ini.

Musa berkata Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang telah memperkenalkan pelbagai program transformasi, berada di landasan yang betul untuk menjadi sebuah negara maju dan pembaharuan itu wajar disokong semua lapisan masyarakat.

“Di bawah program transformasi Perdana Menteri, tiada pihak atau kaum yang terpinggir…semua rakyat mendapat manfaat dan pembelaan sewajarnya,” katanya. - New Sabah Times

25 comments:

  1. Manifesto Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-12 yang menjanjikan bekalan air kegunaan domestik secara percuma sebanyak 20 meter padu pertama setiap bulan tanpa menyatakan syarat pengguna mesti menggunakan meter individu, adalah ‘bukan satu perjanjian’.

    ReplyDelete
  2. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengemukakan alasan itu bagi menepis kritikan pelbagai pihak yang mempertikaikan keengganan pentadbiran kerajaan PKR Selangor memberikan kemudahan air percuma kepada ratusan ribu penghuni pangsapuri dan kondominium atas alasan mereka masih menggunakan meter air pukal.

    ReplyDelete
  3. Beliau juga kekal dengan pendirian tidak melayan tuntutan membayar tunggakan air percuma ditaksirkan mencecah RM300 juta setelah para penghuni kediaman bertingkat tersebut dinafikan hak menikmati kemudahan air percuma sejak Ogos 2008.

    ReplyDelete
  4. Rakyat Malaysia kini perlu membuka mata apabila Pakatan Rakyat sudah mula menunjukkan belang dan sifat mereka yang sebenar.

    ReplyDelete
  5. Dahulu sebelum Mac 2008 mereka menjanjikan rakyat dengan pelbagai janji – janji manis demi mendapat sokongan dan undi pengundi .

    ReplyDelete
  6. Selepas Mac 2008 apabila mereka gagal untuk melaksanakan sebahagian besar janji mereka maka pada mulannya mereka akan menyalahkan pihak Barisan Nasional ke atas segala kegagalan mereka untuk menepati janji mereka.

    ReplyDelete
  7. Menteri Besar Khalid Ibrahim perlu mengetahui hakikat bahawa pandangan beliau tidak boleh sesekali dianggap sebagai pandangan peribadi kerana beliau merupakan salah seorang pemimpin tertinggi dalam Pakatan Rakyat dan merupakan Ketua Pakatan Rakyat di seluruh Selangor.

    ReplyDelete
  8. Oleh itu , rakyat Malaysia diminta supaya jangan terpengaruh dengan segala dasar, polisi, manifesto dan janji Pakatan Rakyat dalam PRU 13 akan datang kerana kesemuanya hanyalah jualan politik semata–mata dan bukanlah satu perjanjian yang mesti dilaksanakan.

    ReplyDelete
  9. Rakyat Malaysia sepatutnya menyokong Barisan Nasional yang berpegang pada konsep Menepati Janji dan bukannya memungkiri janji.

    ReplyDelete
  10. kerajaan masa kini dah cukup baik.

    ReplyDelete
  11. David Choong (28): tiada alasan untuk menyokong pakatan pembangkang kerana kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sudah melayani setiap masyarakat dengan baik tanpa mengira kaum, malah membuka peluang dalam pelbagai bidang kepada orang Melayu, Cina dan India.

    ReplyDelete
    Replies
    1. David Choong (28): “Apa yang penting ialah awak berusaha sendiri dan mengejar peluang itu dan bukannya menyalahkan orang lain. Percayakah awak kepada janji-janji yang mustahil dibuat contohnya hapuskan tol?” katanya yang mengusahakan perniagaan jual beli emas terpakai milik keluarganya di sini.

      Delete
    2. David Choong (28): “Saya berani bercakap bahawa kekayaan di negara ini dikongsi semua bangsa sama ada Melayu, Cina dan India atau pribumi lain. Awak lihat senarai orang yang terkaya di Malaysia. Ini meliputi semua bangsa. Ini bukan soal perkauman,” katanya.

      Delete
    3. David Choong (28): Contoh paling ketara ialah Perhimpunan Sejuta Belia di Putrajaya dari 23-27 Mei yang merupakan penghargaan besar kerajaan terhadap belia, menyediakan 500 program yang pelbagai, bagi menampung minat mereka dan memberi peluang mereka berekspresi.

      Delete
  12. David Choong (28): “Kenapa asyik komplain kerajaan. Kerajaan kita bukanlah sampai ke tahap ekstrim sehingga membunuh rakyatnya sendiri,” tambahnya, yang tidak mahu memperjudikan masa depannya dengan membuat pilihan yang salah berdasarkan emosi. Malah, banyak belia berpendapat kerajaan hari ini memberikan tumpuan besar kepada golongan belia dan ini dilakukan secara berterusan.

    ReplyDelete
  13. David Choong (28): “Tidak pernah ada negara lain di dunia ini yang berani menyerahkan pusat pentadbirannya kepada golongan belia bagi menjalankan aktiviti berfaedah untuk menghargai usaha dan bakat mereka,” memetik kenyataan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

    ReplyDelete
  14. David Choong (28): Jadi, jika difikir secara mendalam, perlukah belia yang mewakili 45 peratus penduduk Malaysia dengan membabi buta menolak kerajaan yang ada seperti yang dilakukan kumpulan tertentu dalam masyarakat yang mungkin didalangi pembangkang?

    ReplyDelete
  15. Najihah Amney, 28, seorang graduan Universiti Malaysia Sarawak: berkata sokongan kepada kerajaan perlu diberikan untuk meneruskan dan menentukan hala tuju yang betul selepas 54 tahun merdeka di bawah kepimpinan Barisan Nasional (BN).

    ReplyDelete
  16. Najihah Amney, 28, seorang graduan Universiti Malaysia Sarawak: Beliau memberikan analogi seorang ayah yang sudah berpuluh tahun berpengalaman memandu kereta tentulah lebih diyakini oleh anak-anak untuk perjalanan jauh berbanding anak sulung yang baru sebulan mendapat lesen, tambahan lagi perjalanan bagi Malaysia dan generasi mudanya masih jauh dan panjang.

    ReplyDelete
  17. Najihah Amney, 28, seorang graduan Universiti Malaysia Sarawak: “Apatah lagi kerajaan BN terbukti berjaya mentransformasi Malaysia sehingga menjadi maju seperti sekarang, tentunya kita tidak bijak jika menggadai masa depan sendiri hanya kerana janji-janji manis yang belum tentu ditunaikan,” katanya.

    ReplyDelete
  18. Najihah Amney, 28, seorang graduan Universiti Malaysia Sarawak: Katanya walaupun BN mungkin ada kealpaan atau terlepas pandang dan memang terdapat rakyat yang hidup lebih susah daripada yang lain tetapi keadaan itu bukannya ditentukan oleh kerajaan, tetapi lebih kepada rezeki yang dikurniakan oleh Allah.

    ReplyDelete
  19. Najihah Amney, 28, seorang graduan Universiti Malaysia Sarawak: “Orang yang susah di Malaysia tidaklah hidup sampai kebuluran. Maknanya, dengan bantuan yang kerajaan hulurkan, kita perlulah berusaha menggunakan peluang yang ditawarkan. Jadi kita perlu faham dengan situasi ini,” katanya yang kini menguruskan sebuah rumah anak yatim.

    ReplyDelete
  20. Shamsul Idham Abdul Iahad, 38, Pengurus syarikat swasta: berkata kenapa rakyat perlu memperjudikan nasib memilih kerajaan yang baharu sedangkan kerajaan yang sedia ada iaitu BN sudah membuktikan bahawa mereka adalah kerajaan yang baik dan menjaga kebajikan rakyat.

    ReplyDelete
  21. Shamsul Idham Abdul Iahad, 38, Pengurus syarikat swasta: “BN juga memacu negara kepada hala tuju dan membangunkan negara seperti yang rakyat mahukan. Bagaimanapun ketelusan di dalam kerajaan juga satu perkara penting dan perlu diberi perhatian,” katanya.

    ReplyDelete
  22. Shamsul Idham Abdul Iahad, 38, Pengurus syarikat swasta: Shamsul berkata cita-cita pakatan pembangkang perlu ditolak kerana mereka sesama sendiri pun tidak mempercayai satu sama lain dan gabungan itu hanyalah untuk kepentingan masing-masing pada masa-masa tertentu sahaja.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.