Friday, January 18, 2013

BN patut dapat kredit kerana tubuhkan RCI

KUALA LUMPUR : Pemberian kad pengenalan kepada warga asing boleh dilaksanakan asalkan ianya melalui proses perundangan yang sah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, bersetuju dengan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri itu turut berkata kredit juga seharusnya diberikan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipimpinnya kerana bersedia untuk melaksanakan Inkuiri Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Sabah.

"Selagi kita beri IC mengikut undang-undang tiada masalah. Masyarakat Cina dan India juga dapat kerakyatan semasa zaman British dahulu, selagi ia berdasarkan undang-undang, ia tak salah, itu bukan isu besar," kata Najib kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi BN di Ibu Pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) lewat malam tadi.

Jelas Pengerusi BN itu juga, pelaksanaan RCI di Sabah itu adalah manifestasi ikhlas kerajaan BN untuk menyelesaikan isu yang telah membelenggu penduduk Sabah sejak sekian lama.

"Penubuhan RCI adalah manifestasi keikhlasan kami untuk selesaikan perkara itu ... Patut beri kredit kepada BN, ia perlu dilihat secara positif," kata Presiden Umno itu lagi.

Jelas Najib, rakyat tidak seharusnya menilai perkara itu terlalu awal memandangkan masih ramai saksi yang belum tampil, dan RCI itu juga masih lagi membuat sebarang keputusan.

"Ada 167 saksi yang akan dipanggil, kita tak boleh terus buat keputusan, biarkan ia (RCI) itu berjalan dahulu.

"Biarkan suruhanjaya jalankan kerja mereka ... Selagi ia tidak ditafsir secara salah, ia adalah cubaan ikhlas kami untuk selesaikan isu rakyat Sabah," katanya, dan menambah RCI itu juga dilaksanakan atas permintaan daripada BN Sabah.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempertahankan pemberian status warganegara kepada warga asing di Sabah dan menegaskan ia dilakukan kerana mereka berhak dan dilaksanakan mengikut lunas undang-undang.

Dr Mahathir berkata selagi seseorang individu tersebut memenuhi syarat seperti fasih bertutur dalam bahasa Melayu dan menetap di Malaysia mereka berhak untuk mendapat status sebagai rakyat Malaysia.

"Kerajaan menerima warga asing jadi warganegara jika memenuhi syarat tertentu, malahan mereka yang berada disana bukan satu dua hari tetapi sudah 20-30 tahun dan mereka bercakap bahasa Melayu berhak jadi rakyat Malaysia," kata bekas Perdana Menteri yang pernah berkhidmat selama 22 tahun itu.

Mahathir berkata demikian apabila diminta mengulas berkenaan kenyataan saksi RCI berkenaan pendatang haram yang mengatakan pentadbirannya terlibat dalam pemberikan kad pengenalan di Sabah pada 1993-1994.

Beliau bagaimanapun mengakui terdapat pihak yang tidak senang dengan langkah pemberian kewarganegaraan tersebut tetapi menyatakan langkah tersebut dilakukan mengikut undang-undang.

"Saya akui saya bagi (kewarganegaraan), di zaman pentadbiran saya ada diberikan," tambah Mahathir.

Dr Mahathir yang masih berpengaruh itu juga berkata bahawa beliau tidak menyedari sepertimana yang didedahkan oleh seorang saksi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) semalam yang mendakwa Tan Sri Megat Junid Megat Ayub memberi arahan kepadanya untuk mengeluarkan resit membenarkan pendatang haram di Sabah mengundi dalam pilihan raya negeri pada tahun 1994.

Beliau turut menyatakan walaupun warga asing ini diberikan kerakyatan sebagai warganegara ia tidak menjadi kesalahan kerana mereka juga perlu mematuhi semua undang-undang negara serta menambah pentadbirannya tidak pernah memaksa mereka untuk mengundi kerajaan Barisan Nasional semasa pilihan raya.

"Ia bukan masalah besar, lagipun mereka yang dapat warganegara ini masih lagi perlu mengikut undang-undang negara.

"Tidak, tidak benar. Mereka boleh mengundi sesiapa sahaja, itu adalah hak mereka dan kerajaan tidak pernah paksa mereka untuk mengundi," terang beliau lagi.

Semalam, keterangan saksi bekas timbalan pengarah JPN Mohd Nasir Sugip mendedahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengarahkan JPN menukar nama 16,000 pendatang haram di Sabah dan untuk memberikan mereka kad pengenalan (IC).

Bekas pegawai JPN, Kee Dzulkifly Kee Abd Jalil turut mendedahkan kira-kira 100,000 kad pengenalan biru diberi kepada pendatang Sabah pada tahun 1993.

Malahan, bekas pengarah JPN Sabah Ramli Kamarudin juga menuduh arwah Megat Junid memberi arahan kepadanya untuk mengeluarkan resit membenarkan pendatang haram di Sabah mengundi dalam pilihan raya negeri pada tahun 1994.

Mahathir merupakan perdana menteri paling lama berkhidmat dari 1981-2003, telah dituduh menerajui "Projek IC", di mana kewarganegaraan didakwa diberikan kepada pendatang sebagai ganti kepada undi mereka.

Akan tetapi bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh, yang mentadbir negeri dari 1976 ke1985, menafikan kewujudan "Projek IC" tersebut.

Pilihan raya negeri Sabah 1994 menyaksikan Parti Bersatu Sabah (PBS) menang 25 daripada 48 kerusi dewan undangan negeri.

Akan tetapi tidak lama selepas itu beberapa ahli dewan undangan negeri PBS menyertai Barisan Nasional (BN) menyebabkan kerajaan PBS jatuh. Sabahkini

41 comments:

  1. RCI bukti kerajaan serius tangani isu PATI.

    ReplyDelete
  2. PEMBANGKANG SENGAJA MAHU MENGALIHKAN PERHATIAN RAKYAT YANG MULA BERTERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN BN ATAS PENUBUHAN RCI..

    Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) bukan sahaja membuktikan komitmen kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memperjuangkan hak dan kesejahteraan rakyat Sabah, malah penubuhannya juga merupakan satu petunjuk bahawa kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib bersedia untuk berhadapan dengan desakan, tuntutan atau apa sahaja masalah di Sabah yang perlu diambil perhatian. Gesaan supaya RCI ditubuhkan sebelum ini telah disuarakan oleh para pemimpin parti-parti komponen BN termasuk Umno dan tidak terkecuali pemimpin-pemimpin parti pembangkang yang menghangatkan lagi keadaan.

    ReplyDelete
  3. PEMBANGKANG SENGAJA MAHU MENGALIHKAN PERHATIAN RAKYAT YANG MULA BERTERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN BN ATAS PENUBUHAN RCI..

    RCI bukanlah kaedah pertama atau terakhir yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam menyelesaikan masalah pendatang haram dan juga Projek IC di Sabah. Sebelum ini juga, kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha termasuklah penubuhan Jawatankuasa Pusat dan juga Negeri bagi menyiasat dan merangka penyelesaian kepada fenomena warga asing di negeri ini, penubuhan Program 5P disamping penguatkuasaan berteruskan dari anggota beruniform samada di daratan mahupun perairan. Pendek kata, pelbagai usaha telah dan sedang dilaksanakan, namun masalah ini tetap berterusan.

    ReplyDelete
  4. PEMBANGKANG SENGAJA MAHU MENGALIHKAN PERHATIAN RAKYAT YANG MULA BERTERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN BN ATAS PENUBUHAN RCI..

    Jika ada pihak yang mengatakan bahawa kerajaan tidak ikhlas menyelesaikan masalah ini hanya kerana kerajaan mengumumkan RCI disaat-saat akhir, ternyata andaian itu tidak benar sama-sekali memandangkan perkembangan siasatan setakat ini membuktikan badan itu benar-benar bersifat neutral tanpa memihak kepada mana-mana pihak sehingga ada kalanya membuka ruang kepada pihak pembangkang untuk memanfaatkan apa sahaja butiran siasatan untuk dipolitikkan.

    ReplyDelete
  5. PEMBANGKANG SENGAJA MAHU MENGALIHKAN PERHATIAN RAKYAT YANG MULA BERTERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN BN ATAS PENUBUHAN RCI..

    Menurut kenyataan Pengarah Pasukan Petugas Khas Persekutuan untuk Sabah dan Labuan, Datuk Suhaimi bin Mohd Salleh, kerajaan telah mengusir 446,173 pendatang tanpa dokumen ke negara asal mereka sejak 1990. Angka tersebut adalah termasuk pelarian yang tidak mempunyai dokumen yang sah. Beliau turut memaklumkan bahawa skop kerja Pasukan Petugas Khas adalah untuk menangani isu berkaitan pendatang asing dan mengenal pasti pelarian dan pendatang yang merangkumi pelarian Filipina dari Filipina Selatan, pendatang asing tanpa izin yang memasuki Sabah dan Labuan, dan buruh asing dari Indonesia.

    ReplyDelete
  6. PEMBANGKANG SENGAJA MAHU MENGALIHKAN PERHATIAN RAKYAT YANG MULA BERTERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN BN ATAS PENUBUHAN RCI..

    kerajaan telah berusaha untuk membendung kebanjiran pendatang asing tanpa izin sejak dulu lagi. Walaupun sukar, ianya tetap dilaksanakan. Kerajaan telah mengambil tindakan peguatkuasaan berterusan dan berusaha menangani isu berkaitan dengan bersungguh-sungguh. Namun kewujudan beberapa sindiket pemalsuan IC serta sindiket membawa masuk warga asing ke negeri ini menyukarkan lagi usaha-usaha kerajaan. Pembangkang sama sekali tidak pernah menyentuh isu ini walaupun kes berkenaan telah beberapa kali dilaporkan oleh media tempatan pada tahun-tahun sebelumnya.

    ReplyDelete
  7. PEMBANGKANG SENGAJA MAHU MENGALIHKAN PERHATIAN RAKYAT YANG MULA BERTERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN BN ATAS PENUBUHAN RCI..

    Tahun lepas saja, negara telah dikejutkan apabila Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) IPD Tawau berjaya membongkar kegiatan sindiket ‘IC Palsu’ yang disyaki didalangi oleh seorang pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan bergiat aktif di sekitar Pantai Timur negeri ini. Modus operandi sindiket ini dipercaya berorientasikan penawaran dokumen berbentuk MyKad asli dan meminta mangsa-mangsa mereka supaya menyerahkan duit di antara RM1,000 – RM5,000, gambar, sijil lahir (jika ada) dan cap jari.

    ReplyDelete
  8. PEMBANGKANG SENGAJA MAHU MENGALIHKAN PERHATIAN RAKYAT YANG MULA BERTERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN BN ATAS PENUBUHAN RCI..

    Kes seperti ini bukan yang pertama dan terakhir, malah besar kemungkinan masih banyak lagi sindiket yang belum diberkas samada bergerak secara berpasukan mahupun secara individu. Keuntungan lumayan sentiasa mendorong pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan apa sahaja aktiviti haram walaupun mereka sedar tindakan itu membawa kepada hukuman yang berat. Malah ada juga dilaporkan dimana penduduk kampung membantu warga asing mendaftarkan kelahiran anak-anak mereka hanya kerana mahu mendapatkan keuntungan secara singkat. Akhirnya, yang menjadi mangsa adalah kerajaan. Bila kita tanya PATI dari mana mereka dapat IC, adakah mereka akan mengaku bahawa mereka memperolehinya dari sendiket secara haram?? Sudah tentu tidak.. Sebaliknya, mereka akan cakap bahawa IC mereka tulen dan dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia.

    ReplyDelete
  9. PEMBANGKANG SENGAJA MAHU MENGALIHKAN PERHATIAN RAKYAT YANG MULA BERTERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN BN ATAS PENUBUHAN RCI..

    berkenaan dengan mangsa pelarian perang di selatan Filipina sekitar tahun 1970an. Kerajaan mengambil peranan murni dan prihatin melibatkan aspek kemanusiaan untuk membantu pelarian dan mangsa perang. Tindakan kerajaan telah mendapat kerjasama dan diperakui oleh badan antarabangsa seperti UNHCR. Dakwaan kononnya mangsa pelarian ini dibantu pihak tertentu untuk mendapatkan IC juga tidak benar apabila beberapa pelarian Filipina yang memberi keterangan di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat masalah pendatang tanpa izin di negeri Sabah hari ini memberitahu bahawa tiada mana-mana pihak yang membantu mereka bagi mendapatkan kad pengenalan (IC). Salah seorang daripada mereka, Abd Salam Ali, yang datang ke Sabah pada 19 Januari 1971 berkata, beliau sendiri yang berusaha mendapatkan IC nya itu.

    ReplyDelete
  10. PEMBANGKANG SENGAJA MAHU MENGALIHKAN PERHATIAN RAKYAT YANG MULA BERTERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN BN ATAS PENUBUHAN RCI..

    Fenomena pemberian IC kepada warga asing ini sebenarnya konsisten dengan penjelasan Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir ketika mengulas mengenai dakwaan bekas Pengarah JPN Sabah, Ramli Kamarudin bahawa kerajaan pada ketika itu terlibat memberikan kad pengenalan kepada pendatang asing. Beliau menegaskan bahawa semua kelulusan berhubung pemberian kerakyatan tersebut dibuat berdasarkan peruntukan undang-undang. Tambah beliau, Malaysia sentiasa menerima orang asing untuk menjadi warga negara sekiranya mereka memenuhi syarat-syarat tertentu.

    ReplyDelete
  11. PEMBANGKANG SENGAJA MAHU MENGALIHKAN PERHATIAN RAKYAT YANG MULA BERTERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN BN ATAS PENUBUHAN RCI..

    "Ramai yang ada di Sabah, mereka berada di situ bukan satu dua hari, satu dua tahun... ada 20, 30 tahun. Mereka ini bercakap dalam bahasa Melayu. Mereka berhak untuk menjadi rakyat. Yang menjadi masalah ialah ada orang yang tidak senang kalau mereka jadi rakyat."

    "Orang ini sebelum kita merdeka pun, mereka berulang alik daripada selatan Filipina ke Sabah kerana mereka tidak terima sempadan yang digaris oleh penjajah."
    - Tun Mahathir

    ReplyDelete
  12. PEMBANGKANG SENGAJA MAHU MENGALIHKAN PERHATIAN RAKYAT YANG MULA BERTERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN BN ATAS PENUBUHAN RCI..

    Pemimpin-pemimpin pembangkang sejak dari awal lagi sudah meletakkan isu itu sebagai senjata kempen menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 dengan harapan ia akan menarik perhatian rakyat untuk mengalihkan sokongan kepada mereka. Tetapi mereka lupa bahawa dalam undang-undang Malaysia ada diperuntukkan pemberian kerakyatan kepada pihak-pihak yang berkelayakan.

    ReplyDelete
  13. PEMBANGKANG SENGAJA MAHU MENGALIHKAN PERHATIAN RAKYAT YANG MULA BERTERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN BN ATAS PENUBUHAN RCI..

    Jesteru, jika Pembangkang tidak bersetuju dengan pemberian kewarganegaraan kepada warga asing ini, mungkin selepas ini mereka boleh masukkan agenda "penghapusan sebarang undang-undang berkaitan kewarganegaraan" ini dalam manifesto pilihanraya mereka. Penghapusan undang-undang ini juga konsisten dengan janji Anwar Ibrahim yang mahu menghapuskan semua undang-undang "lapuk" di negara ini jika PR diberikan mandat memerintah. Dengan ini sama-samalah kita lihat bagaimana penerimaan rakyat terhadap kepimpinan Anwar Ibrahim yang sanggup melakukan apa sahaja asalkan dia dapat mempertahankan kuasanya.

    ReplyDelete
  14. PEMBANGKANG SENGAJA MAHU MENGALIHKAN PERHATIAN RAKYAT YANG MULA BERTERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN BN ATAS PENUBUHAN RCI..

    Rakyat Sabah sepatutnya menilai isu ini diluar kotak pemikiran yang condong kepada ideologi politik pihak tertentu bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas, neutral dan tidak terhad kepada kepentingan politik sesetengah pihak. Dan pemimpin-pemimpin pembangkang juga sepatutnya memuji kesungguhan dan kemampuan kerajaan BN menunaikan janjinya atau sekurang-kurangnya membantu kerajaan untuk mencari cara dan strategi terbaik untuk menyelesaikan masalah ini untuk manfaat semua rakyat di negeri ini.

    ReplyDelete
  15. PEMBANGKANG SENGAJA MAHU MENGALIHKAN PERHATIAN RAKYAT YANG MULA BERTERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN BN ATAS PENUBUHAN RCI..

    Tanpa melihat kepada faktor Pilihanraya Umum, saya simpulkan bahawa langkah kerajaan menubuhkan RCI menunjukkan keikhlasan dan kesungguhan kerajaan dalam menyelesaikan ibu segala masalah di Sabah.

    ReplyDelete
  16. January 2013 has been a month of revelation as the RCI on Illegal Immigrants in Sabah was on the way.

    ReplyDelete
    Replies
    1. And as usual, there are those whom tried to "steal the thunder" and pointing fingers at the government claiming it for their own selfish political mileage even though the initial proceedings of the RCI was still on the way at the time.

      Delete
  17. However, we still need to look back past years and jog our memory and see how this RCI came to be.

    ReplyDelete
  18. Chief Minister, Datuk Seri Musa Haji Aman ought to be commended for his foresight to set up the Sabah BN committee on citizenship.

    ReplyDelete
  19. The committee itself was chaired by Tan Sri Joseph Pairin Kitingan who has been as the catalyst in the formation of the RCI.

    ReplyDelete

  20. This committee have discussed and articulated the popular demand for RCI: Taking all factors into consideration to formulate the terms of reference most of which were adopted by the Federal government.

    ReplyDelete

  21. Behind the backdrop of decades of relentless efforts or rather frustration, the formation of the RCI reflects the Prime Minister's serious commitment to resolve the perennial problems related to the huge presence of illegal immigrants in Sabah.

    ReplyDelete
  22. According to recent statistic which was presented in Parliament in 2011, Sabah’s populace numbered 651,304 in 1970 and grew to 929,299 a decade later.

    ReplyDelete
  23. But in the two decades following 1980, the state’s population rose significantly by a staggering 1.5 million people, reaching 2,468,246 by 2000.


    ReplyDelete
  24. Recent times have witnessed how the opposition have made certain critical remarks in order to capitalize the issue of RCI as well as illegal immigrant for their political mileage: to some extent can be seen as an agenda to sabotage its (RCI) implementation.

    ReplyDelete
  25. Among these act of desperation was the attempt to belittle the RCI announcement.

    ReplyDelete
  26. However some of these opposition figure failed to see or decided to look past the fact that Datuk Seri Anwar Ibrahim was in fact against the RCI when he was Deputy Prime Minister.

    ReplyDelete
  27. Again history have not only proven but also confirmed a long lingering suspicion that he is not sincere in resolving the problem of illegal immigrants.


    ReplyDelete
  28. In view of these sceptical 'noises' made by the opposition, Sabah Tourism, Culture and Environment Minister Datuk Masidi Manjun has called on the people in the country not to start undermining the credibility of the Royal Commission of Inquiry (RCI) that will investigate problems related to illegal immigrants in Sabah.

    ReplyDelete

  29. But instead gave the advise that the RCI the benefit of the doubt. Indeed he was spot-on: Once we the people to start undermining the credibility of the RCI, the request for a RCI will be "an exercise in futility".

    ReplyDelete


  30. In spite of these negative rhethorics made by the oppositions, there have been a lot of positive response made by many.

    ReplyDelete
  31. The Sabah Youth Council (SYC) has lauded the setting up of the Royal Commission of Inquiry (RCI)on Illegal Immigrants in Sabah saying it will boost the people's confidence in the Barisan Nasional (BN) government.

    ReplyDelete

  32. Its president Kevin Lim said it showed that the government really listened to the people.

    ReplyDelete
  33. The RCI is significant as it is something that the people have been requesting for.

    ReplyDelete
  34. The findings by the panel will finally answer questions that had been playing on the people's minds. "For this, the people will regard the government as truly sincere in wanting to find a solution to the illegal immigrant dilemma in Sabah.

    ReplyDelete

  35. Not only that, professionals in Sabah view the setting up of the Royal Commission of Inquiry (RCI) on Illegal Immigrants in Sabah as proof of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak's sincerity to resolve the problem.

    ReplyDelete

  36. A law graduate from Universiti Malaya, Salman Nurillah, said the setting up of the RCI would eliminate the perception on the presence of phantom voters in elections in Sabah.

    ReplyDelete
  37. It also proves that the government led by Najib has never ignored the people's desire to see the government doing something to resolve the problems on phantom voters and illegal immigrants.

    ReplyDelete

  38. Bottom line: This clearly showed that both State and Federal Government have been concerned with the illegal immigrant issues and have worked tirelessly in formulating the TOR in anticipation of the RCI.

    ReplyDelete
  39. Now that the RCI, TOR and panel members had been announced and the initial proceeding has just recently concluded; it only has demonstrated that there is a political will to get to the bottom of this issue.

    ReplyDelete
  40. Needless to say: there are other fractions as well had jump into the bandwagon to serve their own political gains in the pending general election.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.