SANDAKAN: Pelantikan 10 wakil rakyat dari Sabah menganggotai Kabinet Persekutuan membuktikan kerajaan pusat mengiktiraf peranan pemimpin dari negeri ini membangunkan negara.
Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata pelantikan itu, yang membabitkan enam Anggota Parlimen sebagai menteri dan empat sebagai timbalan menteri, jelas menunjukkan Perdana Menteri begitu prihatin dengan pemimpin dari Sabah.
Beliau berkata Datuk Seri Najib Tun Razak juga menyedari Sabah, sebagai sebuah negeri yang besar, mempunyai pemimpin yang mampu membantu kerajaan melaksanakan agenda transformasi.
“Kerajaan negeri berterima kasih kepada Perdana Menteri atas pelantikan 10 wakil rakyat itu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Meraikan Kemenangan Pilihan Raya Umum Ke-13 anjuran Umno Libaran di sini kelmarin.
Musa berkata pelantikan itu turut memberi faedah kepada rakyat Sabah terutama dari segi pelaksanaan pembangunan.
Terdahulu, dalam ucapannya, Musa mengingatkan semua wakil rakyat di Sabah agar rajin turun padang berjumpa rakyat dan memberi perkhidmatan terbaik.
Beliau berkata mandat serta sokongan oleh rakyat tidak harus disia-siakan dan perlu dibalas dengan memberi perkhidmatan terbaik selain menunaikan janji, khususnya yang dibuat ketika pilihan raya umum baru-baru ini.
“Jangan sia-siakan sokongan rakyat, teruskan bekerja dan pastikan apa juga program dilaksanakan untuk rakyat dapat disiapkan mengikut masa,” katanya.
Daripada 10 wakil Sabah yang menganggotai Kabinet Persekutuan, enam dilantik ke jawatan menteri iaitu Tan Sri Joseph Kurup (Menteri di Jabatan Perdana Menteri), Datuk Seri Anifah Aman (Menteri Luar), Datuk Seri Maximus Ongkili (Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air), Datuk Abdul Rahman Dahlan (Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan), Datuk Dr Ewon Ebin (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi) serta Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah)
Empat lagi dilantik ke jawatan timbalan menteri iaitu Mary Yap (Kementerian Pelajaran), Datuk Abdul Rahim Bakri (Kementerian Pertahanan), Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (Kementerian Kerja Raya) dan Datuk Azizah Mohd Dun (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat).
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kesetiaan dan keikhlasan Parti Bersatu Sabah (PBS) sebagai anggota komponen Barisan Nasional (BN) amat dihargai terutama dalam membangunkan negara.
ReplyDeleteMuhyiddin berkata beliau melihat perjuangan PBS, parti pimpinan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan itu, terus relevan dan semakin mendapat sokongan serta kepercayaan rakyat.
DeleteMuhyiddin berkata rakyat kini semakin bosan dengan mainan politik pembangkang, tetapi kecenderungan mereka untuk menyokong BN bergantung kepada sejauh mana jentera BN berjaya menawan hati mereka.
DeleteAmalan toleransi, musyawarah dan budaya kompromi merupakan tonggak dan kekuatan BN dalam memenuhi setiap tuntutan parti komponen secara adil dan berperingkat
DeleteLangkah bijak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memperkenalkan Gagasan 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan dan Transformasi Nasional berjaya memulihkan reputasi negara.
ReplyDeletePerdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan ganjaran kepada Sabah kerana memenangkan pilihan raya umum kepada BN dengan menamakan lebih ramai wakil Sabah dan Sarawak dalam barisan Kabinet baharu, yang menyaksi enam orang dari setiap negeri dilantik menteri penuh manakala empat lagi masing-masing sebagai timbalan menteri.
ReplyDeleteJumlah itu meningkat daripada hanya tujuh wakil Sarawak dan empat wakil Sabah dalam senarai menteri dan timbalan menteri sebelum berlangsungnya pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei. Jelas menunjukkan BN adil dalam pemberian jawatan kerana mengenang budi sesiapa yang bekerjasama bagi membentuk negara yang berdaya saing.
DeleteAntara yang dilantik ialah Tan Sri Joseph Kurup (Menteri di Jabatan Perdana Menteri), Datuk Seri Anifah Aman (Menteri Luar) dan Datuk Seri Maximus Ongkili (Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air) manakala timbalan menteri ialah Mary Yap (Kementerian Pelajaran) dan Datuk Abdul Rahim Bakri (Kementerian Pertahanan). Gabungan orang muda dan lama memberikan dinamik yang mantap.
DeleteDalam pihak sabah pula, menurut satu artikel di mstar.com, satu kegembiraan terpancar di negeri Sabah apabila seramai enam Menterinya di namakan paling banyak dalam Kabinet Persekutuan.Lebih signifikan apabila ada yang telah dilantik kepada portfolio yang boleh dianggap sebagai “strategik” bagi negeri ini.
ReplyDeleteIni termasuk kementerian yang menyelia air dan tenaga, perumahan dan kerajaan tempatan serta pembangunan luar bandar. Ini semuanya kementerian yang diperlukan untuk dimajukan kepada Sabah pada masa kini.
DeleteBekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Salleh Tun Said berkata, kesemua portfolio ini begitu dekat dengan hati ramai rakyat Sabah seperti keperluan bagi pembangunan luar bandar, infrastruktur dan perumahan.
DeleteHarapan rakyat Sabah sekarang ialah Menteri-Menteri ini melaksanakan apa sahaja projek yang telah dikenal pasti di negeri ini
ReplyDeleteRakyat Sabah juga mengharapkan pandangan kerajaan negeri mengenai pelbagai isu untuk didengari dalam Kabinet.
DeleteSalleh yang juga Timbalan Ketua Umno Sabah berkata, beberapa rekod menteri-menteri dari Sabah dilihat sebagai ganjaran terhadap sokongan padu negeri itu untuk Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
ReplyDeleteAdalah difahamkan dengan jumlah yang besar dalam Kabinet, menteri-menteri dari Sabah akan memberi kuasa lebih kepada kerajaan negeri di mana dana-dana untuk projek persekutuan akan disalurkan kepada kerajaan negeri bagi memastikan pelaksanaan berjalan lancar dan efektif.
ReplyDeleteKata Salleh lagi, pelbagai kementerian boleh bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri dengan menyalurkan dana dan tugas mereka, dan kemudiannya akan dipantau projek-projek ini.
ReplyDeletePemimpin Sabah menyifatkan pelantikan enam menteri penuh dan empat timbalan menteri dalam Kabinet diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebagai pengiktirafan serta penghargaan kepada rakyat negeri ini.
ReplyDeleteSebelum ini, hanya lapan wakil rakyat Sabah menganggotai Kabinet dengan masing-masing empat menteri penuh dan empat timbalan menteri.
ReplyDeleteMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun, berkata pelantikan 10 Ahli Parlimen Sabah dengan enam daripadanya sebagai menteri penuh menunjukkan keyakinan Perdana Menteri terhadap keupayaan rakyat Sabah untuk berkhidmat di peringkat Persekutuan. “Pelantikan Ahli Parlimen Ranau, Datuk Ewon Ebin, yang dilantik sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTI) menggembirakan penduduk Ranau.
ReplyDeletePelantikan ramai menteri dari Sabah itu selaras harapan membawa suara rakyat negeri ini pada peringkat Persekutuan,” katanya ketika dihubungi di sini.
ReplyDeleteMasidi yang juga menteri bertanggungjawab dalam pendidikan di negeri ini turut mengalu-alukan pelantikan Ahli Parlimen Tawau, Datuk Mary Yap Kain Ching, sebagai Timbalan Menteri Pelajaran.
ReplyDelete“Beliau (Mary) calon sesuai diberikan jawatan itu kerana bukan saja berpengalaman malah mempunyai prestasi cemerlang dalam pendidikan termasuk pernah bergelar Tokoh Guru Kebangsaan.
ReplyDeleteSaya berharap dengan pelantikan ini, ia membantu meningkatkan pembangunan pendidikan di Sabah,” katanya.
ReplyDeleteKetua Penerangan Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Johnny Mositun, berkata pelantikan dua Ahli Parlimen PBS iaitu Datuk Dr Maximus Ongkili dan Mary dalam Kabinet baru Perdana Menteri membuktikan suara rakyat negeri ini mendapat perhatian pemimpin Persekutuan.
ReplyDeletePBS juga merakamkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana mengekalkan Maximus dalam Kabinet yang kini menerajui Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, selain melantik Mary sebagai Timbalan Menteri Pelajaran,” katanya.
ReplyDelete