Friday, January 11, 2013

Himpunan Kebangkitan Rakyat atau Kebangkitan Pembangkang?

Oleh: Borneo Bullet
Penganjuran Himpunan Sabah Bangkit

KOTA KINABALU - Penganjuran Himpunan Sabah Bangkit adalah satu manifestasi daripada Himpunan besar-besaran yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada 12 januari 2013.

Pada tarikh yang sama juga, kita ingin mengambil semangat dan aura kebangkitan rakyat Malaysia ini, kita sahut dengan kita anjurkan Himpunan untuk rakyat Sabah agar rakyat pun dapat bersama merasai kebangkitan rakyat ini. Ditegaskan, kita adalah NGO. - Wikisabah

BERSIH 2.0 supports Himpunan Sabah Bangkit 112 demand for free polls

BERSIH Sabah will support any organizations, political parties and government who supports clean & fair elections in its call to all to join the Himpunan Sabah Bangkit rally on 12 January in Kota Kinabalu to press on the 8 demands of BERSIH 2.0.

It further urges the police and other authorities to ensure peace and order for the rally to take place and stressed that the government must uphold freedom of assembly enshrined in Article 11 of the Federal Constitution. - Wikisabah
Polis belum menerima notis daripada penganjur
Kota Kinabalu: Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil bahagian dalam perhimpunan "Sabah Bangkit" yang dirancang diadakan esok (12 Januari 2013) oleh Gabungan NGO Menuntut Hak Rakyat Sabah (GEGAR).

Ketua Polis Bandaraya ACP Jauteh Dikun berkata, mereka belum menerima sebarang notis daripada penganjur tentang perhimpunan itu, jesteru, polis menganggapnya melanggar undang-undang di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Beliau berkata, penganjur harus memaklumkan polis sepuluh hari sebelum perhimpunan itu di samping mendapat kelulusan daripada pemilik premis di mana perhimpunan itu bakal diadakan.

Menjawab pertanyaan, beliau berkata jika penganjur memutuskan untuk memaklumkan polis sehari sebelum tarikh perhimpunan, maka polis akan menasihatkan mereka bahawa mereka telah gagal mematuhi terma mengikut Akta itu dan dengan itu tidak dibenarkan meneruskan perhimpunan tersebut.

Selain itu katanya, lokasi sebenar perhimpunan tersebut masih tidak jelas kerana penganjur belum memaklumkan kepada mereka. Beliau berkata demikian sebagai respon kepada spekulasi di satu rangkaian sosial bahawa perhimpunan itu akan diadakan di Taman Chong Thien Vun di sini.

"Kami masih meneliti keadaan itu tetapi buat masa ini saya percaya orang ramai tidak akan menyertai perhimpunan ini sebaik mereka tahu bahawa ia tidak mematuhi terma di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012," katanya. - Daily Express (11.01.2013)

Awal-awal lagi penganjur perhimpunan telah gagal mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012, jesteru, apa jaminan bahawa perhimpunan ini akan berjalan dengan aman? Sudah tentu polis tidak akan berdiam diri membenarkan situasi huru-hara ini berlaku di negeri ini, lebih-lebih lagi setelah wujud tanda-tanda awal bahawa perhimpunan tersebut dilancarkan secara haram.

Mungkinkah semua ini sebahagian daripada strategi pembangkang bagi menimbulkan provokasi terhadap pihak polis dengan harapan rakyat (penyokong-penyokong pembangkang) akan bertempur dengan pihak polis?

Sudah terbukti dalam perhimpunan yang dianjurkan NGO pro pembangkang sebelum ini, manfaatnya lebih kepada parti politik pembangkang, bukannya rakyat. Peserta perhimpunan hanya dijadikan "perisai" dan "karung tinju" untuk bertempur dengan anggota polis supaya kecederaan mereka boleh dijadikan bahan politik oleh puak-puak pembangkang.

Jika anggota polis melakukan kekerasan pada waktu perhimpunan berlangsung, jangan salahkan mereka, mereka hanya menjalankan tugas. Kerajaan negeri Pakatan Rakyat juga menghalang rakyatnya dari melakukan demonstrasi yang bertujuan menentang kezaliman pentadbiran mereka.

Contohnya, di Kedah, Kerajaan pimpinan Datuk Seri Azizan Razak telah mengarahkan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) menaikkan papan tanda yang bertulis "HAK PENGGUNAAN PKNK, PENCEROBOH AKAN DIDAKWA" di kawasan kampung Charok Batang Padi di Pedu. Dikatakan juga bahawa pihak PKNK telah memasang pagar sejauh lingkungan 70 meter di kawasan tersebut bagi memastikan tiada sesiapa yang berani masuk ke kawasan itu.

Untuk pengetahuan, pada 11 Januari ini (Hari ini) akan diadakan satu himpunan aman di kawasan tersebut sebagai tanda protes beramai-ramai terhadap kerakusan PAS Kedah yang menggondolkan kawasan tadahan air berhampiran Empangan Pedu itu. Jesteru, bukankah tindakan kerajaan PAS/PR ini juga boleh disifatkan sebagai menyekat kebangkitan rakyat yang menentang pentadbiran zalim mereka? Bagaimana jika rakyat Kedah tetap berhimpun di kawasan larangan itu? Adakah rakyat akan dituduh menceroboh? Apabila rakyat menceroboh, maka mudahlah MB Kedah menutup mulut-mulut rakyat yang menentang kezalimannya dengan membawa mereka ke mahkamah atas tuduhan menceroboh????

Oleh itu, rakyat Sabah tidak perlulah terpengaruh dengan mainan politik pembangkang yang gemar menggunakan NGO untuk melakukan tugas-tugas rampasan kuasa. Apa makna perubahan jika kerajaan alternatif yang ada sekarang ini jauh lebih teruk dari kerajaan BN? Rakyat Sabah bertanggungjawab memelihara dan memulihara keamanan dan keharmonian di negeri ini. Jangan mudah terpengaruh dengan budaya demonstrasi jalanan bawaan pembangkang.

33 comments:

  1. Meskipun demonstrasi dibolehkan di dalam amalan demokrasi, namun ia boleh meninggalkan kesan buruk bagi sesebuah negara terutama dalam bidang ekonomi.

    ReplyDelete
  2. Sepertimana berlaku kepada Mesir, negara itu berdepan dengan kemerosotan ekonomi yang begitu teruk selepas berlakunya demonstrasi besar-besaran menjatuhkan kerajaan Hosni Mubarak sebelum ini.

    ReplyDelete
  3. Mesir yang selama ini amat bergantung kepada bidang pelancongan terpaksa berhadapan dengan masalah penurunan jumlah pelancong sehingga menyebabkan industri pelancongan negara berkenaan merudum.

    ReplyDelete
  4. Tetapi kesan demonstrasi tidak terhad kepada kejatuhan kerajaan sahaja. Ekonomi Mesir merosot dengan amat teruk. Mesir yang banyak bergantung kepada pelancongan mengalami kemerosotan 80 peratus semasa demonstrasi berlaku. Hari ini pun pelancong belum kembali dan banyaklah hotel yang kosong-Mahathir

    ReplyDelete
  5. Pembangkang cuma terdesak hingga terpaksa menggunakan saluran seperti perhimpunan/demonstrasi untuk menarik perhatian rakyat.

    ReplyDelete
  6. perhimpunan seperti ini hnya menganggu ketenteraman.

    ReplyDelete
  7. Analisis Keseluruhan Himpunan Kebangkitan Rakyat 112

    Tamat sudah Himpunan Kebangkitan Rakyat yang moga-moga menjadi himpunan terakhir sebelum rakyat Malaysia menempuhi PRU ke-13. Rata-rata mengatakan bahawa perhimpunan anjuran Mat Sabu dan Hishamuddin Rais ini gagal mencapai matlamat yang dikehendaki. Memang pada namanya sahaja angka 1 Juta itu sengaja diletakkan untuk menanamkan rasa gerun dan takut kepada pihak kerajaan dan penyokong kepada kerajaan.

    ReplyDelete
  8. Analisis Keseluruhan Himpunan Kebangkitan Rakyat 112

    Namun hasrat sebenar Mat Sabu dan Hishamuddin Rais adalah untuk mendapat sekurang-kurangnya lebih daripada kapasiti kawasan tampungan stadium dan persekitarannya adalah gagal.

    ReplyDelete
  9. ANALISIS KESELURUHAN HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT 112

    Tujuannya adalah untuk menyukarkan perlaksanaan modus operandi pihak polis agar berlaku pergeseran antara peserta dan pihak berkuasa. Dengan memilih 8 kawasan berbeza sebagai tempat mula, logistik peserta perhimpunan untuk sampai ke Stadium Merdeka dengan jumlah lebih daripada 50,000 orang adalah satu mimpi ngeri walaupun untuk sesebuah syarikat Event Management yang sudah berpengalaman.

    ReplyDelete
  10. ANALISIS KESELURUHAN HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT 112

    Kecekapan pihak berkuasa terutamanya pihak polis mengatur perjalanan, melaksanakan perkara mengikut SOP yang telah ditetapkan haruslah dipuji. Walaupun berhadapan dengan khalayak yang tidak putus-putus melakukan provokasi, tetapi kecekalan pihak polis menjadi kunci himpunan hari ini tidak bertukar menjadi hodoh.

    ReplyDelete
  11. ANALISIS KESELURUHAN HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT 112

    Walaupun telah digariskan oleh pihak polis yang pada mana kanak-kanak kurang dari umur 15 tahun tidak dibenarkan untuk mengikuti himpunan ini, masih lagi terdapat ibu bapa yang tidak bertanggung jawab engkar dengan arahan tersebut.

    ReplyDelete
  12. ANALISIS KESELURUHAN HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT 112

    Arahan dari Hishammuddin Rais supaya ada ibu bapa membawa anak kecil mereka adalah untuk melakukan provokasi terancang kepada pihak polis. Apabila polis menahan ibu bapa tersebut, maka akan berlaku pergelutan antara pihak polis dan ibu bapa. Di dalam situasi ini, pihak polis akan berada pada keadaan 'disadvantage' kerana walaupun terdapat pewartaan undang-undang dikeluarkan, mereka yang dilihat melindungi anak-anak kecil akan mendapat 'favourable angle' daripada pihak media.

    ReplyDelete
  13. ANALISIS KESELURUHAN HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT 112

    Tahniah kepada pihak polis. Tetapi selepas ini mungkin surat saman tersebut akan sampai ke rumah-rumah mereka yang melakukan kesalahan demi untuk menegakkan undang-undang. Larangan-larangan serta batas-batas untuk mengikuti perhimpunan ini telah dikeluarkan di setiap saluran media yang ada. Tidak ada alasan lagi untuk ibu bapa ini untuk membawa anak mereka.

    ReplyDelete
  14. PERSERTA PULANG SEBELUM UCAPAN ANWAR

    Perkara ini tidak dinafikan berlaku. Peserta yang majoritinya terdiri daripada kaum Cina dan anak-anak muda didapati meninggalkan stadium sebelum ucapan Anwar sekali pun.

    ReplyDelete
  15. PERSERTA PULANG SEBELUM UCAPAN ANWAR

    Dalam keadaan yang terkawal sebegini, peluang untuk melakukan kekecohan adalah sangat tipis. Cubaan untuk turun ke Dataran Merdeka juga dibuat goleh beberapa perkumpulan AMK, tetapi sekiranya tanpa sebab mereka ingin masuk ke dataran, maka kesalahan tersebut akan terletak pada tangan mereka.

    ReplyDelete
  16. PERSERTA PULANG SEBELUM UCAPAN ANWAR

    Provokasi di Dataran Merdeka adalah untuk mencetuskan supaya pihak polis bertindak ke atas mereka, tetapi mengikut SOP polis, selagi mereka tidak melepasi barricade yang mereka telah sediakan maka selagi itulah polis tidak akan bertindak.

    ReplyDelete
  17. PERSERTA PULANG SEBELUM UCAPAN ANWAR

    Dalam sudut psikologi juga, Dataran Merdeka telah memuat masuk hampir 2,000 anggota polis dan juga penguasa DBKL. Dengan kekuatan anggota seperti ini, siapa yang berani untuk melakukan onar.

    ReplyDelete
  18. KEHADIRAN PESERTA

    Tidak dinafikan bahawa kehadiran peserta kali ini adalah lebih ramai daripada Bersih 3.0 yang hanya mengumpulkan sekitar 22,500 orang sahaja. Kali ini, dipersetujui ramai bahawa jumlah kehadiran hari ini meningkat sekali ganda kepada 50,000 orang peserta.

    ReplyDelete
  19. KEHADIRAN PESERTA

    Walaupun begitu, perlu diingatkan bahawa Bersih 3.0 melibatkan hanya satu pihak sahaja iaitu NGO Bersih. Tetapi buat Himpunan Kebangkitan Rakyat 112 ini, telah melibatkan keseluruhan parti-parti Pakatan Pembangkang beserta penglibatan kesemua NGO anti-kerajaan.

    ReplyDelete
  20. KEHADIRAN PESERTA

    Jentera setiap parti, Bersih, ANAK, Anti-Lynas, Royalti, dan pelbagai lagi NGO-NGO baru yang ditubuhkan khusus untuk menarik orang ramai untuk turun hanya mampu mengumpulkan sebanyak itu sahaja.

    ReplyDelete
  21. KEHADIRAN PESERTA

    Perlu diingatkan juga bahawa di dalam jumlah 50,000 khalayak yang turut hadir, bukanlah semuanya yang menyokong perhimpunan tersebut. Adalah naif untuk menafikan bahawa 100% yang turun adalah penyokong kepada perhimpunan itu semata-mata. Walaupun jumlahnya tidaklah ramai, tetapi tetap signifikan sekiranya mereka ini tidak turun ke padang sekali.

    ReplyDelete
  22. KEHADIRAN PESERTA

    Peserta mula bergerak daripada 8 tempat mula yang berasingan dengan Pasar Seni yang paling hampir (750m) dan Masjid Ar-Rahman (UM) paling jauh (9.6km). Tempat yang paling banyak mengumpulkan peserta adalah dari Masjid Negara dan KLCC, masing-masing membawa jumlah lebih kurang 7,000-9,000 peserta. Tempat-tempat lain tidaklah mempamerkan jumlah yang sebegini ramai.

    ReplyDelete
  23. KEHADIRAN PESERTA

    Ini kerana telah dimaklumkan bahawa di setiap kawasan tersebut diketuai oleh NGO tertentu dan pemimpin parti tertentu yang terlibat. Di Masjid Negara, adalah tempat mula bagi penyokong dan jentera PAS yang diketuai oleh Khalid Samad, Mujahid Yusoff Rawa dan Azmin Ali dan KLCC adalah tempat mula ROYALTI dan ANAK yang dikepalai oleh Husam Musa dan Mazlan Aliman yang rata-ratanya masih lagi terdiri daripada penyokong PAS.

    ReplyDelete
  24. KEHADIRAN PESERTA

    Masih terbukti lagi di sini bahawa PAS memainkan peranan penting untuk mengerahkan jentera mereka untuk turut serta. Sokongan kepada NGO bawaan PKR dan DAP semakin luntur terutamanya untuk PKR pada mana perkumpulan Chegu Bard hanya membawa lebih kurang 300 orang sahaja.

    ReplyDelete
  25. KEHADIRAN PESERTA

    Satu lagi trend yang meningkat adalah penyertaan daripada perkumpulan mahasiswa yang melibatkan hampir 3,000 orang yang diketuai oleh Nurul Izzah. Tetapi jumlah ini juga tidak boleh dibanggakan kerana pada hari sebelumnya, Timb. Menteri Pengajian Tinggi telah mengirimkan tweet beliau yang mengatakan bahwa tiada larangan untuk mahasiswa turun ke perhimpunan ini.

    ReplyDelete
  26. KEHADIRAN PESERTA

    Walaupun arahan sedemikian dikeluarkan, jumlah mahasiswa yang turun adalah sekadar 3,000 sahaja jika dibandingkan dengan julah seluruh penuntut IPT yang berjumlah 300,000 orang. 1% sahaja yang menyokong kepada Pakatan Pembangkang. 297,000 mahasiwa yang lain tidak turut serta dan boleh digambarkan mereka ini tidak cenderung kepada pembangkang.

    ReplyDelete
  27. KEHADIRAN PESERTA

    Penglibatan mengikut kaum pula adalah lebih menarik lagi. Didapati 90% peserta yang turun adalah daripada kaum Melayu yang membawa jumlah seramai 45,000 orang. Kaum Cina pula adalah 8% dengan jumlahnya 4,000 orang manakala India pula adalah 1% dengan 500 orang saja dan lain-lain sebanyak 1% juga.

    ReplyDelete
  28. KEHADIRAN PESERTA

    Daripada jumlah ini disimpulakan bahawa Kaum Cina hanyalah daripada pergerakan Anti-Lynas sahaja yang selama inipun berkumpul sekitar angka tersebut sahaja. Penyertaan kaum India dengan hanya 500 orang sahaja menunjukkan kaum India tidak lagi bersama Pakatan Pembangkang. Isu roboh kuil di Sepang jelas menunjukkan yang kaum India merasakan marah dengan tindakan tersebut.

    ReplyDelete
  29. KEHADIRAN PESERTA

    NGO-NGO yang cuba dihidupkan bersempena dengan HKR 112 ini seperti TANAH dari Johor dan lain-lain tidak mendapat sebarang sambutan. Kegagalan ini adalah kerana NGO-NGO baru ini tidaklah mendapat sambutan rakyat dan tidak sempat berkembang dengan baik menjelang himpunan ini.

    ReplyDelete
  30. KEHADIRAN PESERTA

    Secara kesimpulannya, yang berkumpul pada hari ini tidak sama sekali layak ditarafkan sebagai himpunan 'rakyat' kerana mereka ini adalah penyokong tegar pembangkang dan juga jentera parti. Persoalan sama ada NGO-NGO anti-kerajaan ini dipandu oleh Pakatan Pembangkang ataupun tidak, sudahpun terjawab.

    Selayaknya mereka harus namakan himpunan kali ini sebagai Himpunan Penyokong Pakatan Pembangkang.

    ReplyDelete
  31. KEHADIRAN PESERTA

    Dengan jumlah 50,000 peserta, Barisan Nasional tidak perlu gentar kerana jumlah mereka ini tidakpun lebih daripada jumlah pengundi 2 parlimen sahaja. Katakan jumlah ini adalah 30% sahaja sahaja yang turun, paling-paling kurang, Pakatan Pembangkang ada bersama mereka hanya tidak lebih daripada 200,000 orang sahaja yang benar-benar tegar ke arah pembangkang. Ini bersamaan dengan paling maksima pun hanyalah 9 atau 10 parlimen sahaja.

    ReplyDelete
  32. KEHADIRAN PESERTA

    Isu yang lebih penting untuk mendapatkan 2/3 kerusi parlimen kini hanyalah tinggal untuk memenangi hati mereka yang berada pada keadaan was-was dan mereka yang sudah hilang keyakinan kepada Parti Pembangkang tetapi pada masa yang sama belum lagi boleh menerima Barisan Nasional sebagai pilihan pertama. Mereka inilah kunci kepada kemenangan 2/3 kerusi parlimen Barisan Nasional.

    ReplyDelete
  33. KEHADIRAN PESERTA

    Tidak dapat dinafikan lagi kali ini bahawa kerajaan pusat pada hari ini tidak akan berubah tampuk pemerintahannya. Barisan Nasional tetap akan mendapat mandat dari rakyat untuk tempoh 5 tahun lagi. Cuma samada 2/3 kerusi tersebut tercapai atau tidak yang menjadi persoalan. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.